Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Beradablah Sikit,"-Shiha Zikir Berang Tak Dibenarkan Rakam Video Ketika Disuntik

3-8-2021 04:49 PM| Komen: 56

Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir mempersoalkan adab dan tindakan petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tidak membenarkan dirinya merakam video ketika disuntik vaksin dos kedua semalam.

Berang dengan insiden yang berlaku ke atasnya, Shiha menerusi hantaran Instagram juga mengakui keliru apabila tidak dibenarkan merakamkan sebarang video sedangkan kerajaan menerusi Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin membenarkan sydah secara jelas membuat pengumunan rakaman suntikan vaksin adalah dibenarkan.


“@khairykj dah cakap dibenarkan ambil video tambahan memang niat nak galakkan orang atau pengikut untuk ambil vaksin.

“Sekurang-kurangnya beradablah sikit jika nak cakap dengan penerima dan janganlah bagi alasan yang tak masuk akal. Bukannya tak percaya dekat doktor pun,” katanya.

Menurutnya, tiada isu yang seharusnya timbul apabila penerima merakam video kerana perkara tersebut menjadi bahan bukti kepada kedua-dua pihak sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.


Pada hantaran sama, penyanyi yang gemar memuat naik video kelakar itu turut berkongsi kenyataan media MOSTI, sekali gus membuktikan tindakan merakam video ketika mendapat suntikan adalah dibenarkan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti menyokong kenyataan Shiha dan berpendapat tidak perlu timbul larangan mengenai rakaman video.


Foto: IG

“Sebelum ni sumpah saya memang takut dan antivaksin, tapi selepas tengok idola saya, Kak Shiha pergi ambil vaksin sebelum ini, terus saya kemas kini MySejahtera awal bulan lepas dan alhamdulillah dah dapat dos pertama.

“Kak Shiha saya setuju, tiada masalah dan isu pun kalau nak rakam video sebab boleh didik rakyat dan orang lain untuk sama-sama ambil vaksin,” tulis pengikut.




Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, penerima vaksin dibenarkan merakam video suntikan masing-masing bagi mengelak keraguan berhubung isu vaksin kosong yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Pada masa sama, petugas kesihatan di PPV turut diarahkan supaya menunjukkan picagari yang sudah diisi kandungan vaksin kepada penerima sebelum dan selepas disuntik. -CARI

Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
3
0
0
Komen: 56
Komen

Previous : Kasi Up Lagi! Nana Tuntut 5 Sekawan Bayar RM2.5 Juta, Mohon Maaf Di Media

Next       : Kael Dicaci Individu Tak Dikenali Sebab Rapat Dengan Seorang Artis

Komen Terbaru

Quote azimodin 5-8-2021 10:27 AM
suka2 replied at 5-8-2021 08:39 AM
Kalau semua org fikir mcm uols, mmg 20 minit boleh settle dr sampai hingga keluar dewan ppv tu. Ta ...

Tau xpe. Dah la i mmg x keluar rumah selain dari pergi ppv. Mmg husband je keluar 2-3 minggu sekali beli groceries. Bila sampai ppv tetiba rasa macam "lost" sebab ramai sangat orang. Ppv tempat iouls tu macam xde orang bergambar dengan placecard.

Lain-lain Komen

Quote Skuau 3-8-2021 04:56 PM
Edited by Skuau at 3-8-2021 04:58 PM

Bukan KJ dah kata dibenarkan amik video...atau pegawai bertugas x dpt info
Quote dejure 3-8-2021 05:07 PM
Lain kali sblm vaksin print siap2 kenyataan menteri yg kata boleh rekod masa vaksin tu..klu ada yg bising tunjuk siap2 kat muka dorang..kau memekak kat ig apa yg kau dapat.lawanlah balik shiha oii..tu hak kita
Quote Kurex 3-8-2021 05:44 PM
Edited by Kurex at 3-8-2021 05:50 PM

Kenapa aku rasa kau ni propa jah? Dan perlu ke benang mcm ni dikatakan gosip?
Quote Ayda89 3-8-2021 06:28 PM
Ala asalkan engko tenguk masa dia cucuk sebelum & selepas cukup la. Tak rasa leceh ke nak rakam2
Quote wasssup27 3-8-2021 06:32 PM
apa apa je la. asal bervaksin. hmmm. artis kan kena la update kat fanssszzz
Quote MontanaHannah 3-8-2021 06:36 PM
jgn ambil muka doktor


kalau ambil setakat bahu sendiri  boleh


tp dia ni ambil vidoe mcm mana


xsemua suka vidoe vidoe ni semua apabila dia plan nak rembat vaksin shiha ke


Quote nordin84 3-8-2021 07:15 PM
dejure replied at 3-8-2021 05:07 PM
Lain kali sblm vaksin print siap2 kenyataan menteri yg kata boleh rekod masa vaksin tu..klu ada yg b ...

