CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

iPhone, iPad Bakal Kesan Imej Penderaan Seksual Kanak-kanak

6-8-2021 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 890| Komen: 4

Description: iPhone dan iPad akan mula mengesan imej yang mengandungi unsur penderaan seksual kanak-kanak dalam kalangan pengguna peranti itu.
iPhone dan iPad akan mula mengesan imej yang mengandungi unsur penderaan seksual kanak-kanak dalam kalangan pengguna peranti itu.

Pengesanan boleh dibuat ketika pengguna memuat naik atau muat turun imej berkenaan secara dalam talian itu akan bermula dalam masa terdekat ini selepas kemas kini terbaru.


Perkara itu disahkan Apple semalam, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong hak kerahsiaan peribadi yang khuatir akses itu mungkin disalah gunakan oleh pihak tertentu.


Kredit foto: James Bareham / The Verge

Apple, menerusi paparan dalam talian, berkata pihaknya mahu lindungi kanak-kanak daripada pemangsa menggunakan alat komunikasi untuk mengeksploitasi mereka, sekali gus mengekang penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM).

Menurut syarikat itu, teknologi terbaru akan membenarkan peranti Apple memadankan gambar tidak sepatutnya di telefon pengguna dengan pangkalan data gambar CSAM disediakan pertubuhan keselamatan kanak-kanak.


Gambar terbabit akan dikesan sekiranya mereka memuat naik ke dalam simpanan dalam talian Apple iaitu iCloud.

Namun, beberapa pertubuhan hak digital berkata perubahan sistem operasi Apple itu dikhuatiri menjadi 'pintu belakang' untuk salah gunakan kerajaan atau pihak berkepentingan.

Apple bagaimanapun menangkis dakwaan itu dengan menyatakan pihaknya tidak mempunyai akses terus terhadap imej berkenaan, selain menegaskan langkah itu diambil untuk melindungi keselamatan dan kerahsiaan.

Syarikat teknologi gergasi berpusat di Silicon Valley itu menyatakan pemadanan foto akan dilakukan oleh teknologi kriptografi untuk menentukan sama ada imej terbabit mengandungi unsur penderaan seksual kanak-kanak.

Menurut kenyataan, Apple kemudian akan melaporkan imej terbabit kepada Pusat Kebangsaan Kanak-Kanak Hilang dan Dieksploitasi, yang bekerjasama dengan polis.

Katanya, ciri pemantauan gambar baharu itu adalah sebahagian daripada beberapa siri alat yang menuju ke peranti mudah alih Apple.

Aplikasi pesanan teks Apple, Messages, akan menggunakan teknologi pengesan untuk mengenalpasti dan memberi peringatan kepada kanak-kanak dan ibu bapa mereka apabila menerima atau menghantar foto berunsur seksual.


Sumber: BH Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mmett 7-8-2021 10:37 AM
Bagus la..lgpn xperlu la nk simpan gambar2 porn lm fon
Quote norawestallen 7-8-2021 01:41 PM
Innovation mcm nielah yang kita mahukan
Quote kakikuDibibirmu 7-8-2021 01:44 PM
Habis terbatuk-batuk dino dibuatnya
Quote Fortiori02 7-8-2021 02:31 PM
Yg pervert suka kanak2 tu dah tak pakai ifon la pasni gamaknya takut kantoi

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.065983 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top