CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Haris Halim Bertuah, Hadir Uji Bakat Sama-Sama Dengan Sufian Suhaimi

6-8-2021 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1228| Komen: 11

Description: Beruntung buat penyanyi baharu, Haris Halim apabila bakatnya dalam nyanyian digilap oleh komposer yang kian meningkat iaitu Sirkhan.
Beruntung buat penyanyi baharu, Haris Halim apabila bakatnya dalam nyanyian digilap oleh komposer yang kian meningkat iaitu Sirkhan.

Pemilik syarikat Whiteroom Music mengesan bakat Haris apabila memanggilnya untuk menjalani sesi uji bakat yang turut dihadiri penyanyi Sufian Suhaimi.



Foto: IG

Halim, 23, tidak pernah muncul dalam mana-mana program realiti anjuran stesen televisyen tempatan.

Dia yang turut berbakat bermain gitar, ukulele, keyboard dan dram sebaliknya adalah pelajar yang mengikuti program Ijazah Pengurusan Perniagaan di Universiti Malaya.

Halim dikenali menerusi lagu bergenre pop jazz, berjudul Kekasih Baru ciptaan Sirkhan dan liriknya ditulis oleh Sirkhan dan Sang Hitam.




Menurutnya, peluangnya dalam bidang nyanyian mula terbuka sebaik bertemu Sirkhan.

"Abang kawan saya adalah kawan kepada Sirkhan. Dia nampak bakat saya lalu memperkenalkan saya dengan Sirkhan. Dari situ, saya diminta datang untuk uji bakat di rumah Sirkhan.

"Tak dinafikan saya agak gementar kerana waktu itu Sufian pun ada bersama, tapi saya kuatkan semangat.

"Selepas selesai menyanyi, Sirkhan beritahu dia boleh letakkan saya di bawah label yang sudah terkenal, tapi dia takut saya diabaikan kerana di sana sudah ada artis besar," katanya.



Selepas berfikir mendalam, Halim diletakkan di bawah naungan Whiteroom Music untuk memudahkan Sirkhan menguruskan perjalanan seninya.

"Lagu Kekasih Baru mula menjalani proses rakaman pada akhir 2019. Genre pop jazz jarang sekali dinyanyikan anak muda sekarang.

"Ia adalah tindakan berani Sirkhan untuk mengetengahkan bakat saya dalam industri seni walaupun kita tahu dia sangat sinonim dengan komposisi lagu balada seperti Di Matamu, Tergantung Sepi, Menahan Rindu, Kepuraanmu dan banyak lagi.


"Tindakan berani pihak Whiteroom Music melancarkan lagu ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April tahun lalu adalah diluar jangkaan.

"Ternyata tindakan itu amat berbaloi apabila Kekasih Baru mendapat perhatian peminat selepas mendapat lebih 77,000 tontonan dalam tempoh PKP," katanya.

Menurut Halim, kejayaan tontonan di YouTube membuahkan hasil apabila Kekasih Baru mula berkumandang di corong radio selepas PKP tamat pada Julai tahun lalu.




"Saya bersyukur walaupun tanpa penyertaan dalam mana-mana program realiti, saya tetap berjaya menambat hati peminat muzik tempatan untuk meminati saya.

"Kini saya mempunyai kelab peminat iaitu HoneyH. Semoga dengan single Kekasih Baru ini, saya dapat melangkah lebih jauh dalam industri muzik tanah air dan antarabangsa," kata anak bongsu daripada tiga beradik ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-8-2021 02:47 PM
Ni gosip eh???? Lain la si who are yous ni ada scandal dgn komposer yg aku pun tak kenal tu, baru je boleh dijadikan gosip. Tapi reput pemalas mcm kau tak fikir semua tu, asal capai KPI. Sebulan lagi ada benang sama pasal budak ni
Quote samshik 6-8-2021 02:49 PM
Sapa ni?? Kucen jiran sebelah ngiau minta mkn pun lg sedap dikkk!!!
Quote slyfynx 6-8-2021 03:22 PM
Pemende ni?
Gosip ke?
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 03:43 PM
sape ni.. mungkin boleh laku kot
Quote RatuDunia94 6-8-2021 04:21 PM
Senang nk jd retis zmn skrg.. abang kawan komposer terus ajak buat lagu taraaaa jd retis mee segera tibaiunta penyemak industri
Quote Plain-tif 6-8-2021 07:56 PM
Tak menarik tak tertarik tak debomm
Quote MakcikLaksa 7-8-2021 09:16 AM
Mcm muka syeril syazwanie si retis sendu.

Acik ramalkan ko pun bakalan sendu..
Quote beta_carotene 7-8-2021 11:11 AM
komuniti kakak2 hadek2 in closet ni semua berangan nk jadi retis kan.. sdey
Quote LadyCarefree 7-8-2021 11:17 AM
Xsuka jenis nyanyi sebutan xjelas. LoL. Good luck! Nampak mcm aura seril sendu. Aura sendu.
Quote LadyCarefree 7-8-2021 11:19 AM
MakcikLaksa: Mcm muka syeril syazwanie si retis sendu.Acik ramalkan ko pun bakalan sendu..


LoLLLLL lepas iols komen, ternampak komen chuols.

Quote Ferr_Remy 7-8-2021 01:36 PM
Rupe biase2 je... Sore pun aku biasa dgr... Biasa2 gak.... Tak reti cari talent ke mamat komposer tu?

Lihat semua komen(11)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.100575 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top