CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Fizo Omar Tak Memilih Watak, Mengaku Pendapatan Terjejas

2-8-2021 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2170| Komen: 9

Description: Ketika ini, tidak dinafikan industri hiburan terutama bidang lakonan semakin meriah menerima kemunculan pelakon-pelakon baharu untuk memainkan peranan utama.
Ketika ini, tidak dinafikan industri hiburan terutama bidang lakonan semakin meriah menerima kemunculan pelakon-pelakon baharu untuk memainkan peranan utama.

Malah, ada segelintir daripada bakat baharu yang mendapat peluang untuk menjadi pelakon ini terpilih daripada kalangan 'influencer' atau pempengaruh yang kebanyakan mereka mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Apapun, yang pasti pelakon berpengalaman seperti Fizo Omar, 36, tetap mampu terus menyerlahkan bakat lakonannya meskipun boleh dianggap sebagai kemunculan semula.


Foto: IG
Fizo yang mula aktif berlakon drama pada 2008 seakan 'menghentikan seketika' kerancakan kerjaya seninya pada 2015 kerana mula memberi fokus kepada bisnes diusahakannya. Malah, dia juga ada kala hanya muncul dalam program televisyen.


Namun, pada 2019 lalu, bapa tunggal kepada seorang anak ini dilihat mula mengatur kembali langkahnya dalam lakonan apabila membintangi beberapa drama popular seperti Setelah Cinta Itu Pergi, Bukan Cinta Aku dan Adellea Sofea.

Mengulasnya, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar berkata, dia tidak pernah memilih watak, tetapi bersyukur dengan rezeki Allah apabila ditawarkan karakter yang sesuai serta naskhah drama terbaik. Malah, masih ada penonton yang mahu menonton lakonannya.



"Pada ketika saya merancang hendak aktif berlakon semula, memang tak sangka Allah makbulkan dengan memberi rezeki tawaran drama untuk dibintangi walaupun saya juga sibuk dengan komitmen lain terutama perniagaan yang diusahakan.

"Saya akui tidak boleh fokus pada shooting dan ambil watak utama. Namun, alhamdulillah sehingga sekarang saya banyak mendapat tawaran sebagai watak utama kedua yang sangat membantu untuk saya memantapkan semula bakat lakonan diri.

"Ditambah, saya amat bersyukur kerana mendapat naskhah drama yang bagus macam Maaf Tak Indah, Pengantin Satu Malam dan Rindu Awak Separuh Nyawa sebagai 'hero kedua' yang berjaya menerima perhatian baik daripada penonton," katanya.



Fizo berkata, dia memang tidak memilih watak untuk tawaran drama yang diterima. Ujarnya, dia sentiasa yakin dengan rezeki dan enggan bersikap terlalu memilih kerana sebelum ini pernah berehat lama dari kerjaya lakonan.

"Semua peluang berlakon yang saya dapat sekarang adalah rezeki dan saya tak memilih sangat pun. Cuma, saya hanya melihat pada watak yang sesuai. Apatah lagi, saya sudah lama tidak aktif berlakon, jadi teknik lakonan itu kena asah semula.

"Bagaimanapun, alhamdulillah tawaran berlakon yang saya terima kebanyakannya relevan dan sesuai dengan diri saya serta kehendak masyarakat. Justeru, saya rasa ia rezeki buat saya dan satu rahmat daripada Allah untuk kemunculan semula ini," katanya lagi.




Sehubungan itu, Fizo berkata, dia kini teruja untuk kembali ke lokasi penggambaran semula kerana sudah ada beberapa projek drama akan dibintangi. Katanya, insya-Allah jika masih ada rezeki dia mempunyai empat projek drama tertangguh.

Menurut Fizo, biarpun pendapatannya ada yang terjejas tetapi, dia tetap bersyukur kerana rezeki buat keluarga masih Allah beri dalam perniagaan. Selain itu, katanya dia juga akan terbabit dalam program televisyen sebagai pengacara. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Taniajingga 2-8-2021 11:59 AM
Hambekkk jelah apa org kasi. Rejeki jgn ditolak abe
Quote Tinot7 2-8-2021 12:04 PM
Semoga dipermudahkan urusan dpt job. Buat je apa2 yg dpt tuh
Quote nakkomenjugak 2-8-2021 12:05 PM
Ambik jele kannn
Rezeki da datang
Quote ImpianSeroja 2-8-2021 12:09 PM
Semoga sentiasa Dimurahkn rezeki
Quote dudaberhias 2-8-2021 10:06 PM
Sah2 la pendapatan terjejas, sebelum ni ex bini je banyak berkorban. Dia ni apa je bisnes dia yang jalan? Burger nan hado, jual buku nan hado, jual ai lio basi pun nan hadoooo...

Nak jual muka? Dah tua, nampak krepot dah, penonton demand nak yang muda2.
Quote socket 2-8-2021 10:45 PM
Sorry..but watak drama yang memilih dan kamu tak terpilih. Tu je nak kabo. Kbai
Quote mmett 3-8-2021 12:54 AM
Mmg la pendapatan terjejas..tp rsnye banyak lg duit kan..tgk cara belanja pn tau huhu
Quote totokreturn. 3-8-2021 10:54 PM
cantik keta baru dia
Quote Meiizu 3-8-2021 10:57 PM
dudaberhias replied at 2-8-2021 10:06 PM
Sah2 la pendapatan terjejas, sebelum ni ex bini je banyak berkorban. Dia ni apa je bisnes dia yang j ...

Asal benang pijo je mesti kita rasa nak kecam dia pasal ros kan hahahhah then artikel pun mesti ada gmbr mak dia.Pijo mcm fomfuan tatau apa2 (konon)bangun pagi kenacerai.

Ehhh dia busy perniagaaan apa skrg ni??

Lihat semua komen(9)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072034 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top