CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Tunggu Roh Apa Yang Masuk Dalam Badan,"-Nabila Huda Dipuji Pandai Mengacara

2-8-2021 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2854| Komen: 16

Description: Episod terkini rancangan sensasi Melodi yang bersiaran sebentar tadi buat kali pertama menampilkan kemunculan aktres Nabila Huda memulakan tugasnya selaku hos baharu.
Episod terkini rancangan sensasi Melodi yang bersiaran buat kali pertama menampilkan kemunculan aktres Nabila Huda memulakan tugasnya selaku hos baharu.

Nabila atau mesra disapa Abil, 37, tampil mengendalikan program berkenaan yang bersiaran secara maya tepat pukul 12.30 tengah hari.

Bukan sekadar persembahan pengacaraan terbaik yang dilakukan Nabila, malah pelakon itu turut memberikan usaha lebih terhadap penampilannya dengan menggunakan perkhidmatan pasukan sendiri terdiri daripada jurusolek dan jurugaya terkenal.


Foto: IG

Di sebalik keterujaannya mengacara program tersebut, Nabila memohon maaf andai terdapat sebarang kekurangan ketika kemunculan perdananya sebentar tadi.


“Terima kasih semua kerana menonton @meloditv3! Kalau ada tersasul, minta maaf ya. Bagi peluang lah, baru episod pertama.

“Kita tunggu dan lihat roh apa yang masuk dalam badan ‘she’ (gelaran untuk dirinya) minggu depan,” selorohnya.



Kemunculan Nabila yang menggantikan dua hos terdahulu iaitu Awal Ashaari dan Janna Nick menuai pujian ramai peminat termasuk rakan-rakan selebriti lain.

Pujian diberikan kepada anak kepada penyanyi Amy Search itu kerana berjaya mengendalikan program Melodi dengan sangat baik meskipun pada hari pertama bersiaran.



“Sangat bagus. Awak memang sempurna untuk pengacaraan,” tulis pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina.

Posisi Nabila selaku hos baharu program Melodi merupakan antara transformasi besar-besaran dilakukan stesen televisyen Media Prima Berhad termasuk dua rancangan lain iaitu Nona dan Muzik Muzik. -CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote thetimes 2-8-2021 11:21 AM
Dah lama x tengok Melodi oi
Quote bulalof 2-8-2021 11:35 AM
people are more eager to watch the country grow back and people living their lives back to normal.
Quote bottombikini 2-8-2021 11:36 AM
tukar la pengacara mana pun
melodi so yesteryears
Quote woven11 2-8-2021 11:39 AM
Dah tgk aritu…. Ermm rasa mcm tak kena la si abil ni. Nampak try hard. Tapi baru first episode… kasi chance
Quote pakwetizzaqyah 2-8-2021 11:50 AM
bosan lah kau mengacara... cam syok sndiri je... lps tu nyanyi lagu ayah sndiri... haha
Quote Dorotheas 2-8-2021 11:56 AM
Tukar la format melodi tu...tk kn nk ikut cara nenek ogy
Quote fadz84 2-8-2021 12:01 PM
Amyra Rosli ye pengacara baru Nona? Makin menyendu la rancangan yg dh sedia sendu.. huhuhu
Quote nakkomenjugak 2-8-2021 12:08 PM
lama dah tak tengok melodi
Quote makcun14 2-8-2021 12:12 PM
Bagi iols best jach tengok abil host melodi.maybe sebab iols dah biasa tengok sheols kat IG so takde expectation sangat.  Terhibur walaupun nampak sikit nervous sheols, biasalah first episode.
Quote TomyamPuteh 2-8-2021 12:17 PM
Jannah aku tak tengok, anak Amy pun aku tak tgk.
Quote rospinki 2-8-2021 12:22 PM
tv kt umah pun dh jadi perhiasan
anak amy ni kadang over
lek2 udahla dek non
try hard sgt
Quote ImpianSeroja 2-8-2021 12:23 PM
Erm....melodi ..x minat
Quote cha-cha 2-8-2021 02:25 PM
Suara dia kadang2 tak faham apa dia cakap, tak cukup sharp.
Quote edayildiz 2-8-2021 02:32 PM
dh lama bethol xtgk melodi..
Quote NekNgah 2-8-2021 03:39 PM
Sempat tengok dalam 10 minit.  Nampak Abil try hard sangat, tak relax.
Quote Jemahjemah1988 2-8-2021 11:49 PM
Yang penting dia jujur depan camera.. Sesetengah pengacara cover2

Lihat semua komen(16)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082900 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top