CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tajuddin Dikompaun Lagi, Tak Pakai Mask Dalam Parlimen

28-7-2021 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2842| Komen: 23

Description: Polis mengeluarkan notis kompaun kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak memakai pelitup muka di bangunan Parlimen, pada Isnin.
Polis mengeluarkan notis kompaun kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak memakai pelitup muka di bangunan Parlimen, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, ia susulan ciapan oleh seorang pengguna media sosial pada pagi Selasa yang memuat naik gambar Tajuddin melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup mukanya.

Foto: Twitter

"Siasatan dilakukan dan mendapati Tajuddin menghadiri persidangan khas di Parlimen pada hari Isnin.

"Pada hari yang sama, jam 2.30 petang, beliau didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu lain di ruang legar Parlimen," katanya dalam satu kenyataan pada hari Selasa.


Eng Lai berkata, atas pelanggaran SOP tersebut, pihak polis mengeluarkan notis kompaun pada pukul 1.00 tengah hari, Selasa, terhadap Tajuddin.

Tambahnya, nilai kompaun akan diputuskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan fizikal ketika berada di tempat awam untuk mengekang penyebaran Covid-19," katanya.

Ini merupakan kali kedua Tajuddin dikeluarkan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

Bulan lalu, polis mengeluarkan kompaun bernilai RM1,500 terhadapnya kerana tidak memakai pelitup muka semasa sidang media selepas insiden pertembungan dua tren LRT. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tuttt 28-7-2021 10:37 AM
Apo masalah dia ni ehh. Ni la masalah org tua bongkak. Susah ke nak pakai mask. Apa yg dia cuba tunjuk kt rakyat dia eh. Nk tunjuk kebodohan ke.m
Quote Sham143 28-7-2021 10:39 AM
Tajudin..Wakil rakyat contoh terbaik... Dah tua2 letak aje la jawatan.. Beri peluang pd orang muda pulak la.. Asyik2 muka kamu aje la.. Meluat den..
Quote JohnyEnglish 28-7-2021 10:40 AM
setakat saman apo hal.dia mampu byr.letak la dlm penjara barang sebulan dua.
Quote kaishi 28-7-2021 10:40 AM
Mcmana yer rakyat blh vote menteri vodo begini ?
Quote Sham143 28-7-2021 10:43 AM
Hidup lagi orang tua ni... Ingatkan dah.....
Quote mejaputih 28-7-2021 10:44 AM
dah la x pakai mask. rapat lak tu borak ngan that lady... (dlm gambo)
Quote insulin 28-7-2021 10:44 AM
Beginilah orang banyak duit. Undang2 mudah pun susah nak dipatuhi.
Quote Nnasda53 28-7-2021 10:45 AM
Ermmmm...kebalnya si tua ni.
Quote nh1129 28-7-2021 10:48 AM
Apa yang susah sangat nak pakai mask?
Quote nubook 28-7-2021 11:20 AM
Payoh la pokcik ni
Quote awenda507 28-7-2021 11:27 AM
Tak serik2 kan
Quote Raline 28-7-2021 11:33 AM
dah ada la om

https://bm.cari.com.my/forum.php ... ;page=1#pid72998417
Quote Haslin 28-7-2021 11:35 AM
Dia rasa diri dia kebal sgt  
Quote Oroi8887 28-7-2021 11:36 AM
Dia ni tak pulak kena covid stage 10. Eh mnyampah aku. Tua2 pun degil.
Quote ninnamina 28-7-2021 11:37 AM
Makin tua makin xda kesedaran. Nanti kene covid mula la salahkan sebab parlimen bukak. Padahal sendiri x jaga sop!
Quote maitang 28-7-2021 12:25 PM
benda simple pon x boleh nk follow sigh.....
Quote Buritan 28-7-2021 12:30 PM
tuttt replied at 28-7-2021 10:37 AM
Apo masalah dia ni ehh. Ni la masalah org tua bongkak. Susah ke nak pakai mask. Apa yg dia cuba tunj ...

Beraninyaaa... itu je yg aku leh sebut..
Quote Lydiawie 28-7-2021 12:31 PM
Duit banyak senang settle..penyesalan dia bila kena covid.
Quote MissVixen 28-7-2021 12:34 PM
Tempat tajuddin ni letak batang pokok getah pun umno boleh menang. Bila golongan emas banyak dah mati, mungkin parti lain boleh menang. Letak calon entah hape2. Buat malu je. Pakai mask elok2 pun tak reti. Patut kesalahan berulang ni kena lokap je.

Lihat semua komen(23)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-2-2023 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.096815 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top