CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Selamba Ceroboh, Buat Macam Rumah Sendiri Lepas Jiran Keluar Bekerja

2-8-2021 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3493| Komen: 24

Description: Wanita bengang dengan sikap beberapa jirannya yang 'menceroboh' taman di halaman rumahnya, setiap kali dia keluar bekerja.
Wanita bengang dengan sikap beberapa jirannya yang 'menceroboh' taman di halaman rumahnya, setiap kali dia keluar bekerja.

Menurut wanita berkenaan, jiran-jirannya akan memanjat tembok untuk memasuki halamannya dan bersantai selepas memastikan dia sudah keluar untuk ke tempat kerja.

Wanita berkenaan berkongsi kisahnya menerusi blog Mumsnet untuk meminta nasihat warga maya, lapor Metro.co.uk.


Kredit foto: Getty

Katanya, dia pada mulanya menyedari perabot atau barangan di tamannya sering berubah tempat atau terdapat 'kesan' yang ditinggalkan, lantas mengambil keputusan untuk memasang kamera litar tertutup.

"Apabila saya memeriksa kamera, alangkah terkejutnya apabila mendapati jiran-jiran telah memanjat tembok pagar dan bersantai di taman saya dari pukul 2 petang hingga 8 malam.

"Saya tidak tahu bagaimana mahu menanganinya kerana saya seorang wanita bujang, dalam masa yang sama saya tak mahu ia berulang.

"Mereka tidak tahu saya ada memasang kamera. Saya tertanya-tanya berapa lama ia akan berlanjutan," katanya.

Ratusan pengguna Mumsnet berkongsi pandangan mereka, dengan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut terhadap tingkah laku jiran wanita tersebut yang jelas kurang beradab. 


Sumber: mStar
2

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • yammy123

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 2-8-2021 10:44 AM
halaman cantik sangat
Quote Ayda89 2-8-2021 10:48 AM
Kalau i, upload dalam group ws taman atau fb taman. Bgtau ada pencerobohan berlaku time dia bekerja & ada bukti.

Harap penceroboh tu tak buat lg atau tindakan akan diambil video pelaku akan disebarkan.

Tp sebelum tu report polis backup haruslah dibuat utk keselamatan diri
Quote rosmahisham 2-8-2021 10:58 AM
Laman cantik mgkin pokok buah2an byk jgk kot disekeliling rmh,apalagi..blh mkn buah free santai2 lepak2 main kelah2..berpicnic ko sampai mlm ha ha..sampai x sedar diri menceroboh rmh orang!!
Quote krustykrab 2-8-2021 11:07 AM
Jiran gila...jiran aku separa gila jgk, gantung burung2 kat pokok aku..dah serupa aku pulak yg bela burung..malu aku nnt org ingat aku indon friskot trisnot
Quote nazzse 2-8-2021 11:11 AM
Susah ada jiran tak betul ni... Makan hati jela tuan rumah
Quote lipans 2-8-2021 11:26 AM
nak pergi taman tasik tak boleh, pergi laman rumah orang sebelah je la.
Quote riena3321 2-8-2021 11:28 AM
aku rasa mcm settle hutang sejuta bila jiran dari neraka aku pindah dah kelmarin dlu. Tuan rumah buat surat lawyer suruh keluar.
Quote midori_katana 2-8-2021 12:15 PM
nikmat tak terhingga kalau dapat jiran yg baik... tapi kalau dapat jiran dari neraka... ayooooo
Quote nakkomenjugak 2-8-2021 12:17 PM
Tu namanya parasite.
Quote sambaldurian 2-8-2021 12:35 PM
boleh lapor polis kot , mcm menceroboh hak persendirian.
Quote mizzmimi 2-8-2021 12:40 PM
Repot polis lah. Pastu shame online. Gile mula2 ceroboh taman je lepas tu? Ceroboh rumah pulak? Tido kat bilik ko pulak? Makan2 kat dapo ko pulak?
Quote aqissa 2-8-2021 01:14 PM
Edited by aqissa at 2-8-2021 01:17 PM

Aku pulak dpt jugak jiran bodoh gak ni... dia sewa.corner sblh aku..siap.5.ekor.anjing... ayam itik... bwk.perangai estet sekali.
Mula aku.pasang jaring pagar sbb ayam kecik tu lepas.merayap n berak.. then pasang jaring kt pintu... sbb lalat dah masuk... skrg... bau hanat pulak... simbah je taik2 anjing tu terus.kluar.pagar... bukan nak kutip.
Kalau nak report kat mpkj... tgh covid ni... xtau dorg keja.ke x... stress aku... {:freak
Quote prettyuglybabe 2-8-2021 01:57 PM
mana mungkin ummah bertamadun dambaan forum gini..
ingatkan melayu je jiran hanet
Quote makita 2-8-2021 05:34 PM
Penah kene mcm ni. Bila meols pegi keje, kakak ipar meols msuk bilik...makan2 sambil tgok tv..patu sebat la mana2 barang yg dia suka. Patu kunci pintu. Dlm umah pon x selamat
Quote Artemesiaa 2-8-2021 05:38 PM
Buat rumah cantik2 pun susah juga mula ada yang iri atau ambil kesempatan macam dalam kes ni
Quote I.K.A888990 2-8-2021 05:59 PM
kuang ajo punya jiran
xboleh buat report ke mcm ni
Quote fatinandreanna 2-8-2021 08:11 PM
riena3321 replied at 2-8-2021 11:28 AM
aku rasa mcm settle hutang sejuta bila jiran dari neraka aku pindah dah kelmarin dlu. Tuan rumah bua ...

Apa cerita nya? Bagitau la.
Quote creep_bite 2-8-2021 08:17 PM
Jiran yang baik juga merupakan rezki.
Quote riena3321 2-8-2021 08:26 PM
fatinandreanna replied at 2-8-2021 08:11 PM
Apa cerita nya? Bagitau la.

dah pnh buat tred pasal jiran ni kat forum

Lihat semua komen(24)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.072463 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top