Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Beribu Orang Tengok, Kembar Mati Ditembak Live Di Instagram

27-7-2021 10:36 AM Komen: 113
Brasilia: Dua gadis yang juga pasangan kembar dari Brazil maut selepas ditembak dan lebih mengejutkan, insiden itu disiarkan secara langsung menerusi Instagram (IG).

Daily Star melaporkan, rakaman video itu ditonton ribuan orang.

Mangsa yang kedua-duanya berstatus ibu dikenali sebagai Amalia dan Amanda Alves.

Mayat kedua-duanya ditemukan hanya beberapa jam selepas mereka ditembak mati di tepi jalan di belakang kompleks perumahan di Pacajus, di sini.


Foto: Agensi

Amanda meninggalkan seorang anak perempuan berusia tiga tahun sementara, adik kembarnya, Amalia yang baru bergelar ibu meninggalkan bayi lelaki berusia enam bulan.

Susulan kejadian, suspek iaitu remaja lelaki dikenali Mateus Abreu, 17, ditahan polis dalam keadaan berlumuran darah.

Rakaman video menunjukkan detik-detik mengerikan apabila pasangan kembar itu duduk melutut bersebelahan satu sama lain dekat jalan yang kotor.

Sebuah laporan mendedahkan pasangan kembar itu dipaksa mengikat rambut mereka.

Abreu kemudiannya didakwa mengacukan pistol ke belakang kepala mereka sebelum melepaskan tembakan.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa Brazil berhubung motif pembunuhan itu, akhbar tempatan Jornal de Braslia melaporkan mangsa dibunuh kerana mereka 'tahu banyak perkara' mengenai kegiatan pengedaran dadah tempatan.

Penduduk setempat menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan mayat di lokasi kejadian.

Akhbar Brazil Diario do Noreste dalam laporannya mendedahkan suspek kes itu pernah ditangkap sebanyak tujuh kali sebelum ini.

Tangkapan itu berkait dengan tuduhan memiliki senjata api, kecurian dan kecederaan badan yang tidak disengajakan pada 2020 dan tahun ini.

Insiden itu berlaku sebulan selepas kes empat beranak dibunuh dengan kejam di negara Amerika Selatan itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 113
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Whitepinkrider 6-8-2021 12:45 PM
rasa nak muntah weh

Lain-lain Komen

Quote Rumahakulawa 27-7-2021 10:40 AM
Kejamnua manusia
Quote naina 27-7-2021 10:42 AM
Mana videonya
Jahat sangat 17 tahun dah jadi gengster
Polis sana pon takkan takut dengan budak 17 tahun
Quote any42 27-7-2021 10:47 AM
kesiannya ank2. jahatnya umur 17 dah perangai ekstrem mcm tu
Quote matamata 27-7-2021 10:48 AM
Itu level ikan bilis je... Samada yg terbunuh atau yg membunuh... Yg level god father relaks ja minum laga cawan dgn geng2 gomen
Quote exuwan 27-7-2021 10:50 AM
Kejamnya pelaku tu.
Quote thetimes 27-7-2021 10:51 AM
Ya tuhan...seramnya.Kesian muda lagi.
Quote kyozsamurai 27-7-2021 10:52 AM
gilos....umur baru 17 thun tu
Quote Annaquinn009 27-7-2021 10:57 AM
giler budak ni
Quote cucuq 27-7-2021 11:01 AM
kejammnyaa umur 17 tahun dah buat kekejaman kt orang
Quote pikah89 27-7-2021 11:01 AM
Ya Allah huuuu
Quote KucingBisu 27-7-2021 11:01 AM
Weh seramnyaaa
Quote bictoria 27-7-2021 11:02 AM
ganasnya orang kat brazil
Quote uay 27-7-2021 11:03 AM
Aduiii...kejam sungguh
Quote Nnasda53 27-7-2021 11:04 AM
Moga dapat hukuman setimpal buat si pembunuh.
Quote Tinot7 27-7-2021 11:06 AM
Takziah kpd keluarga.

Quote pikah89 27-7-2021 11:17 AM
Allahu dah knapa tu
Quote Duriand24 27-7-2021 11:20 AM
Mmg di brazil dan latin america sgt mudah utk dptkan pistol. Well bisnes dadah pun mcm xterkawal.
Quote zacks 27-7-2021 11:21 AM
This IS BRASIL!
Quote OyenLemas 27-7-2021 11:21 AM
mcm mana laaa perasaan mak die tu {:cryrun

Lihat semua komen(113)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top