CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Dulu Sebar Berita Palsu Kesan Vaksin, Kini Didakwa Buat Komunikasi Jelik Terhadap KKM

6-8-2021 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12371| Komen: 169

Description: Seorang bekas penyelia kilang yang pernah didakwa atas kesalahan Ordinan Darurat kerana menyebar berita palsu kematian seorang anggota polis akibat vaksin, didakwa pula di Mahkamah Sesyen di sini kali ...
Seorang bekas penyelia kilang yang pernah didakwa atas kesalahan Ordinan Darurat kerana menyebar berita palsu kematian seorang anggota polis akibat vaksin, didakwa pula di Mahkamah Sesyen di sini kali ini atas pertuduhan komunikasi jelik terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kesan pengambilan vaksin.


Bagaimanapun tertuduh Muhammad Zaki Omar, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.


Muhammad Zaki ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, bapa lima anak itu didakwa secara sedar dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya terhadap KKM dan kesan pengambilan vaksin dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui perkhidmatan Facebook dengan menggunakan nama profil ‘Muhammad Zaki Omar’.

Hantaran itu dibuat pada 4 April 2021 pukul 8.44 malam yang kemudian dibaca pada 5 April 2021 pukul 11.30 pagi di KKM Putrajaya.


Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Asiah Abd. Jalil memohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh kini tidak lagi bekerja dan menanggung lima orang anak.

“Sebelum ini, tertuduh bekerja sebagai penyelia kilang di Singapura dengan berpendapatan RM10,000 sebulan. Selain itu, tertuduh juga sebelum ini pernah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Perak berkaitan Ordinan Darurat dan pasport tertuduh juga telah diserahkan kepada mahkamah,” katanya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 6-8-2021 02:56 PM
Cuma nak tahu heols vaksin ke tak?
Quote chula 6-8-2021 02:58 PM
tulah tertanya2 jugak..dia keja kat singapore kan...kerajaan spore okay ke kalau dia  tak vaksin
Quote aechae 6-8-2021 02:59 PM
nazzse replied at 6-8-2021 02:56 PM
Cuma nak tahu heols vaksin ke tak?

X lah kot dh x bekerja kt s’pore tu. Klu x, msti majikan suruh vaksin
Quote Belibis 6-8-2021 03:01 PM
Macam remi sehak pulak..
Quote nazzse 6-8-2021 03:02 PM
aechae replied at 6-8-2021 06:59 AM
X lah kot dh x bekerja kt s’pore tu. Klu x, msti majikan suruh vaksin

Yg Malaysia punya heols ambik ke x.. Ramai orang gini gebang je lebih, tengok2 dia pun ambik.
Quote makadek 6-8-2021 03:04 PM
Dia cucuk aku ada baca..pengakuan..
Tp dia ni mmg lantang gilaa
Kaw2 antibeksin
Siap selfclaim aktivis kepentingan awam
Secocok la dia laki bini
Bini doula cekebom mentang2 pernah menang kes..
Yg ni pn dia berharap lagi la kot sbb tu lantang sgt kecam keji sepital
Hujung2 bini g sepital gak..
Tapi dia ni emsem gak la ..tk brpa padan dgn bini dia tu
Quote Babai 6-8-2021 03:04 PM
Nahrom ni tak tau serik ke?
Quote isbritneybich 6-8-2021 03:05 PM
antara yang bebal tegar kat facebook ni. penyelidik kepentingan awam katanya
Quote aechae 6-8-2021 03:07 PM
nazzse replied at 6-8-2021 03:02 PM
Yg Malaysia punya heols ambik ke x.. Ramai orang gini gebang je lebih, tengok2 dia pun ambik.

Malu lh klu perjuangkn tp amek vaksin...
Quote jejarihalus 6-8-2021 03:11 PM
Dia ni mmg penghasut antivaksin tegar
Quote emera 6-8-2021 03:12 PM
Ini laki doula mulut lebar tu ke?
Quote mawar_pink 6-8-2021 03:15 PM
ni penyelidik kepentingan awam keja dia....
Quote MeghanK 6-8-2021 03:17 PM
makadek replied at 6-8-2021 03:04 PM
Dia cucuk aku ada baca..pengakuan..
Tp dia ni mmg lantang gilaa
Kaw2 antibeksin

serious la zaki omar pengerusi antivaksin negara cucuk vaksin jua..malu la pengikut2 beliau dikhianati oleh pengerusi sendiri
Quote makadek 6-8-2021 03:18 PM
MeghanK replied at 6-8-2021 03:17 PM
serious la zaki omar pengerusi antivaksin negara cucuk vaksin jua..malu la pengikut2 beliau dikhia ...

Ye dia cakap done cucuk lbh kurang gitula
Kotla dia ngajing ke apa ke
Kan dia kerja sinjapork sana...tk cucuk cane nk masuk .
Quote makadek 6-8-2021 03:19 PM
emera replied at 6-8-2021 03:12 PM
Ini laki doula mulut lebar tu ke?

Haha yelah ...bini nampak mcm lemah lembut je tp bila berkomen bukan main hanat..benci btul dia dgn berkaitan sepital
Quote shysari 6-8-2021 03:20 PM
Rm10k gaji
Quote toxicated 6-8-2021 03:38 PM
Ooo ni la cliant asiah kepam tu.
Quote anony-mous 6-8-2021 03:40 PM
Adakah ini identiti sebenar blastop??
Quote anony-mous 6-8-2021 03:41 PM
Adakah ini identiti sebenar blastop??

Lihat semua komen(169)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.115573 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top