CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Untunglah Orang Perlis Dah Boleh Makan Di Kedai, Orang Negeri Lain Jangan Cemburu

6-8-2021 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3503| Komen: 44

Description: Rabu lalu, orang-orang di Perlis sudah boleh dine-in atau makan di restoran. Begitu juga orang-orang di Sarawak dan Labuan.
Rabu lalu, orang-orang di Perlis sudah boleh dine-in atau makan di restoran. Begitu juga orang-orang di Sarawak dan Labuan.

Kelonggaran itu diberikan selepas Perlis, Sarawak dan Labuan menunjukkan prestasi amat baik berkaitan krisis Covid-19 sehingga dibenarkan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.


Tinjauan di media sosial pula mendapati ramai pengguna Twitter terutama yang tinggal di Perlis berkongsi gambar mereka sedang dine-in di kedai makan.

Gambar Hiasan

Keadaan itu sedikit sebanyak mencetuskan rasa cemburu kepada Merak Jalanan.

Mereka sudah diberikan kebebasan untuk bergerak, sedangkan kita yang berada di negeri lain masih terperuk dek kerana sekatan pergerakan dan kes harian Covid-19 yang tinggi.


Berdasarkan data terkini, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah kekal di bawah Fasa Dua, manakala Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Johor masih Fasa Satu.

Peralihan negeri ke setiap fasa dalam Pelan Pemulihan Negara ditentukan berdasarkan tiga indikator nilai ambang iaitu kes harian Covid-19, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan liputan vaksinasi untuk populasi sesebuah negeri.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Perlis, Sarawak dan Labuan kerana dapat kembali menjalani rutin harian normal.

Namun harus diingat, peralihan ke Fasa Tiga bukan tiket untuk rakyat mengabaikan protokol kesihatan kerana kita sebenarnya masih belum menang melawan Covid-19. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 4-8-2021 02:19 PM
Harap x naik balik kes kobit di sinun
Quote krustykrab 4-8-2021 02:48 PM
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai...
Quote nazzse 4-8-2021 03:01 PM
krustykrab replied at 4-8-2021 06:48 AM
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai...

Itu lah, apa beza makan di kedai dgn beli bungkus. Dua2 masuk perut akhirnya
Quote 3480 4-8-2021 03:04 PM
Tahniah.. amboiii syoqnya depa
Quote dodolgemok 4-8-2021 03:12 PM
krustykrab replied at 4-8-2021 02:48 PM
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai...

Kan?? Apa beza nya acik nurdiyana ni? Agaknya dibungkus tu dah kepam diperap lama kat kedai kot sebelum delivery.
Quote hasniey 4-8-2021 03:13 PM
krustykrab replied at 4-8-2021 02:48 PM
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai...

Dia xsuka bungkus plastik kot...kalau area perlis biasa dia bungkus pkai palstik+suratkhabar je....
Quote wirazam 4-8-2021 03:14 PM
krustykrab replied at 4-8-2021 02:48 PM
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai...

Mmg pelik pun..
Quote Mikaella 4-8-2021 03:14 PM
aku pun sama dgn akak tu. terpaksa bangun pagi utk campak chicken dalam oven. malam sebelumnya mengupas halia & tumbuk garlic. penat

tak sabar nak dine in jugak. prefer dine in daripada mengadap lunch box di office. tak suka makanan dipanaskan di microwave
Quote MeghanK 4-8-2021 03:15 PM
seronok nya..alhamdulillah rezeki dorang
Quote kelapaparut 4-8-2021 03:16 PM
krustykrab replied at 4-8-2021 02:48 PM
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai...

dia nak mkn atas pinggan rasenye, dan enjoy suasane restoren
Quote putericahaya999 4-8-2021 03:24 PM
Bestnya makan kedai
Quote cik_chili 4-8-2021 03:27 PM
Gambaq mana gambaq ? Xde gambaq kira tipu news nih....
Quote TomyamPuteh 4-8-2021 03:41 PM
Org Perlis dh blh melangkawi blom?
Quote chandrahusin 4-8-2021 04:02 PM
untung negeri kecik
population kecil
bkn negeri perindustrian
cepat pulih
apa pun hati2 naa org Perelih
Quote MissyMolly 4-8-2021 04:06 PM
Wah boleh pusing roundabout sesuka suki
Quote ChildrenOfBodom 4-8-2021 04:09 PM
[youtube]okQJpt3ErRI[/youtube]
Quote guesswho09 4-8-2021 04:19 PM
Kemaruknya masing2 nak mkn kat kedai
Quote delia3003 4-8-2021 04:59 PM
Edited by delia3003 at 4-8-2021 05:00 PM

Kalau dah lama terperuk, ofkoz ler excited dapat makan kat kedai. Harap Perlis jaga ler betul2 border tu tapi tetap jugak ada keluar masuk utk urusan kerja dan emergency.

KL dgn Selangor ni laammmmmbatttttt lagi terperuk kat rumah nampak gaya nye. Dah ler population paling tinggi, PATI bersepah.
Quote mejaputih 4-8-2021 05:02 PM
krustykrab replied at 4-8-2021 02:48 PM
Pelik laa nurdiyana ni...tak suka beli.makanan yg dibungkus tp suka mkn kat kedai...

agaknya dia suka mkn masakan panas kot...panas2 lagi fresh...

Lihat semua komen(44)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.097628 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top