CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Bekerja Dengan Dia Adalah Anugerah Terindah Dalam Hidup,"-The Locos Puji Melambung Alif Satar

6-8-2021 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1133| Komen: 8

Description: Tidak mahu selesa dengan apa yang dimiliki sepanjang karier seni, penyanyi Alif Satar kini memilih untuk bergerak dalam kumpulan yang dikenali sebagai Alif Satar & The Locos (ASTL).
Tidak mahu selesa dengan apa yang dimiliki sepanjang karier seni, penyanyi Alif Satar kini memilih untuk bergerak dalam kumpulan yang dikenali sebagai Alif Satar & The Locos (ASTL).

Berpeluang bekerjasama, pemain Saksofan ASTL iaitu Faliq Auri menyifatkan Alif sebagai seorang penyanyi yang memang dilahirkan dengan bakat besar.


Foto: IG

"Satu perkara yang menarik bekerja dengan Alif adalah setiap nota lagu yang dinyanyikan tepat. Saya dilahirkan dengan bakat yang boleh mengesan nota lagu.

"Jadi, setiap kali nak buat proses rakaman atau menjayakan persembahan dengan Alif, dia tidak pernah nyanyi salah.Dalam masa sama, dia seorang ketua yang bagus dalam band.

"Dia juga penasihat yang baik di mana selalu bagi kata-kata semangat kepada kami semua. Pendek kata, bekerja dengan dia adalah anugerah terindah dalam hidup saya," katanya kepada mStar.



Kumpulan yang sudah diwujudkan sejak lima tahun lalu itu dianggotai oleh Alif selaku vokalis, Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Faliq Auri (saksofon) dan Rajwan Juni (dram).

Mereka tampil dengan lagu terbaharu berjudul Anugerah Terindah yang merupakan hasil ciptaan Alif sendiri bersama Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwais. Manakala lirik pula oleh Alif, Shah Shamsiri dan Romeo.

Dalam pada itu, Tam Cobain selaku pemain Gitar ASTL mengakui pengalaman dimiliki Alif dalam bidang nyanyian memudahkan banyak perkara.



"Alif ini sangat mudah, mungkin disebabkan pengalaman yang dia ada. Dalam setiap kerja, dia memang sangat teliti, tapi tidak sampai tahap cerewet. Ini kerana dia masih boleh terima pandangan orang lain.

"Setiap kali buat persembahan, dia memang nak kami semua sama bertenaga macam dia. Kalau bahasa kasarnya, dia tak nak ada yang malas.

"Dia selalu pesan, persembahan kita kena memberi kesan pada penonton. Jadi, Alif bagi kami aura itu, kami pun dalam buat persembahan dengan mantap," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lengkong 6-8-2021 11:01 AM
Nampak group ni kemas bersih boleh lah dengar lagu

Quote husie91 6-8-2021 11:08 AM
Lima tahun lalu? Why baru tau sekarang.. tp tulah alif ni iols follow dia dr one in a million ke or malaysian idol eh tk ingt dah.. mmg sgt gifted n talented tapi taktau kenapa tk myinar sgt dalam bidnag nyanyian.. tp memang jarang dengar gosip pasal dia.. clean je.. mostly komen semua easy going budaknya
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 11:42 AM
clean artist & multitalented. cuma jgn la nnti ada dugaan hidup yg mencurang2 ke ape.. nahas masa depan
Quote biozipstar 6-8-2021 12:42 PM
good luck ALEP
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 12:42 PM
i lioke heolsss...
very the bersih
moga kekal hingga forever.
Quote mrseller 6-8-2021 12:48 PM
camna la korang boleh julang the poyos ni. cepat betul mata kelabu korang  nih. kikiki
Quote Taniajingga 6-8-2021 12:48 PM
husie91 replied at 6-8-2021 11:08 AM
Lima tahun lalu? Why baru tau sekarang.. tp tulah alif ni iols follow dia dr one in a million ke or  ...

Selalu yg talented mmg kurang mnyinar. Yg entah apa2 tulah jadi nama makin naik
Quote mmett 7-8-2021 10:54 AM
Alif ni very professional n multi talented..all the best alif

Lihat semua komen(8)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-10-2021 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.071087 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top