CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Baru Rakyat Tahu Siapa Hero, Siapa Zero,"- Lana Nodin

30-7-2021 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22957| Komen: 186

Description: Rentetan isu kerajaan dikatakan membelakangi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah apabila sengaja mengadakan ‘parlimen lockdown’ atas keputusan Ketua ...
Rentetan isu kerajaan dikatakan membelakangi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah apabila sengaja mengadakan ‘parlimen lockdown’ atas keputusan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pelakon Lana Nodin seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada segelintir netizen yang selama ini lancang mengecam kelantangannya yang tular baru-baru ini.


Dalam satu perkongsian Instagramnya, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 41, kekal dengan pendirian dan ketegasannya agar Noor Hisham meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu dalam institusi kesihatan negara itu.


Foto: IG

“Ada juga orang buka mata akhirnya. Baru anda tahu siapa hero, siapa zero. Baru rakyat tahu,” tulis ibu kepada dua cahaya mata itu.


“Yang di-Pertuan Agong bertitah agar parlimen sambung bersidang sebagaimana dijadualkan tapi Ketua Pengarah Kesihatan berpendapat, parlimen tak boleh bersidang sebab Covid-19 sedang menular.

“Jadi, siapa lebih berkuasa? Dan, nak dengar cakap siapa?,” soalnya seraya menyertakan tanda pagar, #StepDownDG.



Dalam platform media sosial media, Twitter, ramai dalam kalangan netizen mula melahirkan kekecewaan dan mengharapkan Noor Hisham berhenti diperkotak-katikkan ahli politik dan menjalankan tugasnya dengan intergriti.

“Kekecewaan paling terbesar hari ini adalah DG Hisham,” tulis seorang netizen.

Sohor kini dalam laman sosial berkenaan, bagaimanapun ramai juga dalam kalangan netizen yang tampil mempertahankan Noor Hisham.

“Saya percaya, DG Hisham adalah seorang doktor bukan ahli politik. Saya percayakan doktor lebih daripada saya percayakan ahli politik.

“DG Hisham, kalau anda baca tulisan ini, buat yang terbaik buat kami (rakyat). Saya percayakan dengan anda sepenuh hati walaupun yang lain tidak. Tolong selamatkan negara,” tulis seorang netizen lain.



Terdahulu, Lana lantang mengkritik Noor Hisham dan menggesa agar segera meletakkan jawatan kerana apa yang berlaku dalam sistem kesihatan negara sekarang seperti ‘cakap tidak serupa bikin’.

Semalam, selepas ditangguh dua kali, Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis sekali lagi ditangguh iaitu pada pukul 5.15 petang.

Penangguhan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohd. Rashid Hasnon.

Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan terdapat dua lagi kes positif Covid-19 dikesan di bangunan Parlimen dan penangguhan dibuat bagi membolehkan semua orang di bangunan itu menjalani saringan COVID-19.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman daripada Ketua Pengarah Kesihatan..”

Belum pun sempat beliau menghabiskan kenyataan, keadaan bertukar kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen mula mempertikaikan kenyataan itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 30-7-2021 03:50 PM
Dan ko tetap zero. Nanti da habis lockdown pi beram ke negara laki ko.

Kadang menteri saje petik nama dg. padahal nak lari dari pertanyaan parlimen/agong.
Quote Parit.Hilton 30-7-2021 03:52 PM
alahai si mazlina ni yg zero tu ko la
tin kosong memang kuat berbunyi yachhhhh
Quote jijilaaa 30-7-2021 03:54 PM
apalah nak jadi dgn malaysia....
Quote Skuau 30-7-2021 03:57 PM
citer politik..igt ada 'penamat' ke?
Quote Skuau 30-7-2021 03:59 PM
jijilaaa replied at 30-7-2021 03:54 PM
apalah nak jadi dgn malaysia....

"kami dpt vaksin pfizer..percuma...itu jadi di Malaysia...kak/bang"-PATI
Quote cha-cha 30-7-2021 04:00 PM
Sheols ni nak jadi semacam kepris kah? Hero rakyat melawan dewa???
Quote abadi84 30-7-2021 04:01 PM
Lana Nordin ni ada masalah ke bezakan politician dan penjawat awam yg tiada kena mngena dgn politik??
Quote jijilaaa 30-7-2021 04:03 PM
cha-cha replied at 30-7-2021 04:00 PM
Sheols ni nak jadi semacam kepris kah? Hero rakyat melawan dewa???

tapi salah pilih dewa....
Quote krepek_pisang 30-7-2021 04:04 PM
idong di makin sadizzz...
Quote ellyahmad_1983 30-7-2021 04:05 PM
#lakiomputih tak menjanjikan sel sel otak berhubung.
Quote jijilaaa 30-7-2021 04:05 PM
Skuau replied at 30-7-2021 03:59 PM
"kami dpt vaksin pfizer..percuma...itu jadi di Malaysia...kak/bang"-PATI

akak ni ada ic biru, daftar dr bulan 3 tak dipanggil2 lagi dikk. akk bukan antibeksin. tp beksin anti dgn akk
Quote NFBZCantik 30-7-2021 04:06 PM
tin kosong
Quote ceristoberi 30-7-2021 04:07 PM
apa la pompuan ni...dah naik meluat pulak kak ceri kat ko ni...
Quote Skuau 30-7-2021 04:07 PM
jijilaaa replied at 30-7-2021 04:05 PM
akak ni ada ic biru, daftar dr bulan 3 tak dipanggil2 lagi dikk. akk bukan antibeksin. tp beksin a ...

ujung2 PATI abangla lebih dulu dpt pfizer percuma drp akak....
Quote dino 30-7-2021 04:10 PM
diamlah hidung pinokio
Quote SANKURIANG 30-7-2021 04:12 PM
Kalau tak suka dok Msia..sila beram ke kampong laki kau tu.....
Entah2 laki pun dah jd penganggor terhormat kot..tu yg bini nya gila semacam..semua nak dikecam nya...
Quote kucingitam 30-7-2021 04:16 PM
kalau dr hisham stepdown lagi teruk la..sapa yg ko nak harapkan? menteri lalat sepanyol?
Quote Illayana 30-7-2021 04:17 PM
Awat minah ni tak salahkan menteri kesihatan tros? Kan dlu suku sakat menteri meroyan kt usaha, strategi, keputusan semua di tgn pak menteri dia. DG just menjalankan tugas. Takdak plak minah ni bebunyi suh tok menteri kesihatan letak jawatan. Duk serang penjawat awam apekes. Mmg big bos org politik nyah. Depa la yg terajui setiap segment perkhidmatan awam. Bkn gituh???
Quote sonatalady 30-7-2021 04:19 PM
kau ni tau beza pengarah dgn menteri ke tak?

Lihat semua komen(186)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.107692 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top