CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Misteri Pintu Rumah Penduduk Diketuk, CCTV Berjaya Rakam Kuntilanak

1-8-2021 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5582| Komen: 45

Description: Penampakan sosok yang dikatakan kuntilanak menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menggemparkan penduduk Desa Dahari Selebar, Kabupaten Batubara, Sumatera Utara, semalam.
Penampakan sosok yang dikatakan kuntilanak menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menggemparkan penduduk Desa Dahari Selebar, Kabupaten Batubara, Sumatera Utara, semalam.


Rakaman CCTV itu menunjukkan penampakan wanita berbaju putih di hadapan rumah seorang penduduk tempatan sedang membongkok.

Ketua Polis Labuhan Ruku, Asisten Komisioner Jagani Sijabat mengesahkan sudah mengarahkan anggotanya untuk menyiasat rakaman video tular itu.

Foto: Agensi

“Anggota polis kita sudah diarahkan ke lokasi kejadian dan menyiasat apa sebenarnya yang berlaku namun tidak bertemu sebarang kuntilanak yang dikatakan.

“Kami berpesan kepada penduduk agar kekal tenang dan banyakkan solat sunat agar terhindar daripada sebarang malapetaka,” kata Jagani.


Sementara itu, salah seorang penduduk tempatan, Tommy, berkata sejak dua tiga hari lepas, dia ada mendengar cerita rumah penduduk di Desa Dahari Selebar diketuk individu misteri.

“Apabila malam menjelang, pintu rumah penduduk diketuk orang tetapi apabila diintai menerusi jendela, tiada orang,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakmak 1-8-2021 04:44 PM
Asal susah2 ketuk pintu
Bolos saja dinding itu
Kata makhluk halus
Quote Cieejiee 1-8-2021 05:04 PM
Mcm2 je...
Quote Tinot7 1-8-2021 05:15 PM
anakmak replied at 1-8-2021 04:44 PM
Asal susah2 ketuk pintu
Bolos saja dinding itu
Kata makhluk halus

Mungkin mcm vampire omputih kott.. kena jemput masuk baru voley masuk.. giteww..
Quote mclaren 1-8-2021 05:20 PM
Mak dia bangun tahajjud malam2 macam saiko cari telekung tak jumpa.

Rupanya anak pinjam nak buat live audition watak ponti.
Quote mikasa 1-8-2021 05:26 PM
Boleh ke polis siasat kes2 hantu pontianak iblis ni
Quote any42 1-8-2021 05:34 PM
berjalan ke terbang kuntilanak tu?
Quote anakmak 1-8-2021 05:40 PM
Tinot7 replied at 1-8-2021 05:15 PM
Mungkin mcm vampire omputih kott.. kena jemput masuk baru voley masuk.. giteww..

Baju dia baju nusantara tu
Ala2 muslimah
Menutup aurat gitu
Mana mungkin vampire omputih dek
Vampire omputih wajib smart ketat sendat sampai menjojol buahbuahan mereka itu

Quote sekngucing 1-8-2021 05:42 PM
anakmak replied at 1-8-2021 04:44 PM
Asal susah2 ketuk pintu
Bolos saja dinding itu
Kata makhluk halus

Dia.masuk.melalui.pintu depan biasanya....
Quote 266799eMkaY 1-8-2021 05:47 PM
Yang bukan bukan je {:nose
Quote anakmak 1-8-2021 05:48 PM
sekngucing replied at 1-8-2021 05:42 PM
Dia.masuk.melalui.pintu depan biasanya....

Memang sop hantu kena masuk ikut pintu depan ke?

Itu yg kalau penampakan kot tingkap tu sekadar menjengah je lah sbb x boleh masuk ke apa?
Quote Sweetums 1-8-2021 06:05 PM
anakmak replied at 1-8-2021 05:48 PM
Memang sop hantu kena masuk ikut pintu depan ke?

Itu yg kalau penampakan kot tingkap tu sekadar ...

hahahahahaha sop hantu...era covid ni semua kena ada sop yer
Quote Taniajingga 1-8-2021 06:14 PM
anakmak replied at 1-8-2021 04:44 PM
Asal susah2 ketuk pintu
Bolos saja dinding itu
Kata makhluk halus

Tu namanya adab. Nak masuk ketuk dulu huhu
Quote anakmak 1-8-2021 06:14 PM
Sweetums replied at 1-8-2021 06:05 PM
hahahahahaha sop hantu...era covid ni semua kena ada sop yer

Wajib dek oiiii heheh

Tu hantu tu
X tau ikut operasi mana
Tapi akk percaya dia mmg terikat kepada sop-sop tertentu
Tu sbb dia ketuk pintu depan
Bukan belakang
Quote Taniajingga 1-8-2021 06:15 PM
Sweetums replied at 1-8-2021 06:05 PM
hahahahahaha sop hantu...era covid ni semua kena ada sop yer

Takut kena covid kekdahnyer hahaha
Quote anakmak 1-8-2021 06:21 PM
Taniajingga replied at 1-8-2021 06:14 PM
Tu namanya adab. Nak masuk ketuk dulu huhu

Ye la
Adab bertandang kan
X kira siapa

Quote Tinot7 1-8-2021 06:26 PM
anakmak replied at 1-8-2021 05:40 PM
Baju dia baju nusantara tu
Ala2 muslimah
Menutup aurat gitu

Ikut adab ketimuran kott.. tak dijemput, tak masuk.. giteww..
Quote RaraLavenda 1-8-2021 07:11 PM
Macam2 kes Indonesia ni. Yang kite ni di Malaysia kes ketuk pintu dulu tu ape perkembangannya ehh? Hilang mcm tu dah ke?
Quote TOPwind 1-8-2021 07:20 PM
asal perkara mcm ni brlku pasti gambar tk kelier - big??
Quote nakkomenjugak 1-8-2021 08:05 PM
Hahahaha tergelak aku baca komen2 ni
Tak payah laa kunti2 ni nak masuk rumah orang
Menyewa apa pun tak, kerja nak ceroboh rumah orang
Balik laa ko ke alam kuburan

Lihat semua komen(45)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.094023 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top