CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Minta KKM Buka Ruang Komen Media Sosial

5-8-2021 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5013| Komen: 51

Description: Ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat hingga mencecah angka 20,000 sehari, penyanyi Nabila Razali meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewujudkan komunikasi dua hala menerusi platform ...
Ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat hingga mencecah angka 20,000 sehari, penyanyi Nabila Razali meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewujudkan komunikasi dua hala menerusi platform media sosial mereka.


Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 28, berkata ruangan komen di semua media sosial kementerian itu seharusnya dibuka bagi memberikan ruang kepada rakyat memberi cadangan.


Foto: IG

"Sekarang ramai yang dapat banyak info daripada sumber yang salah, bagus kalau kita ada satu sumber yang sahih iaitu platform yang tak tutup komen untuk orang ramai memberikan pendapat.

"Saya risau apabila tengok kes kematian semakin meningkat. Saya rasa macam ia semakin dekat dengan saya dan keluarga," katanya kepada mStar.


Terdahulu, Nabila menerusi ciapan di Twitter meminta KKM memberi peluang orang ramai memberi pendapat dan bertanya info berkaitan Covid-19 di laman sosial rasmi agensi itu.

Untuk rekod tiga platform utama iaitu Facebook, Twitter dan Instagram milik KKM tidak membenarkan orang ramai menulis di ruangan komen.



Akui faham ruangan komen itu ditutup bagi mengelakkan perbalahan, namun Nabila berkata perkara itu sedikit sebanyak menyukarkan netizen yang benar-benar mahu bertanyakan info dan kesahihan sesuatu perkara berkaitan Covid-19.

Penyanyi lagu Peluang Kedua ini juga meminta netizen supaya menggunakan medium itu untuk memberi cadangan dan bukannya menyalahkan mana-mana pihak dengan menulis kata-kata kesat.

"Saya faham asbab KKM menutup ruang komen kerana mereka ingin mengelakkan perbalahan seterusnya mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

"Saya cadangkan kita gunakan ruangan komen di Facebook, Instagram dan Twitter KKM sebagai ruang untuk kita sama-sama bertukar pendapat.

"Jika masih ada yang komen negatif, kita jangan kecam dia, sebaliknya kita educate dia sambil bertanya “apa masalah awak?” katanya.



Dalam pada itu, Nabila turut meluahkan kebimbangannya terhadap peningkatan kes Covid-19 yang memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.

Katanya, dia turut tertekan dengan situasai pandemik yang melanda negara dan berharap semuanya akan pulih seperti sedia kala tidak lama lagi.



"Saya faham ramai yang terkesan, hilang kerja, kehilangan ahli keluarga, rindu nak balik kampung. Sabar, semua ni akan berakhir.

“Sekarang masa kita untuk bersatu hati. Jangan gaduh-gaduh ok. Saya tahu semua tertekan... saya pun sama. Bila semua bekerjasama InshaAllah kita akan kembali hidup seperti biasa,” ujarnya.

Pada Khamis negara mencatatkan kes penularan wabak covid-19 harian tertinggi sebanyak 20,596 kes baharu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 5-8-2021 07:14 PM
Apsal suruh bukak ruangan comment KKM?
Kau nak post video kau nyanyi terkucil mcm burung penyek tu ke?
Quote kotakominami 5-8-2021 07:19 PM
Saya sedih sebab masih tak dapat vaksin....tiap ari check my sejahtera tak bergerak pon...mak saye ajar bukak bateri belakang pastu pasang balik....saye buat jugak wak sebab dah terdesak.....pon tak bergerak{:childlike
Quote slyfynx 5-8-2021 07:19 PM
Eh, pehal thread semua pendapat retis je nih?
Ko CARI-MRO mmg kene sound ngn boss pasal x cukup thread ke?
Gi cr pendapat Ebby Yus pulak
Quote shysari 5-8-2021 07:56 PM
Sibuk nak suruh buka komen.
Komen2 kat ig sendiri pun tak terlayan
Ntah apa2 retis ni
Quote kalkulatorpink 5-8-2021 08:05 PM
Seriuslah tiba2 off komen dh skrg?
Quote nakkomenjugak 5-8-2021 08:14 PM
"....meminta netizen supaya menggunakan medium itu untuk memberi cadangan dan bukannya menyalahkan mana-mana pihak dengan menulis kata-kata kesat."

Ko sureeeeee netijen nak dengar cakap ko?
Quote lotionmilo 5-8-2021 08:31 PM
kotakominami replied at 5-8-2021 07:19 PM
Saya sedih sebab masih tak dapat vaksin....tiap ari check my sejahtera tak bergerak pon...mak saye a ...

U duduk mana?
Quote lotionmilo 5-8-2021 08:33 PM
Setuju.tah kenapa nak di off komen
Quote mnz 5-8-2021 08:36 PM
Ruang komen dalam ni masuk bole guna kak
Quote miznora 5-8-2021 08:40 PM
Apa masalah awak bella secondchance??
Quote cheezel 5-8-2021 08:54 PM
kotakominami replied at 5-8-2021 07:19 PM
Saya sedih sebab masih tak dapat vaksin....tiap ari check my sejahtera tak bergerak pon...mak saye a ...

Bila daftar?
Quote cheezel 5-8-2021 08:55 PM
Xyahla nak tambah stress kkm dan frontliner nak baca komen2 bertelagah kome tu
Quote Hoola 5-8-2021 09:15 PM
Smbil komen, bw beruang
Quote Kurex 5-8-2021 09:30 PM
Ni gosip apa ni???? Lain la kalau si mengada2 ni ada scandal dgn pengarah kesihatan baru ye boleh digosipkan.. puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh
Quote Mulotkoyak 6-8-2021 12:15 AM
KKM xtahan maki nok.... Lg satu KKM ni admin die mmg kaki block org.... Al maklumlah mulot rkyt jelata suke mkn pedas-pedas. Sbb tuh Israel pun xtahan dgn mulot kite ni. Kite htr wakil Melaka udah cukop sis.
Quote belilies 6-8-2021 12:17 AM
Mcm vavi je nabila razali ni! Nyampah nau! Trying too hard to stay releven!
Quote R2D2 6-8-2021 07:37 AM
mana2 ruang komen pun
tak kira siapa yg punya
dh jadi port org letak iklan
ingat admin ada masa ka nak filter semua msg2?
nak jawab semua msg2?
msg yg masuk bukan sikit
berbelas kekadang berpuluh ribu

aparah artis
nak bagi pendapat pun agak2 la

melainkan artis tgh sendu
bagi pendapat
kita fhm la
nak up kan diri semula

Quote Katanya 6-8-2021 07:50 AM
kotakominami replied at 5-8-2021 07:19 PM
Saya sedih sebab masih tak dapat vaksin....tiap ari check my sejahtera tak bergerak pon...mak saye a ...

Kalau ko daftar bulan tiga, ko sabar. Inshallah dapat. Tapi klu ko cuter baru daftar sebulan yg lepas.. aku x Tau nak komen apa. Ada yg tunggu enam bulan baru dapat ...so there
Quote September14 6-8-2021 08:04 AM
Setakat komen mngutuk baik xyah bukak… boleh mengelakkan perbalahan.

Lihat semua komen(51)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-1-2022 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.215848 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top