CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Ada Maklumat Tapi Terpaksa Diam,"-Caprice Susun Strategi, Tak Mahu Ulang Kesilapan Ikut Emosi

1-8-2021 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8717| Komen: 92

Description: Hampir 40 hari mengikuti misi kemanusiaan untuk Gaza, penyanyi rap Caprice terus dihimpit tekanan yang belum diketahui puncanya.
Hampir 40 hari mengikuti misi kemanusiaan untuk Gaza, penyanyi rap Caprice terus dihimpit tekanan yang belum diketahui puncanya.

Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 33, perjuangan demi ummah yang dilaungkannya selama ini seolah-olah memakan diri selepas terdedah dengan pelbagai maklumat penting.


"Waktu sukar untuk saya... yang betul-betul memakan diri kita apabila mempunyai semua maklumat, kebenaran dan bebanan atas bahu tapi terpaksa berdiam sementara.

"Setiap hari saya di sini, saya bertemu dengan beberapa orang penting yang mahu saya kongsikan kebenaran. Sebab ia bukan saja beri kesan kepada Palestin tapi Malaysia juga," katanya menerusi perkongsian terkini di Instagram.


Foto: IG


Untuk rekod Caprice berangkat ke Cairo, Mesir pada 23 Jun lalu dan dia kini masih berada di sana bagi meneruskan misinya seorang diri.

Caprice pernah cuba untuk mengadakan sesi Instagram live pada 21 Julai lalu untuk membuat beberapa pendedahan yang didakwa penting namun terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Dia juga pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat teguran terbuka kepada personaliti dakwah, Ebit Lew berhubung misi ke Gaza.

Mengulas lanjut mengenai maklumat yang terus menghantui hidupnya itu, Caprice berkata dia sedang menyusun strategi sebelum membuat sebarang pendedahan.

"Saya tidak mahu ulang kesilapan yang sama dalam keadaan emosi dan gila. Tapi waktu sekarang, saya perlu susun strategi betul-betul. Susun peluru, lain kali saya tembak ia menjadi logik.

"Ramai suruh saya buat kerja dengan cepat, buat video... tapi ia bukan sesuatu yang mudah," katanya.



Sementara itu, Caprice mengakui dia tidak menjangka misinya ke Gaza, Palestin akan menjadi lebih serius malah buat pertama kali dia menangis memohon agar Allah membuang bebanan yang ditanggungnya.

"Sejujurnya saya tak jangka misi ini menjadi sedalam ini. Kita fikir pergi Cairo dan Gaza, bantu orang Palestin, buat sesuatu yang baik dan pulang.

"Saya percaya ini kali pertama saya sujud dan menangis memohon agar Allah membuang bebanan atas bahu saya tapi malangnya ia masih ada. Dalam hati saya, ini adalah bebanan yang perlu saya bawa dan tamatkan.

"Jujurnya, banyak pintu sudah buka di negara ini untuk saya dari Malaysia. Bagi saya, kita kena usaha lagi Insya-Allah kalau tiada pintu lagi, saya akan pulang," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ieqa140388 1-8-2021 03:55 PM
Yg pasti mental kena kuat. Slowly but surely gittew
Quote Olumis 1-8-2021 04:08 PM
Mesti susun strategi. Mana bole main tembak sj
Quote Lagubestbest 1-8-2021 04:37 PM
hmm.. kalau ada video ebit jadi dugong ke, atau ebit memang betul buat semata untuk duit 30% tu ke ape, semua masih dibawah had yang dibenarkan undang2 kan?, caprice skrg mcm menangguk di air keruh pun ada.

Misi dia nak masuk Gaza tapi tak dapat masuk Gaza. So balik macam tu je ke? pass duit beri Nadir urus tak? Orang Gaza tengah perlu macam2 skrg ni.

Sekarang caprice nak apa?
Quote kelapaparut 1-8-2021 04:39 PM
knp nmpk mcm dendam kesumat, xpuas hati lg ke..
Quote samshik 1-8-2021 06:03 PM
Ko nk apa lagi wei??? P jd volunteer plis kalu nk jihad sgt.. Rimas la haku ngn mamat poyo nie.. Slain dr ko nk "bongkar" kan sgt tu.. Ko sbnrnye gile perhatian kan?? Ngaku jelaaa... Sejenis NPD jugak nengoknyer
Quote Burong_Hantuk 1-8-2021 06:40 PM
Steady dh topi...Jaga mental elok2..kasik susun strategi tuh..kurangkan lah up benda2 personal
Quote Jemahjemah1988 1-8-2021 06:57 PM
Bagus lah.. Jangan nak emosi sangat ada maklumat ke ada berita ke nak disampaikan rancang macam mana nak sebarkan.. Tak payah hint sampai berbulan.. Pening netizen nak meneka neki
Quote RaraLavenda 1-8-2021 07:17 PM
Susun strategi betul2 n pastikan kali ni menjadi. Mmg kebenaran tu kdg2 mmg pahit utk ditelan. Allah sentiasa berada di pihak yg benar. InshaAllah.
Quote Wek_omeh 1-8-2021 07:19 PM
Kerana topinasi ni lah bomb meletop kebabomm
Quote shida81 1-8-2021 08:06 PM
ak x boleh la ngn dia nih hahahaha.... whatever reason pun....
Quote nakkomenjugak 1-8-2021 08:07 PM
mana2 jelaa topi oiii... buat laa apa yang ko rasa hokehhh
Quote katakauu 1-8-2021 08:07 PM
itu sebaiknya... dah cukup baru kau boom kan...

paham ke x?
Quote Dorotheas 1-8-2021 08:58 PM
Dah la capris ,kat sana kau pegi la smbung belajar arab ke ugama..tambahkan ilmu dulu...da kuat baru bole lawann
Quote I.K.A888990 1-8-2021 09:15 PM
marilah sama2 tgu the next issue
Quote misuke 1-8-2021 09:33 PM
Dah tu diam je la...nak konar2 jugak tuh...
Quote Rdizz 1-8-2021 09:36 PM
Ada lagi ke benda yang nk didedah, suspend pulak, kali ni susunlah elok2 bagi berkesan, part rambut tak boleh ka bagi normal balik, nk jihad penampilan pun mesti selari dgn syariah.
Quote Ferr_Remy 1-8-2021 09:38 PM
Die ni mmg x dinafikan poyo yang amat tp aku lg rela side kt die dr penunggang kuda haha
Quote azirahs007 1-8-2021 09:53 PM
Susun elok-elok dan cari bukti kukuh nanti terus report. Cari lawyer yg power. Kes high profile mcm ni perlu lebih teliti. Jgn gopoh
Quote djzara81 1-8-2021 09:59 PM
Tak phm la si topinasi ni pi Gaza utk tujuan misi kemanusiaan atau ade agenda lain? Malu la gaduh sesama Islam.

Lihat semua komen(92)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.093523 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top