JIka anda ada barang baru atau terpakai yang ingin didagangkan (barter trade) atau jual, boleh masuk sini : [url]https://b.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=815[/url]

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Langgar Kontrak Tayang Black Widow, Disney Disaman Scarlett Johansson

2-8-2021 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2373| Komen: 7

Description: Scarlett Johansson memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis dengan pertuduhan yang Disney telah melanggar kontrak dengan menayangkan filem lakonannya yang ditunggu-tunggu oleh pemin ...
Scarlett Johansson memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis dengan pertuduhan yang Disney telah melanggar kontrak dengan menayangkan filem lakonannya yang ditunggu-tunggu oleh peminat di saluran penstriman milik syarikat tersebut, Disney+.

Kredit foto: IMDb

Filem Black Widow yang disiarkan serentak tayangannya di laman penstriman dan pawagam itu dikatakan telah melanggar kontrak perjanjian yang dibuat terdahulu di antara bintang tersebut dan juga syarikat hiburan terbesar dunia itu. Menurut Scarlett, perjanjian yang dijanjikan pada permulaannya adalah filem tersebut hanya akan disiarkan di pawagam.

Dalam pendakwaan tersebut lagi, ia menyatakan bahawa Scarlett sebelum ini telah bersetuju yang pendapatan yang diperolehi dari lakonannya sebagai Natasha Romanoff/Black Widow akan dibayar berdasarkan kejayaan dan prestasi kutipan filem tersebut di pawagam.

Kredit foto: IMDb

Filem tersebut dibuka dengan pendapatan USD80 juta pada minggu pertama tayangan tetapi mengalami penurunan mendadak 67% pada minggu kedua jika hendak dibandingkan dengan mana-mana dalam filem Marvel Cinematic Universe. Pihak pawagam kemudian mengkritik Disney, menyalahkan penyiaran hybrid di dua platform berbeza sebagai punca penurunan tersebut.

National Association of Theatre Owners, yang mewakili sekitar 30,000 pawagam di AS, mengeluarkan siaran akhbar dengan mengatakan bahawa prestasi filem tersebut menunjukkan bahawa siaran filem secara eksklusif bermaksud lebih banyak pendapatan untuk semua pihak yang berkepentingan dalam setiap kitaran penghasilan filem.

Pihak Disney kemudiannya memberi jawab balas dengan menyatakan tindakan pelakon tersebut sebagai tidak bermanfaat dan menganggap pendakwaan itu sebagai menyedihkan kerana tidak mengambil kira kesan global yang diakibatkan oleh pandemik Covid-19

Kredit foto: IG scarlettjohanssonworld

“Disney telah sepenuhnya mematuhi kontrak Ms. Johansson, tambahan lagi penyiaran  filem tersebut di Disney+ dengan akses premier telah membolehkan dia untuk mendapat pendapatan tambahan selain USD20 juta yang dia terima setakat ini,” kata jurucakap Disney. kata dalam satu kenyataan.

Semoga Scarlett dan Disney menemui jalan penyelesaian terbaik dalam krisis ini.

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakmak 1-8-2021 09:43 PM
Black widow VS Wonder Woman
I pilih WW

Scarlet is too bitchy la muka dia
I dun like
Quote CARI-MAL 2-8-2021 10:33 AM

Quote Raline 2-8-2021 10:59 AM
https://bm.cari.com.my/forum.php ... mp;highlight=Disney

dah ada hehehee
Quote Tinot7 2-8-2021 11:28 AM
Bab kontrak ni, cer tgk ada fine print ke dakk
Quote Lunarian 4-8-2021 05:22 PM
CARI-MAL replied at 2-8-2021 10:33 AM
Scarlett Johansson memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis dengan pertuduhan yan ...

suka bila dia berlakon.
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 11:53 AM
likeeeee sgt dia ni. muka bitchy ke apo tp wow
Quote jihah_kudat 14-8-2021 10:57 AM
anakmak replied at 1-8-2021 01:43 PM
Black widow VS Wonder Woman
I pilih WW

hahaha sokong terpaksa pilih ww aku dah tengok filem nie watak adik dia lagi menyerlah dari dia beza dgn filem ww..ww tu sendiri yang menyerlah.. sebab biasa bw ni sidekick dalam filem avenger lain so filem dia sendiri aku ingat dia betul2 power tapi sama je..

Lihat semua komen(7)

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074298 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top