CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Takut Jadi Pocong, Suami Gali Semula Kubur Isteri

27-7-2021 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2483| Komen: 24

Description: Kubur seorang wanita berusia 54 tahun terpaksa digali semula selepas keluarganya lupa melepaskan ikatan kepala mayat ketika mengebumikannya pada minggu lepas, lapor Solopos.com, baru-baru ini.
Kubur seorang wanita berusia 54 tahun terpaksa digali semula selepas keluarganya lupa melepaskan ikatan kepala mayat ketika mengebumikannya pada minggu lepas, lapor Solopos.com, baru-baru ini.


Permintaan menggali semula kubur itu dibuat oleh suami mendiang sendiri yang mendakwa dirinya sering didatangi isterinya di dalam mimpi yang meminta ikatan kepala dileraikan.

Menurut siasatan, WN ialah penjual makanan di Bogor, Jawa Barat dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kredit foto: Detik.com

Ketua Hubungan Masyarakat Desa Bulusan, Kecamatan Karangdowo, Heri Purwoko mengesahkan kejadian itu dan memberitahu ketika proses pengebumian terdahulu, anggota pengebumian tidak membuka keranda yang tiba dari hospital.


“Ya, benar. Memang ada kubur salah seorang penduduk di sini digali semula kerana ikatan pocong atau ikatan di kepala lupa dileraikan.

“Namun proses ini tidak melibatkan petugas kesihatan kerana mangsa meninggal akibat serangan jantung dan bukan Covid-19,” kata Heri.

Tambah Heri, proses tersebut berjalan lancar dan mayat kembali dikebumikan sebaik sahaja ikatan kepala dileraikan.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bictoria 27-7-2021 05:25 PM
topic ni dah ada bossku
Quote jiwasemangat 27-7-2021 06:41 PM
Pocong tu .. apa..?
Quote dramaking007 27-7-2021 08:22 PM
jiwasemangat: Pocong tu .. apa..?


search kat google nanti you taulah.....nk tnjuk kt sini takut ada org tak suka.haha
Quote Sweetums 27-7-2021 08:25 PM
ohhhh kalau tak buka tu ke sebab jadi pocong....baru tau
Quote midori_katana 27-7-2021 08:27 PM
Akak baru nak tanya, awat salah ka kalau lupa bukak pengikat tu? Akak betul2 tak tahu
Quote zacks 27-7-2021 08:32 PM
Orang syirik dok guna tali pocong tu utk buat santau, ubat guna2, etc

Nauzubillah min zalik
Quote heythere123 27-7-2021 08:43 PM
aneh2 orang ni
Quote biztoone_buncit 27-7-2021 08:46 PM
Aku ini orang xx. Kalau tak aneh, gak bisa sampai ke terusan suez
Quote Miss_LoveLeen 27-7-2021 08:51 PM
Yindon mmg selalu yg aneh2
Quote Cieejiee 27-7-2021 09:29 PM
Pelik
Quote ninja9 27-7-2021 09:42 PM
Ya pelik. Kalau ikut zahir, tak ada masalah pun tak buka ikatan. Kain jer pun... ini sesuatu yang bukan perkara zahir.. itu pun klu betul ceritanya
Quote Plain-tif 27-7-2021 11:36 PM
Merepek2 perbuatan korang
Quote naina 27-7-2021 11:41 PM
Dulu2 ada cerita orang kampung nampak pocong datang dekat minta tolong buka kan ikatan dia..uii takutnyaaahhh
Quote incess.my 28-7-2021 12:24 AM
Pelik-pelik je korang nih
Quote kuchibambam 28-7-2021 01:37 AM
pelik sungguh . .  . . . .
Quote Chessman 28-7-2021 02:29 AM
Aneh-aneh je lah diorang ni
Quote sinichisenpai 28-7-2021 03:16 AM
Knp la terbaca tajuk time camni
Quote sinichisenpai 28-7-2021 03:16 AM
Kenapa lah terbaca tajuk time camni
Quote Laylaaa 28-7-2021 03:38 AM
Ni mesti terpengaruh series netflix; KINGDOM.

Mengkauuchoowwa

Lihat semua komen(24)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-1-2022 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.297888 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top