Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ini Penjelasan Nadir Mengenai Sumbangan RM20 Juta, Puas Hati?

24-7-2021 03:21 PM Komen: 987
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman tampil memberi penjelasan mengenai duit sumbangan sebanyak RM20 juta yang digembar-gemburkan sejak kebelakangan ini.

Perkara itu diperjelaskan dalam Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook Terkini dan Sensasi Palestin, pada Sabtu.


Kredit foto: IG Nadir

"Duit RM20 juta itu bukan disumbangkan pada setiap tahun. Bukan setiap tahun kita dapat RM20 juta.

"Bila disebut ada perang, dapat RM20 juta. Perang itu tidak berlaku setiap tahun. Jadi, macam mana boleh dapat RM20 juta itu setiap tahun?

"Duit RM20 juta bukan diuruskan oleh CGM sahaja, tetapi ia sebenarnya dikutip oleh 20 badan bukan kerajaan (NGO) anak-anak muda yang telah berpuluh-puluh tahun dalam kerja-kerja kebajikan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pertikaian ke mana perginya duit mencecah RM20 juta memandangkan ia merupakan sumbangan orang ramai menerusi misi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.



Sehubungan itu, Nadir menyifatkan tuduhan itu sebagai tuduhan yang salah.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
4
0
0
Komen: 987
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote depresio 1-8-2021 05:50 AM
LadyCarefree replied at 27-7-2021 06:32 PM
Teruknya.

Tadi I tengok yg nizznina noh live dgn Nadir then tetiba bunyi bom.

Org tgh live ms tu tipu apa nya.. dasar bebal betul penyokong dewa sayu

Lain-lain Komen

Quote meteorspeed 24-7-2021 02:00 PM
Yap.. Semua lengkap.. Tetbaik
Quote evolutionary 24-7-2021 02:05 PM
Yg pertubuhan pentaksub dah bagi laporan belun kepada umum?
Quote JunkMail 24-7-2021 02:06 PM
Tu takyah laporan. Menangis.je cukup.. semua org redha.
Quote ekod79 24-7-2021 02:09 PM
Tomahan dihujah dengan fakta dan data berekod, bukan cerita sayu mayu giteww
Quote tunangku 24-7-2021 02:10 PM
ada sinopsis tak
semalam nampak iklan ni kat ig heliza
Quote allshares 24-7-2021 02:18 PM
Mcmni la baru betul, takde nk kait mak bapak bini anak tangisan cerita kena maki ape smeua. Keluarkan fakta je.
Quote rayray28 24-7-2021 02:19 PM
nak tengok pengkomen2 kt ig fb smlm yg dok sebut tunjuk bukti tunjuk akaun 20 juta 20 juta..takat hari ni x ternampak lagi komen2 berkokok tu
Quote Oroi8887 24-7-2021 02:20 PM
Ni yg bagus, isi dengan fact, tade drama airmata
Quote bungarose 24-7-2021 02:21 PM
Tt bley letak video pc el dan nadir dalam nih
Bley buat perbandingan
Soalan dan jawapan
Quote MissVixen 24-7-2021 02:21 PM
Terbaikkk. Tahniah saudara saudari semua. Semoga dipermudahkan urusan.
Quote misc 24-7-2021 02:23 PM
Aku follow live tadi. Mmg jelas penerangannya. Waktu Azan zohor pun dorang pause jap bagi laluan Azan.
Quote zehra2 24-7-2021 02:23 PM
berani kerana benar
Quote kembarsiti 24-7-2021 02:24 PM
JunkMail replied at 24-7-2021 02:06 PM
Tu takyah laporan. Menangis.je cukup.. semua org redha.

Maafkan semua orang yang x mintak maaf, settle. Audit2 ni boleh edit. Hahahahahaha pentaksub2. Kate bodoh kang marah.
Quote ElizabedahTan 24-7-2021 02:24 PM
Edited by ElizabedahTan at 24-7-2021 02:51 PM

Simple, jelas x de pon drama air mata, air hingus main psikologi buat drama sinetron bagai khennn?




Quote makiting 24-7-2021 02:25 PM
Tahniah semua.. moga Allah tunjukkan lg kebenaran. Walau manusia tiada yg perfect tapi sekurang2 nya tidak menipu demi kepentingan diri.. kesian rakyat dah teruk kena tindas, kena tipu .. kali ni moga rakyat bukak mata utk isu2 negara juga. Kami nak fakta dan penjelasan sebegini..
Quote tukul 24-7-2021 02:27 PM
allshares replied at 24-7-2021 02:18 PM
Mcmni la baru betul, takde nk kait mak bapak bini anak tangisan cerita kena maki ape smeua. Keluarka ...

Ada jugak nadir selit...bini suruh beli rumah...haha
Quote tukul 24-7-2021 02:28 PM
misc replied at 24-7-2021 02:23 PM
Aku follow live tadi. Mmg jelas penerangannya. Waktu Azan zohor pun dorang pause jap bagi laluan Aza ...

Betul...facts clear...documented...i siap ambil calculator buat kiraan
Quote tukul 24-7-2021 02:29 PM
Dan nadir pun akhuri dgn ayat maaf memaafkan... Alhamdulillah...
Quote sarah82 24-7-2021 02:30 PM
Sambil hembus kuku.. Aku tersenyum puasssss.. Setahun kes arwah Pak Aq.. Akhirnya..

Semoga lepas ni penyembah2 belajar membaca dan membuat kajian sebelum menghina org2 sekeliling yg tak dikatakan membantu.

Lihat semua komen(987)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top