CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Menteri Komunikasi Simpati Pelajar Maut Ketika Cari Liputan Internet

4-8-2021 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1259| Komen: 15

Description: Tragedi menimpa seorang pelajar perempuan yang maut akibat dilanggar lari ketika mencari liputan Internet di Julau Isnin lalu, mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdu ...
Tragedi menimpa seorang pelajar perempuan yang maut akibat dilanggar lari ketika mencari liputan Internet di Julau Isnin lalu, mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam satu kenyataan yang diterima di Sibu, beliau menyatakan kesedihannya dengan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 malam itu yang mengakibatkan kematian Kemalia Fran George, 17, selepas dilanggar sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.



"Saya amat bersimpati dan ingin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang remaja perempuan yang meninggal dunia pada 2 Ogos 2021 akibat dilanggar lari ketika sedang mencari liputan internet di Jalan Julau-Nanga Entabai, Sarikei, Sarawak," katanya.

Beliau berkata di kawasan kejadian, sebuah menara baharu sedang dalam proses pembangunan oleh pihak Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang merupakan agensi utama untuk transformasi ekonomi digital yang mengawasi dan mengawal selia strategi dan inisiatif digital di Sarawak.

"Di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) pula, sebanyak 22 menara baharu dijangka akan mula dibina di daerah Julau bermula pada akhir suku keempat 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir suku keempat 2022," katanya.

Berhubung isu liputan internet di Julau, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Sarawak bagi memastikan isu liputan internet di kawasan berkenaan ditangani dengan secepat mungkin.

Menurut Saifuddin, sejumlah 12 menara komunikasi telah siap dibina di bawah dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) kelolaan MCMC dan beroperasi sepenuhnya di daerah Julau manakala dua lagi menara dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap pada suku pertama 2022.

Selain pembinaan menara komunikasi, kerja-kerja naik taraf rangkaian kepada 4G juga sedang dijalankan di 19 stesen pemancar di sekitar daerah Julau sehingga penghujung tahun ini termasuk Projek Jalur Lebar Melalui Satelit (Wifi VSAT) di 18 lokasi di sekitar daerah tersebut.

Projek itu dijangka mula dilaksanakan bermula September 2021 dan akan siap sepenuhnya pada Disember 2021.

Dalam kejadian pada kira-kira 9 malam itu, Kemalia sedang membonceng motosikal yang ditunggangi rakan lelakinya, Feisyia Erwin Jeffery, 20, dan dikatakan sedang mencari liputan internet bagi membuat kerja sekolahnya.

Mangsa yang merupakan pelajar SMK Julau kemudian dibawa bapanya ke Klinik Kesihatan Julau namun disahkan telah meninggal dunia manakala rakannya mengalami kecederaan ringan.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 4-8-2021 02:04 PM
Kesian pulak kes2 camni, niat dah baik.
Quote dodolgemok 4-8-2021 02:07 PM
Nk tggu ramai2 mampos dulu baru nk buat tiang telekomunikasi ke??
Quote testly 4-8-2021 02:10 PM
Problem ni br terbuka mata semua org sbb covid nih n online kelas. Klau tak, mmg jgn hrp gov amik tau, byk je tmpt/kg mmg xde lsg hp signal ni...kg pedalaman tu klau apa semua kena keluar ke pekan/bandar besar skit...hp signal mmg out..facilities pun xde pun.... Nak slhkan telco pun xleh gak, sbb xde client, mmg lah depa tak ltk byk pencawang..so slh gov lah yg tak brp cakna isu pembangunan, komunikasi dan pendidikan dikwsn pedalaman ni...
Quote nakkomenjugak 4-8-2021 02:35 PM
hmmmmm... side eye jelee.
Quote Pedro22 4-8-2021 03:22 PM
Exactly what I needed! You just saved me several hours. Thanks!

FirstCallOnline
Quote Jemahjemah1988 4-8-2021 04:59 PM
Simpati jer x cukup.. Tindakan perlu lah dilaksanakan tahun 2021 internet masih x meluas.
Quote Artemesiaa 4-8-2021 05:46 PM
Macam biasa mula2 je hangat diperkatakan lepas tu krik krik krik semula
Quote misuke 4-8-2021 09:12 PM
Cara sebutan tu , oooooo  iiiiii ccccccc...kesiannya...
Pastu sambung tido
Quote AnnaSendin 5-8-2021 02:27 AM
24 jam ittuew jawapan standard. Masih masih dan masih.
Quote missycutie 5-8-2021 07:52 AM
patutnya bila wfh + pdpR ni, rangkaian internet dah meluas. ni line pun tak stabil jap ada jap xde.. dah 2021 guys... come on. please do something la
Quote elecom 5-8-2021 08:32 AM
aku nak pasang unifi kat rumah mak aku..dah berzaman tunggu port asik x cukup....dah la x boleh balik kampung..nak video call ke kampung pun tersekat2...cemano?
Quote oni313 5-8-2021 08:36 AM
good things about PDPR ni, semua pihak bukak mata, pasal isu connection internet ni

semua duk bangga konon Malaysia terpantas itu ini, hakikatnya propa je

sedih giler 1 malaysia kena tipu 4G bagai, hakikatnya tidak,,,,,,

dulu tok mat masa jadi MB pernah dedah, telco2 ni letak router je dlm menara pemancar
Quote miss_perfect 5-8-2021 08:43 AM
Ni la yg orang kata,"nak ada orang mati dulu ke baru nak ambik tindakan?"
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 04:58 PM
anak aku pdpr pn aku rasa nk masuk hospital.
Quote biozipstar 6-8-2021 01:29 PM
tapi isu PDPR ni kan. bos aku  xboleh terima yach. dia kata, kalau anak x peka dengan pdpr, maknya behavior & attitude anak tu yg problem.... hmm. dia fikir senang ke pdpr pastu wfh...

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.081661 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top