CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dua Tahun Peram Lagu, Cici Berangan Melangkah Ke AJL

1-8-2021 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1408| Komen: 9

Description: Selepas hampir dua tahun terperam, akhirnya lagu Ku Takkan Mengalah nyanyian Naib Juara Ceria MegaStar MiniStar Astro 2019, Cici berjaya dilancarkan kepada umum.
Selepas hampir dua tahun terperam, akhirnya lagu Ku Takkan Mengalah nyanyian Naib Juara Ceria MegaStar MiniStar Astro 2019, Cici berjaya dilancarkan kepada umum.

Cici atau nama sebenarnya, Feli Stacy Paimin, 15, berkata, pelbagai cabaran dilalui dalam proses untuk melancarkan single pertamanya itu.


Kredit foto: IG


"Lagu ini sebenarnya sudah siap sejak dua tahun lalu dan ia merupakan hasil karya komposer Shaifullhan.

"Selepas dua tahun, akhirnya ia sudah dapat diperdengarkan kepada peminat di luar sana.

"Ku Takkan Mengalah mengisahkan erti sebuah perjuangan yang mana ia turut melambangkan perjalanan seni saya selama ini... berbagai onak dan duri yang perlu dilepasi sebelum kita berjaya mencapai kejayaan," katanya kepada mStar.


Penyanyi kelahiran Kundasang, Sabah ini juga berharap lagu Ku Takkan Mengalah berpeluang untuk menempatkan diri di anugerah muzik berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) sekiranya diberikan peluang.

Kredit foto: IG


"Saya berharap lagu ini dapat menjejakkan kaki ke pentas AJL kerana saya percaya lagu ini ada kekuatannya tersendiri daripada segi melodi dan liriknya.

"Lagu ini juga sangat sentimental bagi saya sebab judul lagu ini bersesuaian dengan usia saya yang masih muda agar terus mengorak langkah dan tidak mudah menyerah kalah dalam terus berjuang untuk menempatkan diri dalam bidang seni yang amat saya minati," ujarnya.

Ku Takkan Mengalah yang diedarkan oleh Luncai Emas kini boleh didapati di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Joox dan Apple Music. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Olumis 1-8-2021 04:01 PM
Dia ni memang berbakat
Quote Taniajingga 1-8-2021 06:19 PM
Gudluck let dik.. jgn jadi macam sorang tu tercicir tgh nyanyi. Ehhh
Quote Pujangga22 1-8-2021 06:27 PM
eiffel menghilang dah
Quote nakkomenjugak 1-8-2021 08:06 PM
Takpeee budak lagi. Good luck dekk!
Quote katakauu 1-8-2021 08:07 PM


all the best dik walau bang non xkenal kau ~~
Quote anak_bunian 2-8-2021 01:21 AM
lambat lagi dekkkkk nak masuk AJL
Quote Mulotkoyak 2-8-2021 01:52 AM
Adik org tv3 tuh byk kroni nk smp ke final... So lgu xsedap pun bole masuk yeee.. Henggat tuh... Berliku la ko nnt dik....
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 11:55 AM
sape pulak ni dikkkkk
Quote OyenLemas 6-8-2021 01:04 PM
teringat arwah kucing ku. nama die cici. hmmm goodluck dik

Lihat semua komen(9)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.074972 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top