CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

SPRM Nafi Bayar RM80 Cucuk Vaksin

6-8-2021 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 935| Komen: 4

Description: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat Pusat Pemberian Vaksin yang mengenakan wang rasuah sebanyak RM80 bagi mendapatkan vaksin.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat Pusat Pemberian Vaksin yang mengenakan wang rasuah sebanyak RM80 bagi mendapatkan vaksin.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menghantar pasukan pegawai risik bagi memantau tohmahan terbabit.




“Hasil risikan mendapati, kejadian yang berlaku adalah di PPV Pusat Konvensyen Midlands dan bukannya di PPV SACC, Shah Alam sepertimana dikatakan dalam video tersebut.

“PPV Midlands dijadikan Pusat Program Vaksin Pekerja Industri (PPVIN) iaitu sebahagian daripada inisiatif Program lmunisasi lndustri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas),” katanya.

Menurut kenyataan itu, walau bagaimanapun, terdapat masalah pada sistem di mana temu janji untuk individu juga terselit di PPV Midlands ini.

Jelasnya, dikatakan punca kesesakan adalah daripada tindakan pekerja asing hadir tanpa janji temu bagi mencuba nasib untuk mendapatkan vaksin.


“Tohmahan yang mengatakan bayaran rasuah RM80 perlu dibayar kepada penjaga pintu untuk dapat masuk adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan terus apa-apa maklumat berhubung rasuah dengan menghubungi mana-mana pejabat SPRM dan bukannya menghebahkan di media sosial,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan video yang mendakwa segerombolan individu warga asing telah beratur panjang dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sehingga menyebabkan kesesakan di PPV Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Selangor. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OyenLemas 6-8-2021 01:02 PM
mcm2 laaa hang ni sprm
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 03:55 PM
skrg jual vaksin pn org takmo.. boleh walk in kan jurrrrr
Quote mmett 7-8-2021 10:14 AM
Ade je nk viral bnde2 fitnah
Quote Firenzza 7-8-2021 11:57 AM
Abis tu lobai bagi duit sskjp yg pg cucuk tu kira rasuah juga ke?

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.106715 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top