Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Selepas Disuntik Campuran Vaksin Sinovac Dan Astrazeneca

26-7-2021 09:48 AM Komen: 116
Thailand melaporkan kes kematian pertama melibatkan seorang wanita berusia 39 tahun yang dikaitkan dengan campuran vaksin Sinovac dan AstraZeneca, lapor akhbar Thaiger News, kelmarin.

Berita ini muncul ketika kerajaan sedang bersiap sedia meneruskan perancangan mencampur dua vaksin berbeza sebagai meningkatkan imuniti badan dalam mengekang penularan varian Delta di negara tersebut.

Berdasarkan bedah siasat ke atas mangsa yang mendapat vaksin campuran daripada Sinovac dan AstraZeneca, doktor telah mengesahkan bahawa punca kematian adalah disebabkan pembengkakan otak akibat darah beku.

Pengarah Kesihatan dan Kes Kecemasan untuk Jabatan Kawalan Penyakit,  Dr. Chawetsan Namwat mendedahkan laporan bedah siasat kepada umum berikutan kematian berlaku sehari selepas mangsa menerima vaksin campuran.


Dr. Chawetsan Namwat, Foto:NNT

Punca kematian rasmi adalah edema serebrum, iaitu ketika cecair berlebihan terkumpul di otak, akhirnya menyebabkan otak membengkak dan mampatan saluran darah otak.

Laporan bedah siasat bagaimanapun tidak menyatakan adakah ia dianggap sebagai kesan langsung daripada penerimaan vaksin, kesan sampingan atau insiden kesihatan semata-mata.

Wanita itu memang mempunyai masalah darah tinggi namun doktor di pusat vaksinasi memaklumkan mangsa dan suaminya bahawa vaksin itu masih selamat serta sesuai untuknya.

Suami mangsa turut  mendapat campuran yang sama dengan satu dos Sinovac dan satu dos AstraZeneca namun hanya mengalami sedikit ketidakselesaan selepas itu.

Tindakan mencampurkan vaksin sudah menjadi isu yang dipandang serius Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) apabila menyatakan penentangan pada awalnya.

WHO kemudiannya melembutkan pendapat dengan mengatakan bahawa individu tidak boleh memilih campuran vaksin mereka tanpa panduan perubatan profesional.

Pusat Kawalan dan Penyakit Berjangkit dan Kementerian Kesihatan Awam Thailand akan membuat siasatan lanjut berkenaan laporan bedah siasat bagi menentukan sama ada tindakan campuran vaksin membawa masalah atau memberi lebih banyak kebaikan. 

Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha baru-baru ini mengarahkan kajian lebih menyeluruh dibuat berkenaan keberkesanan campuran dua vaksin berbeza iaitu Sinovac dan AstraZeneca. C CARI

Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 116
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote AnnaSendin 31-7-2021 11:36 PM
Kekdah sinovac dengan AZ lain kak oiii. Sinovac ikut kekdah tradisional, AZ urban. Mana nak seiringan.

Lain-lain Komen

Quote Firenzza 26-7-2021 09:52 AM
Bkn salah beksin la dia mmg ada sdkit otak
Quote ninja9 26-7-2021 09:54 AM
Jangan ada lagi yang memandai-mandai yer. Cukuplah satu kes ni jadi panduan..

Orang ingat barangkali bila campur vaksin akan menguatkan lagi immune sistem, tetapi jangan dilupakan potensi untuk kesan buruk vaksin ini juga boleh diperbesarkan juga. Sudahlah satu jenis sahaja dah ada yang mati kena kesan sampingan apalagi dua jenis....
Quote sidewinder 26-7-2021 09:57 AM
ni akan dijadikan modal besar kepada golongan2 antivaksin  
Quote noor2 26-7-2021 09:59 AM
Siapa yg suggest dia ambil mcm tu....yg menyuntik tu x nasihat ke...( akak baca tajuk je)
Quote nakkomenjugak 26-7-2021 10:09 AM
Lady tu da ada darah tinggi. Suami dapat vaxx gabung sama tapi takde efek kuat... hmmm
Quote damian_lee 26-7-2021 10:13 AM
my dad lepas cucuk vaccine mengalami demam yang sangat teruk
badan panas on off ... kadang dia sejuk menggeletar gila .....

