CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Terperangkap Dalam Mesin Basuh, Tak Tahulah Apa Motif Masuk Dalam Tu

6-8-2021 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 994| Komen: 7

Description: JAKARTA: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas dia terperangkap di dalam mesin basuh di rumahnya.
JAKARTA: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas dia terperangkap di dalam mesin basuh di rumahnya.

Berdasarkan hantaran yang dibuat dalam Twitter, seorang pengguna dengan nama @babychifuyu yang merupakan kakak mangsa memberitahu dia tidak menyedari adiknya masuk ke dalam mesin basuh tersebut.


Kakak mangsa juga sempat memuat naik video menunjukkan adiknya menangis di dalam mesin terbabit.

Kredit foto: Twitter


“Saya tengah melihat telefon bimbit dan tiba-tiba terdengar suara jeritan adik di tingkat atas rumah.

“Saya dan ibu bergegas naik dan melihat adik sudah terperangkap di dalam mesin basuh,” katanya.

Jelas kakak mangsa, dia tidak mengetahui apa motif adiknya masuk ke dalam mesin basuh berkenaan.

Video itu juga menunjukkan kakak mangsa cuba mengeluarkan adiknya dengan ibu mereka memberikan arahan sambil merakam video.

Video tersebut menjadi tular dalam media sosial dengan kebanyakannya berasa lucu dengan insiden itu.

Ada yang menceritakan mereka juga pernah terperangkap di dalam mesin basuh ketika kecil. -CARI

Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 6-8-2021 11:55 AM
Ko kenapa dik? Nk jd Mr Bean?
Quote Nana_Man 6-8-2021 12:07 PM
RatuDunia94 replied at 6-8-2021 11:55 AM
Ko kenapa dik? Nk jd Mr Bean?

Hahahha!!!!! Mr bean masuk dryer kan?
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 12:35 PM
hahahahaha haa buat lagi benda bukan2
Quote OyenLemas 6-8-2021 01:14 PM
sifat ingin tahu dia tinggi
Quote wajaman 6-8-2021 01:20 PM
lor,igtkn mesin basuh front loaded..rupernya
Quote any42 6-8-2021 02:10 PM
nk mndi smbil bsuh bsuh ke dik. 2 dlm 1 gittewww
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 03:59 PM
yg ni pun masuk tu nak buat ape dik..

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.110980 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top