CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

"Jika Ada Pahala Saya Hadiahkan Buat Mak Ayah,"- Ebit Lew Buka Rumah Transit Pesakit Kanser

31-7-2021 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22786| Komen: 301

Description: Pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini membuka sebuah rumah transit bagi kemudahan pesakit kanser di Taman Tasik Titiwangsa.
Pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini membuka sebuah rumah transit bagi kemudahan pesakit kanser di Taman Tasik Titiwangsa.

Ebit Lew menerusi perkongsian di Instagram berkata, Rumah Kasih Umat itu disediakan percuma tanpa sebarang caj untuk kegunaan pesakit kanser yang perlu berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital sekitar Kuala Lumpur.


“Masa ayah saya sakit kanser. Saya terdengar ayah saya menjerit sakit menangis. Tak tahan tengok. Kadang morphin dan ubat tidur tak hilangkan sakit.

“Saya beberapa kali ziarah rumah kanser. Anak-anak kecil berlari sana sini sakit. Ramai yang kadang tidur dalam kereta atau sana sini sementara datang nak tunggu rawatan. Ada mak ayah berhenti kerja untuk jaga anak-anak. Zaman sekarang lagilah,” katanya.


Foto: Kosmo

Ebit berkata, dia turut bersyukur kerana kemudahan tersebut juga sudah dimulakan oleh badan kerajaan atau persendirian dan menyifatkan pembukaan rumah transitnya itu adalah sebahagian kecil dari usaha kerajaan dan orang ramai.

“Terima kasih semua yang selama ini bersama usaha ini. Semoga setiap anak kanser yang tiada dosa ini menjadi asbab kasih sayang Allah pada kita.

“Ya Allah jika ada pahala semua ini saya hadiahkan buat mak ayah saya. Semoga Allah letak mak ayah kita dalam syurga Firdaus,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bebba 31-7-2021 03:02 PM
Dah keluar gua {:question

{:dot
Quote missbigrockstar 31-7-2021 03:04 PM
Edited by missbigrockstar at 31-7-2021 03:10 PM

Sorry double post.
Quote Olumis 31-7-2021 03:05 PM
Wah finally dia keluar dengan aktiviti penyucian seperti biasa
Quote missbigrockstar 31-7-2021 03:09 PM
Dia sudah mari kali ni caption dia bagi credit kepada semua. Takda bunyi saya, saya. Adakah dia sudah belajar dari kesilapan
Quote nazzse 31-7-2021 03:18 PM
Rupanya keturunan indon caprut..patut kuat pusing
Quote Burong_Hantuk 31-7-2021 03:21 PM
Sayu ...sayu....mak saya ..ayah saya ..budadari
Quote Burong_Hantuk 31-7-2021 03:22 PM
Cable mana lah yang dia dapat nih
Quote Guccibamboo 31-7-2021 03:23 PM
Besarnye nama kat papan tanda....mesti gune duit sendiri ni
Quote lurve82 31-7-2021 03:24 PM
Nk tgk laporan audit…tukg audit bukan dari adik atau kerabat sndr ye…yg vid tu lantak la..lelaki sangap mmg ada dimana2
Quote darkness 31-7-2021 03:25 PM
Dia belum jawab lagi duit sumbangan org p mana
Quote darkness 31-7-2021 03:26 PM
Aku harap sangat PW bongkar dan heret dia ke mahkamah since perangai suspecious sangat dah
Quote R2D2 31-7-2021 03:26 PM
missbigrockstar replied at 31-7-2021 03:09 PM
Dia sudah mari  kali ni caption dia bagi credit kepada semua. Takda bunyi saya, saya. Adakah di ...

sebab ada byk pihak menegur
kalau dia guna katanama saya
seolah2 tu semua pakai duit dia 100%
Quote Amanduuuhh 31-7-2021 03:26 PM
Keladak sgt ke hati iols sampai terfikir jgnlah ad kes2 salah laku sexual dlm tu pd masa depan. Mintak jauh
Quote shinbae 31-7-2021 03:26 PM
lurve82 replied at 31-7-2021 03:24 PM
Nk tgk laporan audit…tukg audit bukan dari adik atau kerabat sndr ye…yg vid tu lantak la..lelaki s ...


masa buat papan tanda.. mesti sebelom kes..
kalau tak mesti kluar ayat SAYA buat..
Quote lurve82 31-7-2021 03:29 PM
shinbae replied at 31-7-2021 03:26 PM
masa buat papan tanda.. mesti sebelom kes..
kalau tak mesti kluar ayat SAYA buat..

Tp tetap letak nama sndr okek kat pagar tu
Quote timohnotecah 31-7-2021 03:29 PM
Dalam Islam mana boleh transfer pahala bro....baca Quran paham tak?
Quote MissVixen 31-7-2021 03:33 PM
Susah nak husnuzon... Report polis kes video lucah kenapa belum buat lagi? Bagus report untuk elak fitnah. Polis boleh sahkan dan cari sape yang sebar.
Quote dewimalam78 31-7-2021 03:38 PM
Kes dia ni payung besar sgt.
Rasanya masuk cold storage macam ustaz kazim. Tebalnya muka ustaz2 ni.
Quote zacEfron 31-7-2021 03:39 PM
timohnotecah replied at 31-7-2021 03:29 PM
Dalam Islam mana boleh transfer pahala bro....baca Quran paham tak?

Kalau mak bapa dah meninggal.. doa dan pahala dr anak yg  soleh bole sampai ..

Lihat semua komen(301)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.093843 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top