CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Didie Alias Trauma, Hilang 5 Ahli Keluarga Akibat Covid-19

2-8-2021 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4564| Komen: 29

Description: Kehilangan lima ahli keluarga akibat COVID-19 dalam tempoh singkat memberi kesan emosi kepada pelakon, pelawak dan pengacara, Didie Alias.
Kehilangan lima ahli keluarga akibat COVID-19 dalam tempoh singkat memberi kesan emosi kepada pelakon, pelawak dan pengacara, Didie Alias.

Masih trauma dan sedih dengan nasib malang menimpa insan tersayang, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd @ Ali, 49, mengaku semakin paranoid dengan situasi penularan pandemik COVID-19 sekarang.



Foto: IG

"Saya rasa terkesan apabila satu demi satu anggota keluarga pergi akibat COVID-19. Bermula dengan ibu saudara iaitu adik bongsu sebelah emak.

"Kemudian diikuti nenek saudara, bekas abang ipar dan dua sepupu yang membesar bersama-sama. Luluh rasa hati apabila hanya mampu melihat jenazah mereka yang sudah siap dikapan melalui video yang dikirim.


"Semakin hari, virus ini semakin hampir dengan kita apabila anggota keluarga sendiri menjadi mangsa," katanya kepada BH Online.



Tidak sanggup situasi sama berulang atau menimpa orang lain, Didie memohon semua pihak agar sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

"Antara mangsa adalah insan yang rapat dengan saya. Bayangkan, kami sudah lama tidak berjumpa dan bagaimana perasaan apabila tiba-tiba dikhabarkan mereka sudah meninggal dunia.

"COVID-19 bukanlah sesuatu rekaan. Harapan saya semua orang dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar penularan wabak ini dapat dikekang," katanya.



Dalam perkembangan berkaitan, pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu turut meluahkan kebimbangan peningkatan kes positif COVID-19.

"Emak saya kini berada di Melaka bersama adik. Apabila dapat tahu ada kejadian positif COVID-19 di kawasan berhampiran, saya jadi takut dan berkali-kali berpesan agar tidak keluar rumah dan menjaga kebersihan.

"Dalam keadaan sekarang, kita kena sentiasa jaga diri. Tidak lama lagi, iaitu selepas mendapat suntikan kedua vaksin COVID-19, saya akan kembali ke lokasi drama Cukup Derita Itu untuk menyambung penggambaran.



'Kalau ikutkan perasaan memanglah takut untuk bekerja terutama apabila angka kes makin meningkat. Tetapi sudah namanya kerja, kenalah buat.

"Cuma saya kena ambil langkah keselamatan yang lebih dan sentiasa patuh kepada SOP," katanya yang mula dikenali menerusi filem Kanta Serigala dan Boss ini. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_perfect 2-8-2021 12:10 PM
Takziah...
Quote Tinot7 2-8-2021 12:18 PM
Takziah kpd didie sekeluarga
Quote nakkomenjugak 2-8-2021 12:27 PM
Takziah untuk keluarga yang terlibat
Quote imanda 2-8-2021 12:28 PM
mmg menakutkan sb keadaan skg tp pk2 balik kita mmg akan mati jugak nanti cuma manusiawilah ada prasaan rindu sedih dll. tapi kita hidup didunia mmg menuju akhirat pon, yg pegi dulu tu dipanggil awal je. kita2 yg tinggal ni kena sedialah bekal ke Sana. wallahualam.
Quote huehue 2-8-2021 12:29 PM
Takziah. Semoga sheolls dan ahli keluarga tabah dan teruskan berjaga jaga
Quote belacan_gurl 2-8-2021 12:35 PM
Covid nih ..hanya dikalangan mereka yg ada ahli kuarga mati je rasa terkesan ye ..tambahan yg mati serentak....yg xde kematian msh dlm waspada dan ada juga yg buat main pasal covid ni
Quote Zack8hunter 2-8-2021 01:25 PM
faham sgt trauma tu.. 3 org yg rapat dgn aku pun dah meninggal dunia kerana covid.. Rasa down sgt
Quote mamajawie 2-8-2021 02:47 PM
hat yg last vid laki dia peluk dia pakai baru serba putih biru tu aku terbayang ungkasyah terlebih cautut smpai kurus kering cenggitu..ahahahhaha
Quote damian_lee 2-8-2021 02:58 PM
boleh relate dengan situasi ini
kebetulan yang meninggal kerana kobid adalah saudara and kenalan rapat aku

dia punya kepenatan emosi itu lain mcm .....

Arwah2 dimasukkan hospital dan di"tidur"kan atas faktor usia dan kesihatan

tiap kali akan call doctor tanya perkembangan
kadang up
kadang down

bila doctor dah bagi isyarat tak dapat diselamatkan ..... hari2 minta video call
video call diiringi bacaan al quran dan tangisan ....

bila salah sorang meninggal
tak sempat untuk bersedih .... yang lain pulak konsidi down dan kritikal ...

ibarat belum sempat smbuh luka lama
ko dihadapkan dengan kemungkinan yang sama
beban kesedihan kematian tak habis
beban kesedihan "kritikal" plak menambah

kemudian satu2 meninggal dan cycle itu berterusan
sampailah yang kritikal dan tak dapat diselamatkan "jatuh" satu persatu .....
dan emosi kau pun turut jatuh

sehingga fikiran kau tak lagi stable
kadang kau hilang dalam fikiran sendiri ....
sama ada dalam kesedihan mahupun ketakutan dengan persoalan bermain kat kepala "Sapa yang seterusnya?"

Quote electricopop 2-8-2021 04:54 PM
Takziah, Mummy Didie...
Quote Thunderclouds 2-8-2021 06:19 PM
Takziah didie. My kazen pn meninggal last week sbb covid. Muda lg.
Quote ImpianSeroja 2-8-2021 06:22 PM
Salam Takziah
Quote Jemahjemah1988 2-8-2021 11:47 PM
Moga hilang trauma.
Quote kikyou 2-8-2021 11:55 PM
Takziah.
Quote Konahhh 3-8-2021 12:02 AM
Takziah kak didi, teringat keluarga dia dalam rancangan masak2. Happening je
Quote Getz 3-8-2021 12:38 AM
ramai tak pcaya kan...dah kena btg hidung baru tau siapa lg kuasa
Quote mmett 3-8-2021 12:46 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Quote edayildiz 3-8-2021 12:48 AM
baru tahu nama sheols fadzilah
btw takziah didie
Quote doubleA 3-8-2021 12:50 AM
Takziah. Memang la yg paling iols rasa sedih dan ralat sebab lama tak jumpa tup2 meninggal sampai bila2 tak jumpa

Lihat semua komen(29)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.135099 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top