CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Atlet Judo Algeria Tarik Diri Enggan Berdepan Atlet Israel

23-7-2021 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2623| Komen: 24

Description: Atlet judo Algeria, Fethi Nourine menarik diri daripada Olimpik Tokyo sebelum bertanding apabila undian meletakkan kemungkinan untuk dia bertemu pencabar dari Israel.
Atlet judo Algeria, Fethi Nourine menarik diri daripada Olimpik Tokyo sebelum bertanding apabila undian meletakkan kemungkinan untuk dia bertemu pencabar dari Israel.

Nourine dijadual berdepan atlet dari Sudan, Mohamed Abdalrasool pada pusingan pertama dan mungkin bertemu atlet dari Israel, Tohar Butbul di pusingan seterusnya, lapor AFP.



Bercakap kepada stesen televisyen Algeria, Nourine menyatakan sokongan politiknya kepada Palestin menyebabkan amat mustahil untuk dia bertanding menentang atlet Israel.

"Kami bekerja keras untuk ke Olimpik... tetapi isu Palestin lebih besar daripada ini semua," katanya yang menegaskan keputusan itu muktamad.

Ini bukan kali pertama Nourine menarik diri daripada pertandingan untuk mengelak bertemu atlet Israel selepas dia turut mengambil tindakan sama pada kejuaraan dunia 2019 di Tokyo.

Atlet judo dari Iran juga turut dikritik atas keengganan mereka menentang atlet dari Israel.


Sumber: BH Online
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lurve82 23-7-2021 06:40 PM
Apesal ko tarik diri? Masa ni la nk judo kaw2 israel tu…xkan la sblm dtg xtahu israel pun ada?
Quote Skuau 23-7-2021 06:51 PM
lurve82 replied at 23-7-2021 06:40 PM
Apesal ko tarik diri? Masa ni la nk judo kaw2 israel tu…xkan la sblm dtg xtahu israel pun ada?


kan..ada peluang ko 'baling' dia ke lantai x nk plak...belakang...jd pakcik bawang....
Quote dua_chzy 23-7-2021 07:03 PM
Bila kau mix hal personal dengan profesional.
Quote mbhcsf 23-7-2021 07:10 PM
wow i hormati prinsip dia.

dia letakkan prinsip dari kesukanan nombor 2, wow i must say i respect dialah sebab isu paletine isu kemanusiaan , yes .  okay. wow.

okaylah dia punya pendirian.

tapi kalau dia ambik peluanng belasah untuk kesukanan pun bagus jugak.

Quote nakkomenjugak 23-7-2021 07:26 PM
Takpe, belasah je atlet yesrael tu kat gelanggang.
Quote makneng 23-7-2021 07:32 PM
Laaa susah mcm ni bro..patut kau teruskan judo muka atlet yisroel tu dah alang2 kau pun dah training beria.. Entahlah bro.
Quote kelapaparut 23-7-2021 07:49 PM
sbb israel ni bukan negara, kalau lwn dgn israel scr otomatik kite akan iktiraf israel sbg sebuah negara, btul jugak tindakan atlet algeria ni
Quote sambaldurian 23-7-2021 08:01 PM
la lg la israel tu menang tanpa bertanding. klu bkn pusingan kalah mati pun , cth klu berlawan2. pusingan akhir jumpa balik israel. nk tarik diri jgk ke. x fhm kita ke rs diri akn kalah so malu la klu kalah ngan israel
Quote SalenaGomez 23-7-2021 08:34 PM
mbhcsf replied at 23-7-2021 07:10 PM
wow i hormati prinsip dia.

dia letakkan prinsip dari kesukanan nombor 2, wow i must say i respect ...

Maybe dia jijik ada skin contact with ishhrahell
Quote VioletsAre_Blue 23-7-2021 11:02 PM
Rugi la, patutnya dibaling atlet judo tu sampai patah pinggang
Quote stingerspike 23-7-2021 11:30 PM
mbhcsf replied at 23-7-2021 07:10 PM
wow i hormati prinsip dia.

dia letakkan prinsip dari kesukanan nombor 2, wow i must say i respect ...

