CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Masukkan 'Udara' Ketika Majlis Pelancaran Album Kanye West Pun Boleh Buat Duit?

4-8-2021 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 986| Komen: 6

Description: Sebuah beg plastik didakwa berisi ‘udara’ ketika majlis pelancaran album terbaharu penyanyi rap Kanye West di Atlanta baru-baru ini, berjaya dijual pada harga AS$7,600 (RM32,109) menerusi platform e ...
Sebuah beg plastik didakwa berisi ‘udara’ ketika majlis pelancaran album terbaharu penyanyi rap Kanye West di Atlanta baru-baru ini, berjaya dijual pada harga AS$7,600 (RM32,109) menerusi platform eBay.

West baru-baru ini menganjurkan majlis pelancaran album baharunya yang berjudul DONDA di sebuah stadium di Atlanta.


Kredit foto: Vanity Fair

Seorang daripada peminat fanatik penyanyi itu didakwa cuba mengambil kesempatan dengan melelong beg plastik yang kononnya ‘diisi dengan udara’ ketika majlis pelancaran itu berlangsung.

Peminat itu pada mulanya melelong beg plastik berkenaan di dalam eBay pada harga AS$3,330 (RM14,068) dan menunggu orang ramai membidanya.

Lelongan tersebut mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana mereka boleh buktikan bahawa terdapat udara dari Atlanda di dalam beg plastik tersebut.

Ada juga yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal dan peminat tersebut sengaja ingin mendapatkan duit dengan mudah.

Namun, beg plastik itu akhirnya terjual pada harga AS$7,600 selepas dibida oleh seorang pembeli.



Pada 2015, beg plastik yang didakwa mengandungi udara semasa konsert West pernah dijual pada harga AS$65,000 (RM274,576).


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 4-8-2021 02:26 PM
Macam-macam.. ddme ni byk duit ka?
Quote _blackbird 4-8-2021 02:36 PM
ni bukan cerita lama ke
Quote nakkomenjugak 4-8-2021 02:36 PM
mak aihhhhh. lain bebeno pentaksub sana
Quote Fortiori02 4-8-2021 04:24 PM
Byk duit sgt ni sampai x tau nak buat ape dah duit belebih tu gamaknya
Quote phonon 4-8-2021 05:48 PM
ada virus covid sekali tak? boleh la pembeli hirup sekali....
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 04:56 PM
kata kaya tp bodo kang marah

Lihat semua komen(6)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.086328 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top