CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Dah Sakit Sangat, Wanita Bersalin Atas Bot Penambang

27-7-2021 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1291| Komen: 19

Description: Kota Kinabalu: Tindakan pantas pasukan polis berjaya menyelamat nyawa seorang wanita bersama bayinya yang baru dilahirkan di atas bot penambang di Jeti Penambang dekat Safma, di sini, malam tadi.
Kota Kinabalu: Tindakan pantas pasukan polis berjaya menyelamat nyawa seorang wanita bersama bayinya yang baru dilahirkan di atas bot penambang di Jeti Penambang dekat Safma, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, wanita berusia lingkungan 30-an yang tinggal di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, dikatakan terpaksa dibawa menaiki bot selepas mengadu sakit mahu bersalin.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, wanita terbabit tidak dapat menahan dan terus melahirkan anak di atas bot penambang berkenaan.

Kehadiran mereka di jeti pasar berkenaan menarik perhatian pasukan polis yang sedang berkawal berikutan kawasan Pulau Gaya diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Foto: Harian Metro


Sebaik diperiksa, pasukan polis dimaklumkan mengenai kelahiran itu dan mereka mengangkat wanita dan bayinya ke atas jeti.

Pasukan polis yang diketuai Asisten Superintendan Johri Rubinsin bersama dua anggota polis dan Rela menghubungi talian kecemasan 999 sebelum disambungkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Johri yang memeriksa wanita itu memaklumkan kepada doktor bertugas bahawa keadaannya sudah kelesuan dipercayai akibat kehilangan banyak darah, selain bayi yang masih bersambung dengan uri pada tali pusat.

Doktor kemudian meminta Johri mengikat uri bayi bagi mengelakkan jangkitan kuman sementara menunggu kehadiran ambulans .

Keadaan lebih terkawal selepas ketibaan pasukan paramedik HQE I yang kemudiannya memberikan rawatan awal sebelum membawa wanita terbabit bersama anaknya ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, wanita terbabit kini berada dalam keadaan selamat di HQEI bersama bayi perempuannya.

Katanya, IPD Kota Kinabalu juga ingin menjadikan bayi itu sebagai anak angkat.

"IPD Kota Kinabalu juga merancang untuk melawatnya di hospital namun tertakluk kepada kebenaran pihak HQEI," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pikah89 27-7-2021 02:33 PM
Siannya la yg nk brnk kt spita x smpt..yg lapa nk brnk kt uma x brcukurrrrr
Quote nanasno 27-7-2021 02:35 PM
ya ampun kak. semoga kakak n baby sihat2 sajaaa
Quote OyenLemas 27-7-2021 02:41 PM
senang nya beranakkkk. semoga selamat ibu& bayi
Quote mamajawie 27-7-2021 02:49 PM
aduh teringat iollss masa nk beranak anak yg 2nd bulan april ri tu..lepas makan dinner iollss pun gatal g makan prun hujung2 sakit perut nak terberak last2 baby da kluar separuh kepala..trus doktor berlari sorong masuk LR ploop baby keluar..alhamdulillah Allah makbulkan doa meollss nk bersalin senang time covid ni..
Quote Duriand24 27-7-2021 03:13 PM
Takpe laaa ape punnn semuanya selamat. Gituu
Quote Skuau 27-7-2021 03:23 PM
batu pas 'google'....'SIAPAKAH PENDUDUK PULAU GAYA SABAH.
Quote aiyaya2708 27-7-2021 03:25 PM
Alhamdulillah selamat semua nya  se
Quote bictoria 27-7-2021 05:19 PM
tempat lahir dalam surat beranak nak letak apa?
Quote xastor9 27-7-2021 05:37 PM
bictoria replied at 27-7-2021 05:19 PM
tempat lahir dalam surat beranak nak letak apa?

atas bot
Quote nakkomenjugak 27-7-2021 05:42 PM
congratsss
Quote Olumis 27-7-2021 09:10 PM
Orang lain senang jer beranak... Rezeki dorang. Saya ditakdirkan merasa sakit dan seksa semasa bersalin.
Quote Cieejiee 27-7-2021 09:33 PM
senang dia melahirkan..
Quote ketupatnasi 27-7-2021 09:35 PM
Alhamdulillah.. Tahniah n good job abam pulis
Quote bellaamsar 27-7-2021 09:37 PM
Mudahnya dia bersalin. Rezeki sungguh
Quote ayammpelik 27-7-2021 11:54 PM
Alhamdulillah selamat semua. Siap nak jadi anak angkat polis.
Quote Mulan007 28-7-2021 12:27 AM
Tahniah tahniah tahniah
Quote I.K.A888990 28-7-2021 02:08 AM
alhamdulillah sihat mak dan baby
Quote sinichisenpai 28-7-2021 03:19 AM
Kakak aku lahir dlm kete guru besar. Pelah mundur sgt kpg time tu. Guru besar je yg de kete
Quote Laylaaa 28-7-2021 03:39 AM
Syukur selamat.

DOB: atas bot tambang

Lihat semua komen(19)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.072109 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top