CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tiara Jacquelina Kembali Berlakon Selepas 17 Tahun

30-7-2021 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6803| Komen: 47

Description: Selepas 17 tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Puan Sri Tiada Jacquelina kini tampil dalam drama siri Keluarga Baha Don musim ketiga.
Selepas 17 tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Puan Sri Tiada Jacquelina kini tampil dalam drama siri Keluarga Baha Don musim ketiga.

Pertama kali membintangi drama komedi, Tiara yang juga seorang penerbit berkata dia berasa teruja kerana diberi peluang untuk memegang watak jahat dan kejam.


Foto: IG

"Ini kali pertama saya berlakon dalam genre 'dark comedy'... itu yang membuatkan saya teruja untuk mencuba sebab saya rasa komedi merupakan genre yang paling mencabar untuk seorang pelakon.

"Saya jarang sekali diberi peluang untuk berlakon watak jahat dan watak ini agak kejam serta ganas. Padahal saya ini seorang yang penakut... tak boleh tengok darah.


"Jadi ia sangat pelik untuk saya tapi saya tetap berusaha untuk kelihatan kejam sebaik yang mungkin. Bagi saya, tak ada lagi drama yang seronok macam Keluaga Baha Don," katanya kepada mStar.



Tiara berkongsi perkara itu ketika sesi temu bual secara eksklusif bersama mStar yang diadakan secara maya pada Rabu.

Drama arahan pengarah Syed Fariz Syed Khairuddin itu dibintangi oleh Remy Ishak, Susan Lankester, Jihan Muse, Mark Adam, Amy Mastura, Tony Eusoff, Namron dan ramai lagi.

Selain Tiara, tiga pelakon turut membuat kemunculan dalam drama yang sudah memasuki musim ketiga iaitu Elizabeth Tan, Vicha Saywho dan Datuk Jalaluddin Hassan.



Dalam pada itu, aktres berusia 53 tahun ini mengakui dia memberi keutamaan kepada drama tersebut dan terpaksa memilih tawaran memandangkan dirinya tidak mempunyai masa untuk lakonan.

"Saya rasa seronok dan bangga dapat sertai keluarga ini... ia satu pengalaman yang baharu untuk saya. Saya jadikan Keluarga Baha Don ini sebagai keutamaan.

"Ikutkan saya sebenarnya tak ada banyak masa untuk berlakon. Jadi saya terpaksa memilih setiap tawaran yang diberikan," ujarnya.




Episod pertama Keluarga Baha Don musim ketiga kini boleh ditonton di Viu, manakala dua episod baharu akan ditayangkan setiap minggu pada hari Khamis.

Penonton yang belum menonton Keluarga Baha Don boleh menonton Musim 1 dan 2 di Viu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawardia 30-7-2021 01:57 PM
STEP 1: BELA KUCING
STEP 2: MULA BERLAKON BALIK
SOP retis di ambang dot dot dot
Quote dudaberhias 30-7-2021 02:07 PM
berlakon juga ya dia akhirnya? sebelum ni teater je ...

kira dah naik pangkat nenek gunung ledang lah ni, masa zaman puteri gunung ledang dulu pun rupa baya2 mak orang beranak 5 dah...
Quote margo20 30-7-2021 02:19 PM
ingatkan kembali ke pangkal jalan
Quote makadek 30-7-2021 02:30 PM
Tapi dia cantikkk aku minat tgk dia
Quote ellejo 30-7-2021 02:32 PM
setapak melangkah.
dua langkah ingatan kanda pada dinda….
Quote mamajawie 30-7-2021 02:34 PM
dudaberhias replied at 30-7-2021 02:07 PM
berlakon juga ya dia akhirnya? sebelum ni teater je ...

kira dah naik pangkat nenek gunung ledang ...

dah kata sheollss produser..dia la produser, dialah pengarah, dialah cameraman, dialah hero cam retis orka tu..

Quote Ayda89 30-7-2021 02:39 PM
Kenapa muka dia nampak macam jejanz sgt sekarang ni? Omg….
Quote little_sis 30-7-2021 02:54 PM
Pestime nak komen pasal muka dia.. nampak lainnn... Susah nak describe, nak kata makin jelita tu x tepat pulak.. ada gamba dia yg dah mcm muka syura pun ada.. cam pelik sikit
Quote Ieqa140388 30-7-2021 03:13 PM
Die berlakon keluarga baha don ke ? Suke tgk tp kdg2 xpaham jalan cte. Tp boleh ler layan
Quote azirahs007 30-7-2021 03:13 PM
Dia produser. Nak buat come back buat je lah filem sendiri. Jgn jadi org muda.. Tak sesuai..
Quote azirahs007 30-7-2021 03:15 PM
dudaberhias replied at 30-7-2021 02:07 PM
berlakon juga ya dia akhirnya? sebelum ni teater je ...

kira dah naik pangkat nenek gunung ledang ...

Aku ingat aku sorang je rasa dia tak sesuai jadi puteri gunung ledang. Tapi kalau banding dgn aku.. Dia jauh lebih cantik..
Quote nakkomenjugak 30-7-2021 03:20 PM
haa balik berlakon dahhh??
Quote dudaberhias 30-7-2021 03:26 PM
azirahs007 replied at 30-7-2021 03:15 PM
Aku ingat aku sorang je rasa dia tak sesuai jadi puteri gunung ledang. Tapi kalau banding dgn aku. ...

Tu la kaka, ikutkan iolss sesuai je kalau jadi puteri gunung ledang, tapi masa kejadian puteri gunung ledang transform jadi nenek kebayan tu la bukan yang jadi princess majapahit.
Quote Tinot7 30-7-2021 03:40 PM
Dia dpt watak nenek kebayan jahat ka? Ok jahh..
Quote jijilaaa 30-7-2021 04:04 PM
dah limaploh tiga taun? uish ni kalau retis bbnu jumpa kat set boleh panggil nenek tak? tak gamak nak panggil ahkak
Quote sleepandream 30-7-2021 05:51 PM
belakon for fun jah ni.. not for money...
dah bosan sgt la tu
Quote Shayang 30-7-2021 06:23 PM
Dia sebaya aman graseka ropanyaa
Quote lovelytouch 30-7-2021 06:34 PM
Yess go kaka tiara. U legend occay producelah filem mega please..
Quote Jemahjemah1988 30-7-2021 06:43 PM
Selain puteri gunung ledang apa lagi cite yang berlakon?

Lihat semua komen(47)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2022 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.079809 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top