CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Anak Melalak Sakit, Rupanya Berpuluh Berenga Dalam Telinga

2-8-2021 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1663| Komen: 8

Description: Sepasang ibu bapa tidak menyangka tangisan anak perempuan mereka berusia dua tahun selama beberapa hari adalah kerana telinganya dipenuhi dengan ulat berenga.
Sepasang ibu bapa tidak menyangka tangisan anak perempuan mereka berusia dua tahun selama beberapa hari adalah kerana telinganya dipenuhi dengan ulat berenga.

Media tempatan melaporkan, ibu kanak-kanak itu memaklumkan dua hari sebelum itu anaknya mengadu sakit pada telinga.


Selepas diperiksa, ibunya mendapati ada cairan berwarna kuning pada telinga kanan anaknya dan menyangka itu hanya kotoran.



Kemudian, dia menggunakan kain untuk membersihkan telinga anaknya.

Namun, dua hari kemudian, kanak-kanak itu menangis tidak berhenti dan memaklumkan telinganya semakin sakit.

Bimbang dengan keadaan itu, ibu dan bapanya membawa anak mereka ke hospital.

Doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati telinga kanak-kanak itu berdarah dan terdapat kira-kira 20 berenga di dalamnya.

Menurut doktor, larva lalat itu sudah lama bersarang di dalam telinga kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan pendarahan dan kesakitan.


Doktor kemudiannya mengeluarkan semua berenga dan bangkai lalat yang ada di dalam telinga kanak-kanak itu.

Selepas empat hari menjalani rawatan, keadaan kanak-kanak terbabit dilaporkan sudah stabil serta dibenarkan pulang ke rumah.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mangobubble 2-8-2021 10:21 AM
Ngeri rasa... terbayang2 ulat merayap dlm telinga.
Quote mamajawie 2-8-2021 10:40 AM
aduh, ngerinya..
Quote Ayda89 2-8-2021 10:53 AM
Syukur telinga budak tu takde infection
Quote kelapaparut 2-8-2021 10:53 AM
kejadian ni kat negare mane ye
Quote nakkomenjugak 2-8-2021 12:23 PM
ehhhhh boleh pulakkkk ko biarkan dia camtu walaupun red flag dah nampak
moga lebih aware pasni

haihhh lipas, lalat boleh masuk telinga. macam takde tempat lain
Quote nakkomenjugak 2-8-2021 12:25 PM
HANOI: Sepasang ibu bapa tidak menyangka tangisan anak perempuan mereka yang berusia dua tahun selama beberapa hari adalah kerana telinganya dipenuhi dengan ulat berenga.

Media tempatan melaporkan, ibu kanak-kanak itu memaklumkan dua hari sebelum itu anaknya mengadu sakit pada telinga.

Selepas diperiksa, ibunya mendapati ada cairan berwarna kuning pada telinga kanan anaknya dan menyangka itu hanya kotoran.

Kemudian, dia menggunakan kain untuk membersihkan telinga anaknya.

Namun, dua hari kemudian, kanak-kanak itu menangis tidak berhenti dan memaklumkan telinganya semakin sakit.

Bimbang dengan keadaan itu, ibu dan bapanya membawa anak mereka ke hospital.

Doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati telinga kanak-kanak itu berdarah dan terdapat kira-kira 20 berenga di dalamnya.

Menurut doktor, larva lalat itu sudah lama bersarang di dalam telinga kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan pendarahan dan kesakitan.

Doktor kemudiannya mengeluarkan semua berenga dan bangkai lalat yang ada di dalam telinga kanak-kanak itu.

Selepas empat hari menjalani rawatan, keadaan kanak-kanak terbabit dilaporkan sudah stabil serta dibenarkan pulang ke rumah.
Quote Artemesiaa 2-8-2021 12:28 PM
Euwww teruk sampai macam tu pasti bab kebersihan kurang dijaga
Quote Itzy 2-8-2021 06:45 PM
hmm baru2 ni aku ada spary lalat besar masuk dalam bilik aku dgn ridsect. Lalat tu berpusing2 time nak mati mungkin sebab sakit dan pening, tetiba aku nampak ulat2 kecik terkuit-kuit bergerak. Uissh nasib mata aku tajam gak. kecik jugak ulat tu tapi banyak juga la dalam 6-8 ekor. Aku tak tau la ulat tu hinggap kat lalat tu ke atau itu larva anak2 lalat tu yg dh menetas. uii geli gila bila teringat balik

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.079543 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top