CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Mak Keluar Isi Minyak, Anak Terperangkap Dalam Kereta

27-7-2021 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2431| Komen: 32

Description: Ipoh: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam kereta di sebuah stesen pam minyak di Chemor di sini, hari ini.
Ipoh: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam kereta di sebuah stesen pam minyak di Chemor di sini, hari ini.


Jurucakap jabatan itu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden menimpa mangsa Harith Nazhan Nazrul Sukri yang berusia dua tahun itu pada 10 pagi.


Foto: Harian Metro

"Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan untuk kerja-kerja menyelamat.

"Ketika kejadian, ibu mangsa dikatakan keluar dari kereta jenis Perodua Bezza untuk mengisi minyak kereta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata, pasukan bomba kemudian membuka pintu kereta berkenaan menggunakan peralatan khas dan kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan setelah terperangkap selama 10 minit.

Katanya, mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu manakala operasi tamat pada 10.28 pagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Groovykid 27-7-2021 01:29 PM
Hishh.... byk sgt kes mcm ni jadi. Stress kot jd ibu ini skrg ya
Quote kelam22 27-7-2021 01:34 PM
Kes macam ni selalu. Tapi sekarang lagi masalah. Anak kat rumah nak ditinggalkan tak de orang nak jaga, bila dibawa tak boleh masuk ke kedai pulak. Serba salah jadinya.
Quote margo20 27-7-2021 01:34 PM
Bezza bukan pakai keyless ke? Nape tak letak kunci dlm poket klu nk tglkn anak?
Quote missinpiece 27-7-2021 01:49 PM
kelam22 replied at 27-7-2021 01:34 PM
Kes macam ni selalu. Tapi sekarang lagi masalah. Anak kat rumah nak ditinggalkan tak de orang nak ja ...

Sama la kita..terpaksa la mereput kat umah order delivery
Quote elnor_81 27-7-2021 01:56 PM
Smlm aku tgk ad mak tgglkan ank dlm keta msuk kedai. Nasib baik anknya pandai bukak lock keta. Aku rse ni maybe dlm 3,4 thn. Sme adik ipar aku letak ank dlm keta. Nk g pos brg online dia jual. Dh nk tggl, xde org nk jge.  Nk bwk msuk kedai xleh. Ape la pilihan yg mereka ni ad. Stakat bli brg maybe ok la.delivery. klo nk pos brg, ad ke courier jnt dtg amik?
Quote pikah89 27-7-2021 02:33 PM
Adoiiiii npe bia ank sorg kt tmpt awam cmtu
Quote wirazam 27-7-2021 02:54 PM
elnor_81 replied at 27-7-2021 01:56 PM
Smlm aku tgk ad mak tgglkan ank dlm keta msuk kedai. Nasib baik anknya pandai bukak lock keta. Aku r ...

Kalau nak tinggalkan sekejap..bukak lar cermin kereta tu 1/4..jgn tutup langsung
Quote nononcrux 27-7-2021 02:58 PM
margo20 replied at 27-7-2021 01:34 PM
Bezza bukan pakai keyless ke? Nape tak letak kunci dlm poket klu nk tglkn anak?

aku kalau tinggal ank dlm kete nak bayar counter kunci bawak tinkap bukak siket je..
Quote Duriand24 27-7-2021 03:00 PM
Iols pun kdg terlepas pandang bab ni. Mmg kene  bukak cermin kereta. In case pape jadi takde la memudaratkan
Quote OyenLemas 27-7-2021 03:00 PM
penat sgt ke. Ya Allah semuga bende mcm ni tak jadi la kt keluarga kita
Quote syamzana 27-7-2021 03:08 PM
skrg ni i selalu isi minyak terpaksa bwk anak 2thn jugak takde sapa nak jaga. keluar mmg akan bukak tingkap sikit tapi i akan bawa kunci dan lock kereta. buka tgkap tu kot anak panas tgl agak lama bila org ramai nak bayar.
Quote elnor_81 27-7-2021 03:56 PM
wirazam replied at 27-7-2021 02:54 PM
Kalau nak tinggalkan sekejap..bukak lar cermin kereta tu 1/4..jgn tutup langsung

Ni org tu tgglkan keta enjin x tutup. Sbb bunyi ekon.
Quote kelam22 27-7-2021 04:27 PM
Pengalaman meols, ada budak dalam kereta, bapak dia masuk petronas pergi atm. Agak lama sebab kena beratur. Meols dok intai2 kat tingkap nak tengok enjin kereta dia buka ke tutup sebab anak dia kat dalam cemas melompat2. Meols da nak buka da pintu dia tapi mujur bapa nya da datang. Huh sian budak tu menangis2.
Quote nubook 27-7-2021 04:31 PM
Selamat la tak jadi apa2 dkt anak dia tu
Quote mclaren 27-7-2021 04:52 PM
elnor_81: Smlm aku tgk ad mak tgglkan ank dlm keta msuk kedai. Nasib baik anknya pandai bukak lock keta. Aku rse ni maybe dlm 3,4 thn. Sme adik ipar aku letak a ...


Pernah nampak kaunter drive through Poslaju. Tak pasti ada kat semua tempat or selected cities / towns. Maybe kena suggest kot couriers ada servis pick up. Tapikan, biasa dapat notification from NinjaVan yang barang kita ordered tu has been picked up by NinjaVan from the seller. Not sure betul2 NinjaVan pickup kat premis seller atau tu just their standard message even when seller tu sendiri drop package kat kaunter NinjaVan.
Quote nakkomenjugak 27-7-2021 05:58 PM
mungkin tingkap tu boleh diturunkan sikit sementara bagi angin masuk
Quote annehuda 27-7-2021 06:40 PM
Teringat dulu kejadian ni, mak terkunci anak dlm kereta, bila org ramai nk pecahkan tingkap si mak ni tak kasik siap ugut nk report polis. So tunggu bomba jugakla. Mak pg syg kereta dr anak haih
Quote skymania 27-7-2021 07:17 PM
Aku isi minyak bawak anak gak.. aku matikan enjin ..aku turunkan sikit 4 tingkap tu...kunci aku masuk poket.. Plus kalau ngan anak..aku akan pakai debit or kredit kad.. dulu2 angkot anak pi byor.. pastu jdk letih nak kuar masuk carseat .hhahaa..
Quote slyfynx 27-7-2021 07:39 PM
Chemor?
Stesen minyak ape tu?
Shell di Pekan Chemor?
Petron OTW to Chepor?
Petron OTW dari Chepor?
Petron nk ke Sungai Siput?
BHP kt pekan Chemor?
Caltex kt pekan Chemor?
Caltex kat Klebang?

Lihat semua komen(32)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.116791 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top