sampai dia macam tak tahan gila
call adik dia minta tolong jaga anak2 if anything terjadi kat dia ...

pegi clinic pun doctor cuma kata sebb vaccine
at least seminggu akan demam katanya .....

xsure la lepas ni nak suruh amik cucuk yang kedua ke tak ......
dah la cucukan seterusnya dalam 2 minggu lagi

sekarang ni pun dia masih lemah ....
nak jalan lama2 pun xlarat ....
Quote ElizabedahTan 26-7-2021 01:25 PM
noor2 replied at 26-7-2021 09:59 AM
Siapa yg suggest dia ambil mcm tu....yg menyuntik tu x nasihat ke...( akak baca tajuk je)

AZ memang la sissss. US pun x approved.

Quote noor2 26-7-2021 01:34 PM
ElizabedahTan replied at 26-7-2021 01:25 PM
AZ memang la sissss. US pun x approved.

Serius....habis yg rakyat kita dah bnyk cucuk  tu
Quote ElizabedahTan 26-7-2021 01:36 PM
noor2 replied at 26-7-2021 01:34 PM
Serius....habis yg rakyat kita dah bnyk cucuk  tu

US FDA tak approved AZ siss. US Moderna n Pfizer. Yg byk di UK....Oxford kan sissss?

Quote manzilla 26-7-2021 01:38 PM
sidewinder replied at 26-7-2021 09:57 AM
ni akan dijadikan modal besar kepada golongan2 antivaksin

Mana ada jadi modal. Ini hanyalah insiden kesihatan semata-mata. Miss V maksum.

"Laporan bedah siasat bagaimanapun tidak menyatakan adakah ia dianggap sebagai kesan langsung daripada penerimaan vaksin, kesan sampingan atau insiden kesihatan semata-mata."
Quote noor2 26-7-2021 01:38 PM
ElizabedahTan replied at 26-7-2021 01:36 PM
US FDA tak approved AZ siss. US Moderna n Pfizer. Yg byk di UK....Oxford kan sissss?

Harap rakyat kita yg terima semua ok utk AZ...naya rakyat dpt kerajaan tolo
Quote ElizabedahTan 26-7-2021 01:42 PM
noor2 replied at 26-7-2021 01:38 PM
Harap rakyat kita yg terima semua ok utk AZ...naya rakyat dpt kerajaan tolo

jangan campor sis.

Quote noor2 26-7-2021 01:43 PM
ElizabedahTan replied at 26-7-2021 01:42 PM
jangan campor sis.

Idakkkk...esok akak injek second dose sinovac
Quote shamsadis 26-7-2021 01:51 PM
so, manusia jadi ujian klinikal ke? biasa kalau manusia mahu dijadikan bahan ujikaji, dia akan dibayar, yang ni kira free lah untung company vaksin
Quote manzilla 26-7-2021 01:52 PM
shamsadis replied at 26-7-2021 01:51 PM
so, manusia jadi ujian klinikal ke? biasa kalau manusia mahu dijadikan bahan ujikaji, dia akan dibay ...

Bukan ujian klinikal, itulah tawakal namanya...
Quote fair_iza 26-7-2021 01:57 PM
damian_lee replied at 26-7-2021 10:13 AM
my dad lepas cucuk vaccine mengalami demam yang sangat teruk
badan panas on off ... kadang dia seju ...

Rasanya boleh tolak kut. Daripada tambah mudarat.
Quote ElizabedahTan 26-7-2021 02:07 PM
noor2 replied at 26-7-2021 01:43 PM
Idakkkk...esok akak injek second dose sinovac

semuga dipermudahkan pakai mask 2 lapis taw siss!
Quote melinda_kerr 26-7-2021 02:34 PM
Scary gila takyhala duk campur2
Quote ilacantik 26-7-2021 02:48 PM
Baca kat berita Arab Saudi, kalau yg ambik Sinovac kena complete 2 shots, lepas tu kena cucuk booster shot from Pfizer, Moderna, Az atau J&J untuk sesiapa yg nak buat umrah start bulan Ogos nanti.
Pendapat meols, orang yg betul2 kuat sahaja yg akan menang battle dgn vaksin dan virus ini. Jadi kawan2, jagalah diri dan keluarga masing2 dari marabahaya ini.

Lihat semua komen(116)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top