CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Bad Indigo Bakal Cacat Kekal, Dah Mohon Status OKU

31-7-2021 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20177| Komen: 152

Description: Penyanyi Bad Indigo, 46, berdepan dugaan berat sekali lagi apabila ibu jari kakinya bakal dibuang selain terpaksa memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 Penyanyi Bad Indigo, 46, berdepan dugaan berat sekali lagi apabila ibu jari kakinya bakal dibuang selain terpaksa memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata, kaki kirinya akan kudung sepenuhnya selepas ibu jari itu dibuang menyebabkan dia bakal cacat kekal.

Foto: IG

"Saya tengah tunggu slot untuk 'amputate' ibu jari kaki, jadi kaki kiri saya memang akan kudung. Kemudian lagi sekurang-kurangnya enam bulan untuk rawatan 'dressing' pada bahagian dipotong itu.

"Lepas potong empat jari kaki sebelum ini, saya didatangi pekerja sosial dan bertanya sama ada mahu daftar sebagai OKU atau tidak kerana saya cacat kekal dan layak.  Saya sudah mendaftar dengan JKM tapi belum dapat jawapan lagi.


"Ia juga akan dapat meringankan beban kos rawatan saya kerana tiada kerja buat masa ini. Doktor juga tolong isi borang OKU itu mengesahkan kecacatan kekal dan bantuan fizikal yang diperlukan," katanya.


Bad memaklumkan, disebabkan proses rawatan berterusan, pergerakannya semakin terbatas selepas ketiadaan jari kaki. Ia sekali gus memberi kesan kepada pendapatannya sejak lebih setahun lalu.

"Saya sudah setahun setengah tak kerja sebab tak ada tawaran dan tak boleh anjurkan acara. Selama ini, saya memang bergantung dengan pendapatan menjadi pengurus acara dan sekarang pun tiada sebarang aktivti acara dibenarkan," katanya.

Dalam pada itu, Bad bersyukur apabila keputusan untuk ujian Covid-19 negatif selepas isterinya juga penyanyi Ashira Aziz disahkan positif, kelmarin.

Menurut Bad, dia kini memantau sepenuhnya keadaan Ashira di rumah.

"Alhamdulillah, saya negatif dan Ashira pula kena kuarantin dalam bilik. Agak sukar jugalah kerana dalam pada tahan kesakitan kaki, pergerakan saya juga terbatas," katanya.

Pada Mac lalu, Bad selamat menjalani pembedahan memotong jari kakinya yang luka akibat penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dia terpaksa menjalani pembedahan itu disebabkan jangkitan gangren. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 31-7-2021 03:29 PM
Macam2 ujian.

Semoga dipermudahkan urusan.
Quote bluebutter 31-7-2021 03:35 PM
Sian ashira.

Tak pasal pasal kena jaga orang sakit.
Payah gak tu.
Quote ophillea 31-7-2021 03:35 PM
Semoga dipermudahkan urusan mereka dan kita semua...
Quote ninnamina 31-7-2021 03:37 PM
bluebutter replied at 31-7-2021 03:35 PM
Sian ashira.

Tak pasal pasal kena jaga orang sakit.

Tu la kesian pulak ashira tu.. kalau x aman2 je dia jaga diri sendiri.
Quote makadek 31-7-2021 03:38 PM
Baru kawin..mesti libido lakinya kurang kan
Quote Vellfire 31-7-2021 03:43 PM
semoga dipermudahkan urusan mereka
Quote Sweetums 31-7-2021 03:56 PM
sian pulak ashira

Nak buat mcm mana dah ditakdirkan begini.

Semoga dipermudahkan la kehidupan deols ni.
Quote kalkulatorpink 31-7-2021 03:57 PM
Kesiannya, semoga cpt sembuh.. Kalo ada insurance rasanya byk blh claim..
Quote mzsnam 31-7-2021 04:01 PM
ni yg smpai kene potong kaki knp ye. ayah sy pon lama gak diabetes. elok je
Quote bluebutter 31-7-2021 04:02 PM
ninnamina replied at 31-7-2021 03:37 PM
Tu la kesian pulak ashira tu.. kalau x aman2 je dia jaga diri sendiri.

kan.

mmglah bad tu tak mintak sakit. tapi knowing orang lelaki ni dorang mmg panjang akal.

