CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Suka Cipta Lagu 'Leman', Harry Khalifah Tak Kisah Dilabel Penyanyi Kampung

2-8-2021 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 865| Komen: 5

Description: Gemar mencipta lagu kampung atau 'leman', penyanyi dan komposer Harry Khalifah mengakui tidak pernah terasa hati apabila menerima kritikan negatif yang mempertikaikan genre itu.
Gemar mencipta lagu kampung atau 'leman', penyanyi dan komposer Harry Khalifah mengakui tidak pernah terasa hati apabila menerima kritikan negatif yang mempertikaikan genre itu.


Biarpun digelar penyanyi lagu kampung, Harry atau nama sebenarnya Ahmad Sairi Haslan Mohd Redzwan, 41, tetap berbangga dengan kesemua karya yang dihasilkan.


Foto: mStar

"Tak dinafikan setiap komposer pasti akan berasa tekanan dalam menghasilkan lagu. Macam saya, apa yang keluar di fikiran dan hati, saya keluarkan saja.

"Malah, semua lagu saya memang datang daripada hati. Saya bangga orang kata lagu saya kampung dan 'leman'.

"Saya bangga dilabel penyanyi lagu kampung... sedikit pun tak terkesan dengan cakap-cakap orang. Apa yang pasti saya akan terus berusaha berkarya sampai bila-bila.


"Pada saya, tak perlu nak merendahkan atau bandingkan karya orang. Semua ini datang daripada Allah. Karya itu pula datang dari hati masing-masing," katanya kepada mStar.



Harry atau lebih mesra disapa sebagai Apak itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama media mengenai lagu terbaharunya berjudul Seishin baru-baru ini.

Seishin juga single instrumental pertama yang Harry dilancarkan secara rasmi pada 16 Julai lalu dan video muzik lagu itu mendapat jumlah tontonan melebihi 220,000.

Dalam pada itu, Harry memberitahu judul lagu tersebut diambil dari bahasa Jepun yang bermaksud semangat dan mengisahkan tentang perjalanan kariernya dalam dunia muzik.




"Seishin ini menceritakan perjalanan saya dalam industri muzik yang mana bermula dari bawah dengan usaha kerja keras, naik dan turun, dicerca, dimaki sehinggalah menjadi Apak Harry Khalifah yang sekarang ini.

"Bukanlah nak berasa diri saya sekarang bagus atau hebat, tetapi dengan pencapaian sekarang saya sangat bersyukur... Alhamdulillah.

"Selain itu saya dikenali dengan karya-karya dihasilkan serta dapat memberikan sumbangan kepada artis baru," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 2-8-2021 02:20 PM
baru 41 umur dia. ku sangka 48-49 gitu
Quote AnnaSendin 2-8-2021 11:04 PM
Hadir memeriahkan suasana.
Lagu heols ok2 lah. Cukup untuk kumpul royalti.
Quote jijilaaa 3-8-2021 10:15 AM
aku suka je lagu dia, stok2 karaoke...leman2 jiwang gitu. ada je peminat genre ni lagi. walaupun radio tak berapa nak play lagu dia, tp apadahal. online streaming ada
Quote MatDeghem 3-8-2021 10:19 AM
Mawi di label penyanyi felda... Mampu rumah banglow.  
Artist yg Konon urban international.. Yg sokong,  beli product mereka pun org2 kampung juga.  Ape ko ingat warga2 urban elite nak pakey product korang yg lokal?
Quote kelapaparut 3-8-2021 02:09 PM
name amerika dah harry, ape yg kampongnye

Lihat semua komen(5)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.083530 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top