Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Biadab Dengan Orang Tua, Peguam Dakwa Ada Rancangan Jatuhkan Carl Samsudin!

29-7-2021 10:19 AM Komen: 97
Sejak Rabu, media sosial hangat memperkatakan mengenai kes membabitkan usahawan yang juga influencer media sosial, Carl Samsudin, susulan tersebarnya video yang memaparkan dirinya meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Boleh dikatakan laman komen dibanjiri dengan kecaman terhadap pengasas dan pemilik butik Bella Ammara itu.

Ketika ramai yang 'panas hati' dengan usahawan tersebut, peguam yang mewakilinya, Emma Sakira, tampil menjawab isu yang melingkari anak guamnya itu.

Foto: Via mStar


Menurut Emma, klip video yang tular di media sosial hanya diambil sebahagian sahaja oleh pihak tertentu bertujuan untuk menjatuhkan anak guamnya.

"Pihak tersebut pergi rekod video ini, dan ambil klip pada ketika dia (Carl) tengah beri ceramah motivasi ketika dia bersemangat. Dia bukan herdik tetapi memberi semangat.

"Permainan orang itu nak jatuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang teruk, untuk beritahu orang bahawa Carl tak beradab, kurang ajar, herdik orang tua... walhal itu tak benar.

"Orang ramai pula interprete seperti itu sebab 'orang itu' yang sampaikan cara sebegitu," ujarnya kepada mStar.


Foto: via mStar

Menjelaskan lebih lanjut, Emma berkata anak guamnya memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi bertajuk 'Ubah Hidup' kepada 20 orang gelandangan di pusat transit tersebut pada Selasa lalu.

"Apabila anda beri ceramah motivasi kepada awam, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, ia berbeza mengikut audience.

"Yang Carl beri ceramah di pusat gelandangan ini sebenarnya fokus utama untuk ubah nasib hidup mereka. Mereka ini adalah 20 orang daripada beratus gelandangan yang ditapis khas untuk program ini sebab mereka memang nak ubah nasib hidup.

"Bila beri ceramah motivasi, memang la semangat kita membuak. Dalam video itu, Carl sedang memberi semangat kepada pakcik tersebut. Pakcik itu hadir ke depan sebagai fasilitati secara sukarela, bukan dipaksa. Dia sendiri datang ke depan untuk kongsi pengalaman dan kisahnya.

"Bukan dia herdik... itu tak benar. Itu yang 'pihak tersebut' buat, tujuannya untuk menjatuhkan Carl... sampai tular video ini satu Malaysia," ujarnya.

Justeru, Emma berkata anak guamnya akan membuat laporan polis pada Khamis kerana penyebaran video berkenaan jelas mempunyai unsur fitnah.

Tambahnya, pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah ini sudah dikenal pasti dan akan dinamakan di dalam laporan polis yang bakal dibuat.

Laporan tersebut juga menurut Emma adalah bagi membersihkan nama Carl susulan penyebaran fitnah tersebut yang memberi kesan terhadap reputasi serta perniagaan anak guamnya.

Sementara itu mengulas mengenai kompaun yang dikenakan terhadap anak guamnya susulan tidak memakai pelitup muka ketika memberikan ceramah, Emma berkata bayaran turut akan dijelaskan pada Khamis.


Foto: via mStar


"Itu kesalahannya dan dia mengaku tak ikut SOP. Dan dia akur dengan undang-undang. Polis memberi tempoh tujuh hari dan dia akan menjelaskan pada Khamis," katanya lagi.

Terdahulu menerusi video pendek berdurasi 49 saat itu, Carl dilihat meninggikan suara terhadap seorang gelandangan warga emas ketika menyampaikan ceramah.

Video berkenaan dikatakan dimuat naik sendiri oleh usahawan tersebut di Insta Story akaun peribadi miliknya sebelum dipadam, namun sempat disimpan oleh netizen.

Susulan penularan video tersebut, Carl bukan sahaja menerima kecaman hebat netizen, malah beberapa selebriti tempatan juga terbuka menegur sikapnya yang disifatkan sangat biadab. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
0
0
Komen: 97
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote tipuware 1-8-2021 12:50 PM
Meminjam ayat ms faz masa org tanya kenapa nak jatuhkan neelofa " dia tu siapa untuk kami jatuhkan?"

Lain-lain Komen

Quote kasibiman 29-7-2021 10:24 AM
Sendiri haplod pastu kene hencap TIBERRRRR konar jadi pitenah?




Apsal kau tak Saman sekali tuhan sbb buat qada' Dan qadar pangai kau hudoh?
Quote awenda507 29-7-2021 10:24 AM
Dh mmg biadap toksah la nak cover lg
Quote kerunai 29-7-2021 10:25 AM
Quote printercomel 29-7-2021 10:26 AM
Pergi ke kedai membeli carlsberg dan cincau.
Quote emera 29-7-2021 10:26 AM
Mahapkan lawyer tu. Dia carik makan. Susah nak carik makan time covid ni kan kan kan, lawyer??
Quote Marylis 29-7-2021 10:31 AM
tu bukan ucapan semangat tu ucapan makian... dia takde hak tanya camtu...
Quote auntyonion 29-7-2021 10:31 AM
Loyer tu pn alhamdulillah ada job masukk..waloponnn {:laugh
Quote kerunai 29-7-2021 10:33 AM
lawyer taik baik makan taik ... sekian
Quote mamajawie 29-7-2021 10:36 AM
hmm..yg lawyer pun main sauk je terang lagi bersuluh orang tu maki orang tua tu..
Quote Ninani 29-7-2021 10:39 AM
Dia dah memang dah jatuh pun. Produk bella ammara n sugar belle tu pun suam2 kuku je. Tambah time pkp ni. Entah2 tunggu masa je nak melingkup. Harap jual air liur jelah konon nak ajar orang meniaga. Sejenis dengan Jijan jugak ni. Jual air liur untuk survive.
Quote tipahbogs 29-7-2021 10:44 AM
Ninani replied at 29-7-2021 10:39 AM
Dia dah memang dah jatuh pun. Produk bella ammara n sugar belle tu pun suam2 kuku je. Tambah time pk ...

hahaha berapa baldi air liur dia nak kena jual tuuu.....
Quote kotakominami 29-7-2021 10:47 AM
Ko ni siapa nak dijatuhkan.....
Quote husna_amal 29-7-2021 10:50 AM
Alah pakai peguam pula dia ni. Tuan badan bagi penjelasan sendiri je lah. Atleas minta maaf dulu.
Quote tomatome 29-7-2021 10:51 AM
kotakominami replied at 29-7-2021 10:47 AM
Ko ni siapa nak dijatuhkan.....

Kannnn hahaha

Acah2 yb pulak
Quote kikuri 29-7-2021 10:55 AM
who are yus acah acah ade orang nak jatuhkan... penting ke..?
Quote kerunai 29-7-2021 10:57 AM


nih untuk peguam sekali !!

sial punya waknat
Quote tungkai 29-7-2021 10:57 AM
Play victim sangat. Dah lupa ke dia ni dulu ada kes sedut duit org..

Cara dia bagi "motivasi" tu pun boleh nampak yang org2 gelandangan tu mcm menyampah  dengan style dia.
Quote Nham22 29-7-2021 10:58 AM
Malu oiii isteri tuuu dgn perangai ko... Nak buat bad publisiti pon agak2x laaaaaa... Jilake
Quote ChildrenOfBodom 29-7-2021 11:01 AM
muka caprut mcm jamban bubuh nama CARL konon

Lihat semua komen(97)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top