dah tahu sakit kencing manis, tak yah laaaa kawin lain. ni macam nak ada orang jaga dia je. lain lah if dah lama kawin baru tahu kena kemcing manis, itu lain ceritalah.

sian ashira cam teraniaya, kahwin dgn orang sakit. payah nak jaga tu. elok dia gebu lawa nanti merana kurus sebab jaga keperluan. dah bad pun kata dia jalan dengkot dengkot kan lepas operation. rasanya seumur hidup kut jalan dengkot. jari kaki kita ni setiap satu jari tu ada function. dah ibu jari kaki yg kena cut, mmg susahlah nak jalan.

lepas tu nanti body pun dah tak sado dah. kurus akibat kencing manis. kadang orang igt kencing manis badan gemuk sebab gula banyak. tapi sebenarnya makin shrink sebab organ dalaman (kidney) dah tak berapa betul function. selera makan pun berkurangan. sebab itu makin kecut badan.

kencing manis ni asalnya dari darah tinggi. silap haribulan buah pinggang pun akan problem. bila tak makan ubat hypertension (orang lelaki selalu ego tak nak makan ubat darah tinggi), darah jadi pekat, bila darah pekat, buah pinggang nak process kumuhan pun jadi terencat sebab pekat sgt. tu yg boleh timbul kidney problem lak. bila ada kidney problem, maka akan timbul sakit kencing manis.

orang sakit buah pinggang ni kan, kencing pesakit mmg busuk betul. baunya pekat cam peluh dimasak dalam periuk, wap peluh hangit tu keluar merebak bau pekat dia, haa itulah bau kencing pesakit buah pinggang.

if dah kena sakit buah pinggang kenalah makan ubat sakit buah pinggang, if baru stage 3, tak apa lagi, if betul betul teruk, kena dialysis. nak hantar pulak orang sakit ke pusat dialysis.

fuish mmg mencabar.
ada orang suka make use orang lain untuk kehidupan dia.
Quote Tinot7 31-7-2021 04:04 PM
Semoga dipermudahkan urusan..

Harap2 dpt la job pasni.
Quote red_velvet 31-7-2021 04:10 PM
bluebutter replied at 31-7-2021 04:02 PM
kan.

mmglah bad tu tak mintak sakit. tapi knowing orang lelaki ni dorang mmg panjang akal.

Kan.. Sian lak ashira.klo tak kawin at least bebas Jaga diri sendiri ngan anak sorang je. Da kawin kena Jaga laki sakit, kena masak utk anak2 laki 3 orang.dahla hidup dgn anak pun susah Sblm ni sampai kena halau Dari rumah sewa bagai....takde beban Batu digalas..again, takdir kan. Ntahla susah nnak cakap.
Quote blekkep 31-7-2021 04:12 PM
aiols doakan smoga shira diberi kekuatan n rezki melimpah ruah...bkn senang jaga org sakit xde duit nie
Quote MoneyMatters 31-7-2021 04:14 PM
red_velvet replied at 31-7-2021 04:10 PM
Kan.. Sian lak ashira.klo tak kawin at least bebas Jaga diri sendiri ngan anak sorang je. Da kawin ...

Sedihnya. Suami nya tu mmg baru tau ke ada diabetes sbb tetiba dh teruk kan. Sian kat ashira
Quote orkidorkido 31-7-2021 04:17 PM
Semoga tabah & diluaskan rezeki ashira

Tak baiklah bad buat ashira macam ni, memang dah tahu sakit sebelum kawin pun kan
Quote bintangct 31-7-2021 04:23 PM
bluebutter replied at 31-7-2021 04:02 PM
kan.

mmglah bad tu tak mintak sakit. tapi knowing orang lelaki ni dorang mmg panjang akal.

fuh pjg lebar betul explanation uolss.. uolss doc ke?
mak iols ada darah tgi & kolestrol dn 2 tahun lepas stroke sebelah badan. Kaki dia selalu bengkak air la.. kenapa eh?
Quote I.K.A888990 31-7-2021 04:23 PM
semoga dipermudahkan semuanya
jgn putus asa saja
Quote 266799eMkaY 31-7-2021 04:32 PM
Harap lebihkan lah jaga pemakanan bro. Jaga kesihatan. Semoga yg baik baik aje buat ko dan wife ko.
Quote hanna88 31-7-2021 04:35 PM
rase kesian kat ashira

Lihat semua komen(152)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.070008 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top