CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Setepek Normala Samsudin Bagi Pesanan Padu Pada Golongan Anti Vaksin

27-7-2021 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7038| Komen: 71

Description: Melihatkan jumlah kes jangkitan varian Delta COVID-19 yang semakin meningkat, selebriti Puan Sri Normala Samsudin meluahkan rasa bimbangnya di Instagram. Ujarnya varian Delta ini berupaya untuk member ...
Melihatkan jumlah kes jangkitan varian Delta COVID-19 yang semakin meningkat, selebriti Puan Sri Normala Samsudin meluahkan rasa bimbangnya di Instagram. Ujarnya varian Delta ini berupaya untuk memberi kesan yang lebih teruk pada masyarakat terutamanya golongan anti vaksin.


Menerusi story Instagram, Puan Sri Normala berkongsi varian Delta ini sangat berbahaya dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Tambahnya walaupun varian ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi golongan anti vaksin merupakan golongan yang berisiko tinggi.

Foto: IG

“Iktibar untuk mereka anti vaksin. Jika anda masih berdegil, akibatnya hanya tinggal anda sahaja yang terdedah teruk pada C19 Delta. Varian yang sangat kuat”, tulisnya di Instagram.

Puan Sri Normala mendedahkan varian ini lebih kuat berbanding dengan COVID-19. Malah dia juga menasihati orang ramai yang sudah divaksin dan positif varian ini mengikuti nasihat doktor untuk sembuh.

Selain itu, Puan Sri Normala juga berharap agar mereka yang belum divaksin atau sudah menerima dos pertama untuk tidak bergerak dengan bebas dalam negara. Kongsinya, mereka ini turut mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah pada jangkitan.




Pada masa yang sama, Puan Sri Normala juga berkata varian Delta ini sama seperti virus COVID-19 iaitu boleh dijangkiti melalui udara. Nasihatnya, orang ramai yang ingin bergerak dengan bebas perlu menunggu sehingga jangka masa ikubasi vaksin selesai.

“Harap mereka yang belum vaksin lagi atau belum sempurna, Jangan bebas bergerak ke sana-sini. Sebab anda terdedah dengan pada jangkitan, Varian Delta. Boleh berjangkit melalui udara. Tunggu sampai habis masa inkubasi tempoh selepas vaksin. Sayangilah diri dan keluarga kita” ujarnya. -CARI

Sumber: Murai.my
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote udangku 27-7-2021 01:41 PM
Harap rita rudaini bacalah pesanan akak normala kita ni {:hooray
Quote cecari 27-7-2021 01:42 PM
setepek? kah kah... hang ingat puak antivaksin jenis lembik dan heran ka ? hahaha depa tak kisah pun...
Quote Fazsemput 27-7-2021 01:58 PM
Cntiknye acik mala.... udah la cntik..pandai berkata2..  jauh bertiang dr acik lana yg meroyan aje
Quote Inadori 27-7-2021 01:59 PM
Acik Mala confirm sangat je yg dah vaksin tak terdedah risiko covid dan Delta variant.

Semalam, data DG tunjuk, ada je yg dah vaksin tapi kena covid tahap 4 dan 5.

Belum tunjuk pecahan data kematian.
Quote Guccibamboo 27-7-2021 01:59 PM
Die ni lawa sgt lah
Quote bracebintang 27-7-2021 02:07 PM
Cantiknya dia ni. Aging gracefully gitu
Quote dino 27-7-2021 02:12 PM
udangku replied at 27-7-2021 01:41 PM
Harap rita rudaini bacalah pesanan akak normala kita ni {:hooray

spesis degil tu nak dgr nasihat org ke? haha
Quote dino 27-7-2021 02:13 PM
Inadori replied at 27-7-2021 01:59 PM
Acik Mala confirm sangat je yg dah vaksin tak terdedah risiko covid dan Delta variant.

Semalam, d ...

kan die sbut tuh…
Quote Inadori 27-7-2021 02:14 PM
dino replied at 27-7-2021 02:13 PM
kan die sbut tuh…

Sebut apa
Quote dino 27-7-2021 02:20 PM
Inadori replied at 27-7-2021 02:14 PM
Sebut apa

slps vaksin pun tak terlepas dr kena covid
yg diaim jgn sampai stage 4/5
Quote Inadori 27-7-2021 02:21 PM
dino replied at 27-7-2021 02:20 PM
slps vaksin pun tak terlepas dr kena covid
yg diaim jgn sampai stage 4/5

Tu la dia confident sangat. Padahal yg dah vaksin pun ada sampai stage 4 dan 5.

Tengok data DG bagi semalam.
Quote TabletSusu 27-7-2021 02:22 PM
dia dah duk di perlis ka skrg ni?
Quote dino 27-7-2021 02:25 PM
Inadori replied at 27-7-2021 02:21 PM
Tu la dia confident sangat. Padahal yg dah vaksin pun ada sampai stage 4 dan 5.

Tengok data DG  ...

iya sbb slos vsksin tempoh dua minggu tu penting..  klau kena sblm tu mmg truk la..
snb tu retis bodo mcm rita tu takyah bg statement sbb die bodo tu je
Quote abadi84 27-7-2021 02:49 PM
Suhaimi Saad, Ritrude, Lana semoga dapat peluang merasa. Harap doktor PPIM boleh rawat. Jgn pergi hospital. Lagi2 sohai klu mati kat rumah lg bagus
Quote AvengersPanther 27-7-2021 02:52 PM
Kitakan kene ikhtiar dulu.
Quote OyenLemas 27-7-2021 03:04 PM
dah berumur pun cantik. tu je nk ckp
Quote wirazam 27-7-2021 03:06 PM
OyenLemas replied at 27-7-2021 03:04 PM
dah berumur pun cantik. tu je nk ckp


Umurnya brp? Nampak mcm 40 an je
Quote OyenLemas 27-7-2021 03:08 PM
wirazam replied at 27-7-2021 03:06 PM
Umurnya brp? Nampak mcm 40 an je

tua dahh. 56-57 dahhh. tp tula. ada uwang nenek pun boleh nmpk mcm kakak kakak hehehee
Quote MidoriHijau 27-7-2021 03:10 PM
Harap acik rita tercydukkk

Lihat semua komen(71)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.109432 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top