Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Saya Menyantuni Pak Cik Itu Usai Bercakap" - Carl Samsudin Mohon Maaf

29-7-2021 02:39 PM Komen: 88
Usahawan dan pensohor media sosial, Carl Samsudin yang didakwa memalukan seorang gelandangan warga emas Selasa lalu menyatakan permohonan maaf secara terbuka melalui laman Instagram miliknya, hari ini.

Menurut Carl, dia tidak berniat menghina sesiapa dan hanya mahu membantu golongan tersebut mengubah kehidupan selain tidak terfikir ada elemen kurang baik daripada rakaman video tersebut.

Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan pak cik tersebut saya betul-betul mohon maaf.


Carl Samsudin (kanan) mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya hari ini selepas didakwa berkelakuan biadab terhadap seorang gelandangan warga emas Selasa lalu.

Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap saya menyantuni pak cik berkenaan serta semua gelandangan dengan baik dan mereka semua gembira pada hari tersebut, tulisnya dalam hantaran terbaharu tersebut sebentar tadi.

Katanya, dia turut berhasrat bertemu warga emas itu sekali lagi dalam masa terdekat untuk meminta maaf sekali gus memperbetulkan kesilapan dirinya.

Carl turut memohon maaf kerana tidak memakai pelitup muka ketika bercakap pada hari kejadian dan mengakui dia sudah dipanggil pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dikenakan kompaun.

Menurutnya, pada hari kejadian dia dijemput pihak pengurusan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan Yayasan Kebajikan Negara untuk membantu sekelompok gelandangan yang berada dalam fasa bangkit untuk memulakan perniagaan.

Saya mohon maaf tidak terlintas di minda saya untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana saya juga sama seperti mereka yang pernah susah dan memerlukan orang ramai dahulu.

Bagaimanapun, saya sedar saya tidak patut bercakap dengan nada begitu dengan mereka yang lebih berusia daripada saya. Saya minta maaf ini pengajaran besar kepada saya, ujarnya.

Terdahulu, video berdurasi 50 saat itu memaparkan Carl mempersoalkan adakah warga emas itu menyesal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga dia menjadi gelandangan disifatkan menjatuhkan air muka warga emas berkenaan. 


Sumber: K! ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
5
0
0
Komen: 88
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Jemahjemah1988 30-7-2021 04:37 PM
Menyantuni selepas memalukan ke

Lain-lain Komen

Quote renko 29-7-2021 02:43 PM
Carl carl..geli lah bai
Quote Skuau 29-7-2021 02:44 PM
pelik....aku baru 'google'....10 terkaya kat Msia...kenapa xde nama dia plak....
Quote I.K.A888990 29-7-2021 02:45 PM
dgr cite dr side kau je ni
cer tanya pak cik tu lak. betul ke x
atau kau dah diamkan pak cik tu
Quote edayildiz 29-7-2021 02:47 PM
nama sbnrnya dia apa..muka gini tp nama carl.mcm xkena jer..kalau muka mcm furkan palali tu sesuai la jgk..
Quote clarizsa 29-7-2021 02:48 PM
Tgk smlm
Mmg kasar betul cara bercakap tu
Mmg melampau
Pastu hr ni nmpk kt ig alahaii hegeh3 nya laa para retis sebok nk mencapub dok mencari pakcik tu pulak
Pakat nk menumpang limelight je
Pfft
Quote Nana_Man 29-7-2021 02:51 PM
clarizsa replied at 29-7-2021 02:48 PM
Tgk smlm
Mmg kasar betul cara bercakap tu
Mmg melampau

Yup... retis2 yg tgh free semua lumba2 repost kt ig masing2
Quote kaseh80 29-7-2021 02:54 PM
Terlajak perahu blh diundur
Terlajak kata buruk padahnya

Quote isbritneybich 29-7-2021 02:57 PM
tengok muka pun dah tau. sejenis founder barang timbang kati kah? no wonder asyik probok2 jah
Quote La_Quica07 29-7-2021 02:58 PM
Jenis2 mcm kita cancelkan aja, mcm cendawan dah tumbuh.. pakar motivasi la ape la konon
Quote Thunderclouds 29-7-2021 02:59 PM
Edited by Thunderclouds at 29-7-2021 03:00 PM

Feeling God send me to help u kekdahnyaa
Quote MrsDiva 29-7-2021 03:03 PM
Quote Laisa 29-7-2021 03:04 PM
Nama dia khalif kalau tak silap.. tu yg nama gelemer carl
Quote paanz 29-7-2021 03:09 PM
Laisa replied at 29-7-2021 03:04 PM
Nama dia khalif kalau tak silap.. tu yg nama gelemer carl

betul
dia study kat johor dulu
Quote opie5662 29-7-2021 03:14 PM
edayildiz: nama sbnrnya dia apa..muka gini tp nama carl.mcm xkena jer..kalau muka mcm furkan palali tu sesuai la jgk..


Nama betul die carlkatu... Tgk muka die.. Mcm carlkatu kan
Quote ophillea 29-7-2021 03:15 PM
Laisa replied at 29-7-2021 03:04 PM
Nama dia khalif kalau tak silap.. tu yg nama gelemer carl

Patut nak mesra n dekat dengan ralyat panggil lip ke
Quote nubook 29-7-2021 03:17 PM
Dah la dia ni. Dia ni mmg dari dulu acah2 motivator kan. Tp poyo je lebih. Iolss minat belle tp dah lama unfollow sbb hubby dia ni la
Quote mizkajura 29-7-2021 03:18 PM
Tu baru Kaya sikit....

Kalau Kaya banyak....ermmmm
Quote iraizz 29-7-2021 03:23 PM
opie5662 replied at 29-7-2021 03:14 PM
Nama betul die carlkatu... Tgk muka die.. Mcm carlkatu kan

Kalkatu helokk lagi dari muka dia
Quote opie5662 29-7-2021 03:24 PM
iraizz replied at 29-7-2021 03:23 PM
Kalkatu helokk lagi dari muka dia

Ok... Mcm klkatu terjunam daam besen air...

Lihat semua komen(88)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top