memekak kat ig la bg viral.. kalau dia print atas kertas majung pun kalau doktor situ xbg, xdpt jgk.. some of petugas ni lain maciam sikit
Quote aderaderker 3-8-2021 07:26 PM
Aku rasa sebab melambatkan proses.
Pastu paham2 la seleburiti yg ambik gambar ni dia suka tala sana sini...
Bukan boleh satu shot and done gitu.  

Tp dah KJ kata boleh.
Quote sleepandream 3-8-2021 07:28 PM

pertama kali iols nampak chuols komen dgn waras
betul tu, nak rakam boleh tapi make sure nampak diri sendiri jah... kalau nak nampak muka vaccinator tu kene minta izin..

Quote nakkomenjugak 3-8-2021 07:37 PM
pulakkkk..
Quote MadameOnion 3-8-2021 07:42 PM
Bukan retis sangkak je perangai camni..ramai je..pastu dok suruh tunggu kejap...tak ready lagi..ubah position bagai..ko ingat ko sorang ke cucuk vaksin badigol ooii..
Quote Daftpunk_shine 3-8-2021 07:46 PM
Frust la influncer2 ni..xleh nk up video..Baru plan nk menggeletis saya takut jarommm..saya takut jarommm..smbil pelok bntal busuk bwk p cucuk vaksin..
Quote suka2 3-8-2021 08:03 PM
MadameOnion replied at 3-8-2021 07:42 PM
Bukan retis sangkak je perangai camni..ramai je..pastu dok suruh tunggu kejap...tak ready lagi..ubah ...

Proses vaksin tu cepat tu pasal ramai yg puji 20 minit boleh settle dr masuk sampai keluar dewan ppv tu. Tggu nak amek gamba kat booth tu pun lg lama   Kalau nk amek gamba ke video ke mmg kena standby camera kat tgn dah. Bukan dah duduk kat tpt vaksin baru nak unlock phone nak pilih filter nak cari angle. Buang masa.
Quote slyfynx 3-8-2021 08:34 PM
Tgk je udah la.
Nk rakam dengan hrpn orang buat salah and boleh upload.
Dah la kitorang kat Ipoh ni haram dapat vaksin lg.

Sape lg geng2 Ipoh?
Mmg lambat nk mampos ke hape ni?
Quote gadisbunga91 3-8-2021 08:52 PM
Semua nk amik kesempatan merakam jg
Quote bedahmulutpuaka 3-8-2021 09:16 PM
Aku dah vaksin.. Mula mula rase nak rekod.. Tapi daripada sebok rekod.. Aik aku teliti nurse tu punye kerja..

Mula dari dia amik vaksin, tunjuk jarum.. Cucuk tgn aku, picit jarum.. Jarum kosong.. Cecair tu masuk.. Semua aku tgk jelasss... So aku yakin sbb satu mlm tgn aku sakit gilee..

Daripada sebok rekod semata nak tiktok, story.. Tapi x fokus.. Lepastu balik br sedar kan dah buang masa..
Quote lyshafull 3-8-2021 09:28 PM
So issue skang x boleh amik video pun boleh jadik issue ke natey … janji dh lepas vaksin dh laaa lepastu balik laa ni sejnis gak nk crik content kat socmed x dapat amik vid meroyan …
Quote lilydandelion77 3-8-2021 10:05 PM
Overnya sheols! Dia igt dokter tu melayan dia sorang je kewww?
Aku lg nak cecepat blah dari ppz. Rimas.
Iols tak record pun sbb iols bgtau dokter, saya nak tgk depan mata. Dokter pun dah ada SOP kan? Tunjuk jenis vacc, brp ml, lepas vacc, tunjuk syringe. Iols pun mmg teleng kepala ke kiri nak tgk dari awal sampai abis.

Quote mamasaffiya 4-8-2021 02:25 AM
Bangganya dia sebab ramai nak ambik vaksin lepas tgk video dia cucuk

Lihat semua komen(56)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top