CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Saya Mungkin Mati Kalau Hidup Tanpa Muzik,"-Daiyan Trisha

31-7-2021 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10167| Komen: 104

Description: Bimbang dengan situasi semasa industri seni kreatif yang semakin tenat ekoran pandemik Covid-19, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha membayangkan dirinya boleh mati sekiranya hidup sepi tanpa muzik.
Bimbang dengan situasi semasa industri seni kreatif yang semakin tenat ekoran pandemik Covid-19, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha membayangkan dirinya boleh mati sekiranya hidup sepi tanpa muzik.


Pemilik nama penuh Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, itu juga tidak dapat menggambarkan kehidupan tanpa elemen muzik yang menghiasi setiap sudut hidupnya sebagaimana rutin seharian sehingga hari ini.


Kredit foto: IG


“Saya sejujurnya tidak dapat membayangkan sekiranya hidup dalam ketiadaan seni muzik. Saya fikit saya boleh mati.

“Bagaimana untuk hidup tanpa menulis, menghasilkan muzik dan bermain dengan instrumen? Bagaimana jika kita hilang seni ini kerana industri yang diceburi sedang merana?” tulis bekas pengacara Muzik Muzik itu dalam satu hantaran Instagram.


Bagaimanapun tutur teraju utama filem Busker itu kepada Kosmo! Online, perkara tersebut diibaratkan sebagai metafora terhadap minatnya dalam bidang seni muzik.



“Itu hanya metafora, tidaklah mati betu-betul. Bagi saya jika tiada muzik, jiwa saya hilang.

“Menulis dan menghasilkan muzik ialah coping mechanisms iaitu cara untuk menangani stres atau menjauhi emosi negtaif dalam diri,” jawabnya ringkas.

Difahamkan hantaran tersebut dilakukan sempena kempen Apa Khabar Anak Seni yang dilancarkan sekumpulan penggiat industri hiburan tanah air.





Selain berlakon, menyanyi dan pengacara, Daiyan juga aktif menghasilkan lagu-lagu ciptaan sendiri sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Baru-baru ini juga, kontraknya sebagai pengacara Muzik Muzik turut ditamatkan dan diganti oleh penyanyi Sissy Iman. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 31-7-2021 03:37 PM
So, dpt tau ni bermakna aku akan dipanggil untuk cucuk vaksin ke?
Quote Sweetums 31-7-2021 03:53 PM
dia ni mcm sesumpah iols tgk...jap cantik ....jap biasa2 ja...jap mcm bibik indo sebelah umah iols jahh
Quote esbok 31-7-2021 03:53 PM
Ko biar benar dik. Cuba ko google makanan jiwa itu dot dot dot
Quote sharlenetexas 31-7-2021 03:55 PM
Abdullah Chik meninggal masa perform dengan Kak Ani di Kota Bharu. Penyanyi dikir barat tersohor pun meninggal masa perform atas pentas.

Quote mzsnam 31-7-2021 04:00 PM
astagfirullah. so hidup dan mati ko musik yer. haha
Quote mxsssgi81 31-7-2021 04:04 PM
Over nau nau..
Quote akuchenta 31-7-2021 04:07 PM
Overnya kau!
Quote KarinaKapur 31-7-2021 04:07 PM
Allahu, cakap mcm xde agama.. boleh guna perkataan lain kot..
Quote Tinot7 31-7-2021 04:13 PM
Idung dia mmg buruk ye?
Quote MoneyMatters 31-7-2021 04:16 PM
Dia ada buat muka ke eh. Dlu2 masa mula2 jd artis rasa sweet sgt muka dia.. Now hmm
Quote I.K.A888990 31-7-2021 04:16 PM
bila time senyum mcm maya karin pn ada gak
Quote anilanil 31-7-2021 04:17 PM
Letak dia kat bilik mayat hospital baru ada akal keluar statement dungu camtu.
Quote Ayda89 31-7-2021 04:20 PM
Metafora awk terhadap muzik mengundang cercaan sis kikiki
Quote auntyonion 31-7-2021 04:46 PM
xde aura..no comment {:smile
Quote Hoola 31-7-2021 04:57 PM
Edited by Hoola at 31-7-2021 05:46 PM

dh berapa byk lagu dhasilkan?dh brapa byk lagu dlm carta muzik2?
Acik tnya je,sebb acik xtau dh brapa byk pncpaianmu di bdng musik
Quote Dorotheas 31-7-2021 05:03 PM
Ckp mcm omputih pulak...kau ni org melayu muslim,maksud hidup kita luas bukan hnya utk musik je lagha
Quote Mulotkoyak 31-7-2021 05:06 PM
Bc quran laaa dik
Quote BubblePop 31-7-2021 05:13 PM
Ok. Nanti ko dah nazak, xyah bace yassin. Suh kluarga ko psg muzik kt tepi telinge ko ye dik. Pesan siap2 tau dik. Prepare playlist trus senang kluarga nak play kan aje nanti.
Quote Belibis 31-7-2021 05:27 PM
KarinaKapur: Allahu, cakap mcm xde agama.. boleh guna perkataan lain kot..

Tu la..risau dengar..bawa2 la dengar ceramah agama sikit..tak jadi alim,sekadar ada secebis ilmu.{:cryrun

Lihat semua komen(104)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.078182 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top