CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tanggal Seluar Lari Dari Pusat Kuarantin Covid-19

2-8-2021 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1466| Komen: 12

Description: Dua pasang seluar yang dipakai suspek ketika melarikan dari pusat kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) ditemui di Kampung Bambangan, Inanam hari ini.
Dua pasang seluar yang dipakai suspek ketika melarikan dari pusat kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) ditemui di Kampung Bambangan, Inanam hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, pakaian lokap berkenaan ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 10 pagi sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



Dua pasang seluar yang dipakai suspek ditemui di Kampung Bambangan, Inanam hari ini. 
FOTO IHSAN PEMBACA

“Sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian berdasarkan laporan diterima untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Semua suspek ini dipercayai sudah menukar pakaian mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk memastikan semua suspek dapat ditahan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu, keempat-empat suspek yang disahkan positif Covid-19 dikesan melarikan diri dari ILMAN dalam kejadian pukul 3.30 pagi tadi.

Empat tahanan yang melarikan diri itu merupakan tiga warga asing dan seorang warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 27 tahun. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 1-8-2021 09:26 AM

EMPAT tahanan berkenaan. FOTO Ihsan PDRM
Quote sambaldurian 1-8-2021 09:38 AM
eh dorg x digari ke atas katil. ni yg mengada2 ni , dh diberi kepercayaan , lari pulak. harap2 cepat la ditangkap.
Quote _blackbird 1-8-2021 10:24 AM
sambaldurian replied at 1-8-2021 09:38 AM
eh dorg x digari ke atas katil. ni yg mengada2 ni , dh diberi kepercayaan , lari pulak. harap2 cepat ...

Kinky sgt gari kat katil
Quote nazzse 1-8-2021 10:34 AM
Memang muka penjenayah
Quote sambaldurian 1-8-2021 11:00 AM
_blackbird replied at 1-8-2021 10:24 AM
Kinky sgt gari kat katil

Astaga dgn muka camtu boleh naik ke nafsu. kdg2 bkn pesalah je yg digari dekat katil,pesakit meracau pun kena gari - tp bkn la pki handcuff. yg kes ni ak rs 4 org, warden pun x cukup. karang klu gari, cmne nk g toilet pulak kn. tp geng2 ni menyusahkan betul.
.
Quote kaedahnya 1-8-2021 11:22 AM
laa aku baca ingatkan depa ni penuntut latihan mahkamah tu.
tapi pelik kenapa panggil tahanan pastu rupa paras macam ahlul kongsi.
Quote syamzana 1-8-2021 11:31 AM
sempat lagi lari...nati kan sesak nafas jatuh tergolek mati tgh jalan, dah menyusahkan org sebar covid merata.
Quote _blackbird 1-8-2021 12:46 PM
sambaldurian replied at 1-8-2021 11:00 AM
Astaga dgn muka camtu boleh naik ke nafsu. kdg2 bkn pesalah je yg digari dekat katil,pesakit merac ...

hahaha..
Quote Ayda89 2-8-2021 10:56 AM
Muka masing2 mintak penampo sulung..
Quote nakkomenjugak 2-8-2021 12:20 PM
wahhhh lama dah ye hidup? nak mati cepat nampak.
pastu alang2 nak orang lain mati sekali gitu
heyyy takde batch ramai2 lerr nak ke alam satu lagi
pandai2 laa ko menjawab dan menghadap Tuhan sensorang.
Quote matchstick 2-8-2021 06:14 PM
Kalau jumpa cmpk dlm laut je..
Quote BaeSpring12 4-8-2021 06:27 PM
taccodddddddd

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.427510 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top