CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bintang Harimau Malaysia, Brenden Gan Hidap Kanser Testis

27-7-2021 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4523| Komen: 53

Description: Bintang Harimau Malaysia, Brenden Gan mengesahkan dirinya mengidap kanser testis dan kini sedang menjalani fasa pemulihan.
Bintang Harimau Malaysia, Brenden Gan mengesahkan dirinya mengidap kanser testis dan kini sedang menjalani fasa pemulihan.

Menurut Breden, dia akan sentiasa memastikan mindanya itu berada dalam keadaan positif seperti mana yang pernah dia lakukan sebelum ini sewaktu mengalami kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang menyebab dia terpaksa berehat panjang daripada sukan bola sepak.


Foto: IG


“Hidup saya sentiasa positif walaupun ada ketika agak kecewa dengan kritikan negatif tetapi saya sering menjadikan perkara tersebut sebagai motivasi untuk menguatkan karakter diri sendiri.

“Kini, saya berdepan ujian sekali lagi apabila disahkan mengalami kanser testis dan saya sudahpun melakukan pembedahan. Sekarang adalah fasa untuk saya menjalani proses pemulihan,” tulisnya.


Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pemain Malaysia kelahiran Australia itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Brendan turut mengakui dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan insan-insan hebat yang sentiasa menyokongnya dikala dia mengharungi detik sukar.



Katanya lagi, dia mahu memberikan sepenuh tumpuannya terhadap proses pemulihan sebelum kembali ke kancah bola sepak.

“Apa yang pasti, saya sangat bertuah apabila didampingi individu yang sentiasa memberi sokongan terutama keluarga, rakan-rakan terdekat dan komuniti bola sepak tempatan.

“Kanser tidak akan mematahkan semangat saya sebaliknya akan lebih bermotivasi dalam usaha kembali ke padang bola sepak memimpin pasukan Selangor secepat mungkin,” jelasnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan seperjuagan turut memberikan kata-kata semangat buat Brendan selain turut berharap agar Brendan segera pulih seperti sedia kala.



“Strongest guy I know. Some things are bigger then football. You got this brother. And we have all got you.

“You’ve overcome many obstacle, this is just another one brother. You got this.

“Get well soon captain. Wishing you a speedy recovery.

“Stay strong King. Been a fighter your whole life, don’t stop now,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.



Terdahulu, Brendan turut memaklumkan, dirinya bakal diketepikan untuk tempoh yang panjang pada Liga Malaysia (Liga M) musim ini. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pikah89 27-7-2021 11:16 AM
Semiga cepat sembuh
Quote OyenLemas 27-7-2021 11:19 AM
kesiannya muda lagii. semoga cepat sembuh.
Quote nakkomenjugak 27-7-2021 11:38 AM
Moga cepat sembuh! Godspeed recovery!
Quote fofuler 27-7-2021 11:38 AM
Dia ni chindian eh? Muka melayu habis. Apa2 pun get well soon brendan
Quote sabundettol 27-7-2021 11:39 AM
Semiga cepat sembuh
Quote Zaqnaf 27-7-2021 11:49 AM
Semoga cepat sembuh
Quote any42 27-7-2021 11:52 AM
semoga sentiasa sht & positifkn minda & diri
Quote Tinot7 27-7-2021 11:54 AM
Get well soon...
Quote RatuDunia94 27-7-2021 11:54 AM
Nak iols ubati ke??
Quote miskintegar 27-7-2021 11:55 AM
habis la kerandut dia tak mampu menghasilkan baka baka pewaris pemain
bola sepak
Quote ifanonline 27-7-2021 11:56 AM
bagi lelaki, nak elak cancer di kawasan kemaluan, especially testicle and prostate cancer, nak kena banyak bermasturbasi...at least once a day...
Quote ophillea 27-7-2021 11:57 AM
Tak handsome sesangat2 but kategori helokkk la...
Quote RNHNURHA 27-7-2021 12:00 PM
Kesiannyaaaa cepat sembuh
Quote mamajawie 27-7-2021 12:03 PM
dia ni chindian ea?muka herlok badan pun herlok..ahakssss..

*seb baik la laki aku xtau nickname aku sbab dia pun tak penah main forum..huhu
Quote miskintegar 27-7-2021 12:05 PM

amboiiii.......apa kekdah?
Quote miskintegar 27-7-2021 12:07 PM
ifanonline replied at 27-7-2021 11:56 AM
bagi lelaki, nak elak cancer di kawasan kemaluan, especially testicle and prostate cancer, nak kena  ...

ngesex je la....pakai tangan tak elok....melecet
Quote puanbintang 27-7-2021 12:15 PM
captain selangor..semoga cepat sembuh
Quote udangku 27-7-2021 01:06 PM
ifanonline replied at 27-7-2021 11:56 AM
bagi lelaki, nak elak cancer di kawasan kemaluan, especially testicle and prostate cancer, nak kena  ...

Semoga yang islam jangan guna pakai pulak nasihat ni
Quote helicornia 27-7-2021 01:09 PM
baca news ni semalam kat online paper. takut ye C ni, org yang aktif bersukan pun boleh kena. btw dia ni dah kawin ke

Lihat semua komen(53)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.096082 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top