CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Empat Bulan Youtube Bersawang, Income Syahmi Sazli Merudum Teruk

6-8-2021 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9920| Komen: 64

Description: Hampir empat bulan saluran YouTube 'bersawang' tanpa video baharu, ramai yang tertanya-tanya tentang pendapatan YouTuber Syahmi Sazli ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19.
Hampir empat bulan saluran YouTube 'bersawang' tanpa video baharu, ramai yang tertanya-tanya tentang pendapatan YouTuber Syahmi Sazli ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19.


Mengakui terjejas, Syahmi, 26, bagaimanapun berkata situasi itu membuatkan dia lebih kreatif untuk mencuba sesuatu yang baharu menerusi perniagaan di laman e-dagang.

Lebih mengagumkan apabila dia juga berupaya membantu jirannya di Kota Bharu, Kelantan untuk menjana pendapatan bersih sekitar RM100,000 dalam masa hanya dua minggu.


Foto: IG

"Saya hanya nak tolong jiran yang ada perniagaan kedai makan, tapi sepanjang arahan lockdown baru-baru ini pendapatan dia makin terjejas.

"Dia datang minta tolong saya jualkan kuah mukbang, dia dah tak boleh bayar sewa kedai.

"Jadi saya pun tolong jual di Shopee. Alhamdulillah Tuhan nak tolong dia... untung bersih kira-kira RM100,000 dan jiran saya tu dapat RM70,000," katanya kepada mStar.

Kuah mukbang yang sudah terjual sebanyak 12,000 botol itu merupakan kuah segera yang sedia dimakan dengan makanan laut seperti udang, ketam, siput, kerang dan sebagainya.



Tambah pengarah filem Mael Totey The Movie ini lagi dia terlebih dahulu memulakan bisnes di laman e-dagang berkenaan dengan menjual pewangi kereta.

Akui bintang media sosial yang turut mengetengahkan bakat orang kelainan upaya (OKU) seperti Mohd Asyiff Suhaimi dan Muhammad Ashrul Hakim Lukman (Yoe Parey) ini, pendapatan menerusi bisnes berkenaan melebihi apa yang diperolehi daripada YouTube dan Facebook.




"Sepanjang PKP ni YouTube dan Facebook memang terjejas teruk sebab tak boleh buat content, hanya bergantung kepada hasil tontonan video-video lama.

"Tapi Alhamdulillah Allah buka hati saya untuk mulakan bisnes walaupun sebenarnya ia sekadar try and error je.

"Tak sangka pula pendapatan daripada bisnes ni lagi banyak daripada hasilkan video YouTube... Alhamdulillah," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 6-8-2021 11:58 AM
Sbb tu masa masyuk simpan. X payah beli kereta mahal2 nk tunjuk lifestyle influencer tersohor sangat..
Quote wavesiam 6-8-2021 11:58 AM
Alhamdulillah
Quote mamajawie 6-8-2021 12:11 PM
urmmm..bini dia ni asalkan berlaki ye..seb bek la hat laki ni pandai cari duit..kalu aku cari yg sdap mata memandang dlu..huhuhu
Quote nazzse 6-8-2021 12:31 PM
Bakpo sasha gemuk gitumo
Quote biozipstar 6-8-2021 12:41 PM
simpan duit, beli emas, jangn labur dgn rumah besar kereta besar bla2...
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 12:41 PM
ohhh dia ni keee...
Quote mummydarling 6-8-2021 02:50 PM
hat gambo yg last tu ruamh die ke rumah hantu.. kalau ye pon sapulaaaaaaa
Quote fadz84 6-8-2021 03:01 PM
mummydarling replied at 6-8-2021 02:50 PM
hat gambo yg last tu ruamh die ke rumah hantu.. kalau ye pon sapulaaaaaaa

Mcm rumah tinggal penuh daun kering..
Quote mrsamz 6-8-2021 03:04 PM
Ye ke 100k untung bersih tu..ke saje marketing nak pancing org jadi ejen
Quote exclusive_vvip 6-8-2021 03:06 PM
mummydarling replied at 6-8-2021 02:50 PM
hat gambo yg last tu ruamh die ke rumah hantu.. kalau ye pon sapulaaaaaaa

baca u nyer komen, gigih I gi belek ig dia nak tgk komen2 kat gmbo ni..ada org komen, umah tok sedara dia(pengomen)..umah terbiar dah..sayang kan..
Quote jargon 6-8-2021 03:06 PM
Sorry..i xlayan yt dia ni sbb i nak jgk tgk yg sedap mata memandang..sape jela yg duk layan smpai jura subs dia..bini dia tu asal boleh je brlaki..mujor kaya jela kut..
Quote bulanbulat 6-8-2021 03:09 PM
Sapa dia ni? X kenal
Quote bintangct 6-8-2021 03:11 PM
sedap ke kuahnya tu.. kalau kuah maknanya just tuang kuali then campak semua seafood masak je la kan?
Quote makadek 6-8-2021 03:15 PM
Keter velpire ..lifestyle mewah
Bini dia dulu tu ex model..
Tk brpa pemes ..baru ank sorang hilang seri
Tp shhmi ni soft spoken tu bini dia ok kot
Lg lak kayo
Quote trexxxxxi 6-8-2021 03:15 PM
Dia ni bukan retis woiii
Asal boleh ja kannnnn?

Apooooooo
Quote mummydarling 6-8-2021 03:18 PM
fadz84 replied at 6-8-2021 03:01 PM
Mcm rumah tinggal penuh daun kering..

kannn hahahhaha
Quote Nenolen 6-8-2021 03:18 PM
saper jer lah tgk ytube content dia...bbbnu+sskjp...
Quote mummydarling 6-8-2021 03:19 PM
exclusive_vvip replied at 6-8-2021 03:06 PM
baca u nyer komen, gigih I gi belek ig dia nak tgk komen2 kat gmbo ni..ada org komen, umah tok sed ...

laaa kisahnye...mesti ade or komen ngak la pasak rumah serabut tu hahhahhahaa
Quote naina 6-8-2021 03:32 PM
Bini dia dulu pernah berlakon sekali ke?
Apsal macam tipikal kampung perempuan Kelate je mukanya.
Manis Comey tipikal mek Klate..
Badan gebu gitu sebab ore klate suka makan manis kan..

Lihat semua komen(64)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.088601 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top