CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Warga Emas Kumpul Sampah Demi Anak Malas Kerja

23-7-2021 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3505| Komen: 30

Description: Sepasang suami isteri warga emas menghabiskan masa selama 10 tahun mengumpul sampah sarap kerana anak lelaki mereka berusia 40-an enggan bekerja.
Sepasang suami isteri warga emas menghabiskan masa selama 10 tahun mengumpul sampah sarap kerana anak lelaki mereka berusia 40-an enggan bekerja.

Kisah pasangan suami isteri itu dilaporkan media Korea Selatan, SBS yang menunjukkan bagaimana Choi, 75, berasal dari Gwangju menjadikan rumah dua tingkatnya sebagai ‘pusat pengumpulan sampah’.


Rumah Choi sebelum dibersihkan. - AGENSI

Setiap genap ruang di rumah itu ditimbuni sampah termasuk di bahagian balkoni sehingga laman rumah.

Wartawan SBS yang pergi ke rumah pasangan suami isteri itu juga mempunyai kesukaran untuk masuk memandangkan pintu utamanya tersekat dengan sampah.

Namun, sebaik masuk ke dalam kediaman itu, bau busuk mula menerpa dan bagi Choi serta keluarganya, bau itu tidak lagi menjadi isu.

Jelas Choi, sikap pemalas anaknya menyebabkan dia mempunyai tabiat mengumpul sampah yang dianggapnya ‘boleh digunakan jika memerlukan pada sesuatu masa’.

Katanya, anak lelakinya kini mempunyai masalah obes kerana asyik tidur dan makan sehingga beratnya mencecah lebih 100 kilogram.


Keadaan di dalam rumah Choi yang dipenuhi sampah sarap. – AGENSI

“Puas saya dan isteri menyuruhnya (anak lelaki) bekerja, namun sehingga kini, dia asyik tidur dan makan.

“Saya kumpul sampah kerana kami tidak mahu anak kami hidup susah selepas kami tiada kerana banyak barangan yang dibuang masih boleh dipakai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Choi dinasihatkan supaya membersihkan rumahnya dan membuang semua sampah yang dikutip kerana isterinya mengalami masalah jantung dan perlukan persekitaran bersih.

Sehubungan itu, sebanyak 226 petugas dan sebuah jentera berat digunakan untuk membantu Choi membersihkan rumahnya daripada timbunan sampah.


Rumah Choi selepas dibersihkan. – AGENSI

Selepas rumahnya dibersihkan, Choi menangis kegembiraan dan menyatakan, dia sanggup buat apa sahaja asalkan isterinya sihat dan dia berjanji untuk tidak mengutip sampah lagi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-7-2021 06:53 PM
Elok mati la anak tu
Quote bakingsoda 23-7-2021 06:59 PM
harap anak tu termasuk dlm timbunan sampah yg dibuang
Quote gigahertz 23-7-2021 07:15 PM
shernazz: Elok mati la anak tu

xde ke pengarah korea nak buat film pasal ni
Quote imransulaiman 23-7-2021 07:16 PM
Buang anak tu sekali boleh tak? Biarkan mereput di pusat pelupusan sampah.
Quote glump 23-7-2021 07:18 PM
Nielah sayang anak Tak bertempat..Kat mana2 pun ada
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 07:25 PM
moga anaknya dibuang sekali.
Hilang sudah bebanan 100+kg dibahu mak ayah nya
Quote alieyrina 23-7-2021 07:44 PM
Depa memg mcm tu..anak2 x menjadi, diri sendiri yg akan dipersalahkan sb x mampu bg hidup yg baik ke anak
Quote Belibis 23-7-2021 08:16 PM
Sampah terbesar yang dia simpan adalah anaknya sendiri.petugas tak perasan agaknya.
Quote Jitu 23-7-2021 10:20 PM
anak jenis apa mcm ni teruknya
Quote rain2169 23-7-2021 10:53 PM
anak dia yang gemok kat tengah tu ke? yg pakai spec tu ek....
laaaaa kalu aku cakap gemok cam ba alif ba ....... ko marah....
kerja makan tido makan tido je?
Quote r_innalif 24-7-2021 12:48 AM
Boleh cr kt ytube channel psl sukarelawan kt korea yg bantu ni. Seronok. Byk2 kes2 rare mcmni diorg bantu. And case ni antara paling menarik tengoknye.. lupe nama channel dia. Ada yg kisah adik laki dia duk bwh jmbatan bpuluh tahun la. Kisah ommoni ni dduk dgn bpuluh2 anjing la.
Quote Adrif 24-7-2021 11:46 AM
kat Malaysia pun pernah ada kes macam ni
tapi lain ye. mula2 kita ingatkan macam cerita atas ni la, mak bapak tua bela biawak hidup
rupanya lepas siasat, bukan. kesian budak gemok tu kena fitnah, hahah

mak bapak dia ni ada masalah hoarding. suka kutip barang, simpan kat rumah banyak.
sampai penuh melimpah ruah rumah diorang dengan barang2 lama.
kat luar rumah pun penuh dengan kayu, atap zinc karat, macam-macam.

anak dia dulu kerja, tapi lepas ada kejadian ular masuk, dia takut nak tinggalkan mak bapak kat rumah berdua. ular tu sampai sekarang tak jumpa lagi. tak tau dia sorok celah mana. entah2 dah bertelur buat sarang celah-celah barang buruk tu.

asal dia kemas rumah, buang barang, mak bapak bawak lagi 10 barang balik.
penat dah nasihat, bergaduh. tak jalan.

nak buat camane.. panggil orang, upah selongkar rumah.
barang buruk buang, yang mana boleh kitar semula, asingkan,
yang elok lagi, jual kat besi buruk. dapat la singgit dua.
selebihnya, kayu-kayu reput lama tu, bakar. sekali dengan kain baju reput.

last2 mak bapak tu dinasihatkan untuk pergi khidmat kaunseling kat klinik kesihatan.
budak tu pun kena sekali sebab bertahun duduk dengan parents macam tu, takde kerja, takde kawan, dia pun separuh mental. kesian jugak.
Quote Artemesiaa 24-7-2021 11:51 AM
Hoarders ni selalunya punca dari ada masaalah metal salurkan masaalah yang dihadapinya dengan menghimpun sampah.  
Quote airmineral 24-7-2021 03:33 PM
wahhh aku da tgk da pasal ni kt utube sebelum2 ni

kalau korg nak tengok rumah2 lain yg byk sampah, korg try tengok channel Clean Avengers.
Quote cmf_premierleag 24-7-2021 03:43 PM
dah le hoarder
pastu ada mslh obese  lebih 100kg
keje makan tido je
patutnya dr kecik lg parents ko tanam ko idup2
Quote gorjeous 24-7-2021 04:24 PM
Sendiri yg suka kumpul sampah... anak yg di salahkan..
Quote batmana 25-7-2021 11:03 AM
Tu sebabnya kebersihan tu sebahagian dari iman....
Quote I.K.A888990 25-7-2021 11:31 AM
kesian tgk org tua ni
yg anak pn xkan la xboleh nk tlg sikit pun
Quote jiwasemangat 25-7-2021 11:54 AM
..kesian mak bapak.. kena warning agak nya.. dengan anak dia

Lihat semua komen(30)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.417096 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top