Bacul sebenarnya bukan soal prinsip..period

Dah org yang kau benci didepan muka kau on a level playing field...masih nak sebut pasal prinsip?

Belasah aja la bodoh....dasar bacul..
Quote stingerspike 23-7-2021 11:31 PM
dua_chzy replied at 23-7-2021 07:03 PM
Bila kau mix hal personal dengan profesional.

Bacul....period
Quote Punat_button 24-7-2021 12:57 AM
gigih juga nak jalan2 Tokyo

sukan kat kampung ko ja sudah confirm tak kena lawan israel.

Quote sharlenetexas 24-7-2021 01:04 AM
dua_chzy replied at 23-7-2021 07:03 PM
Bila kau mix hal personal dengan profesional.

Tapi US pernah boikot Moscow 1980 dan Rusia boikot LA 1984.
Quote supernaturalee 24-7-2021 08:57 AM
sharlenetexas replied at 24-7-2021 01:04 AM
Tapi US pernah boikot Moscow 1980 dan Rusia boikot LA 1984.

Malaysia pun sm kn

Quote dua_chzy 24-7-2021 09:35 AM
Edited by dua_chzy at 24-7-2021 09:39 AM
sharlenetexas replied at 24-7-2021 01:04 AM
Tapi US pernah boikot Moscow 1980 dan Rusia boikot LA 1984.


Adakah ia anynomously keputusan semua atau sekerat yang terlalu emo saja? I

Btw karna ia melibatkan 1 negara ai think ni a bit better? Daripada seorang individu saja? Ko tanak jumpa atlit Israel atau boikot habis Israel, baik jangan participate dalam sebarang competition/tournament yang ada Israel.
Quote J4I 24-7-2021 05:56 PM
mbhcsf: wow i hormati prinsip dia.dia letakkan prinsip dari kesukanan nombor 2, wow i must say i respect dialah sebab isu paletine isu kemanusiaan , yes .  ok ...


That sounds kinda dumb though. Dia tarik diri tu bukan ke dah bagaikan biar israel menang macam tu saja? Dan kalau dia menang, dah boleh harumkan nama palestin dah.
Quote mbhcsf 24-7-2021 06:11 PM
J4I replied at 24-7-2021 05:56 PM
That sounds kinda dumb though. Dia tarik diri tu bukan ke dah bagaikan biar israel menang macam  ...

well, dia atlet algerian, we could only speculate as to why

i respect his principe makna kata di aguna otak dia instaed of amarah untuk tarik diri

on the surface memang nampak dumb kalau dia egocentric - habislah rekod peribadi aku in this if tarik diri olimpik lak tu, dia tak berpeluang harumkan nama negara dia

ini nampak rugi yg nyata tapi pad ai bila aqal digunakan dia letakkan kemnausian dan prinsip atas dari kepentingan dia ,  in fact dia tak nak pun belasah org tu atas niat yg bukan kesukanan malah dendam ke gitu - kalau i belasah je cukup2 , org may be anggap dia bacul. lagi satu kalau dia lawan  seperti forumner tu ata
diaiktiraf israel as negara/

pada i makhluk yg guna akal instead of emosi and layers of though apabila melihat sesuatu tu makna kata dia matang.

so i tak nak lah kata dia bodoh ke bacul atau tak profesional ke.

tapi ini pun kita tak taya dia sebab apa  so kita made assumptions berdasarkan apa yg dibaca , i buat assumption i macam ni  aje ni.


Quote wirazam 24-7-2021 10:07 PM
lurve82 replied at 23-7-2021 06:40 PM
Apesal ko tarik diri? Masa ni la nk judo kaw2 israel tu…xkan la sblm dtg xtahu israel pun ada?

Kan...masa ni lah ko boleh dpt semangat luarbiasa nak benamkan ..hahaha..ala aka rasukan mcmtu...patutnya atlit Israel yg gentar

Lihat semua komen(24)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-10-2021 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.090385 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top