CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Jururawat Suntik Vaksin Kosong Dikenakan Tindakan Tatatertib

23-7-2021 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3995| Komen: 33

Description: Sebanyak 13 laporan polis berhubung isu vaksinasi dibuat orang ramai.
Sebanyak 13 laporan polis berhubung isu vaksinasi dibuat orang ramai.

Bagaimanapun, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, isu itu tidak mempunyai kaitan dengan sindiket penjualan janji temu vaksinasi.


Kredit foto: The Star

"Ada kes yang disiasat berhubung penjualan vaksin tetapi polis telah maklumkan kepada saya bahawa setakat ini tiada kaitan dengan kes vaksinasi," katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurutnya, di antara laporan polis berkenaan, terdapat kes suntikan kosong tanpa vaksin dan ketidakpastian petugas dalam pemberian vaksin.

"Bagi kes suntikan kosong tanpa vaksin, ia berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang mana jururawat mengaku telah berlaku kecuaian disebabkan keletihan yang dihadapinya," katanya.

Beliau berkata, surat amaran telah diberikan kepada jururawat tersebut oleh Panglima Tentera Darat disebabkan jururawat itu bertugas di kem tentera.

"Jururawat berkenaan juga akan melalui proses tatatertib di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Khairy berkata, dua kes ketidakpastian dalam pemberian suntikan vaksin dikesan di PPV Banting, Selangor dan Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

"Dos tambahan telah diberikan kerana berlaku sedikit kekeliruan daripada petugas kesihatan sama ada dos yang diberikan sempurna atau tidak," katanya.

Menurutnya, terdapat juga laporan polis dibuat penerima vaksin susulan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan selepas mendapatkan suntikan.

"Saya nak beritahu, kesan sampingan vaksin adalah berbeza bagi setiap individu.

"Saya sendiri tidak mendapat apa-apa kesan sampingan daripada vaksinasi tetapi oleh kerana suntikan dibuat secara langsung dan dipaparkan, saya rasa tidak ada tuduhan vaksin kosong.

"Ada yang dapat vaksin terima kesan sampingan dan ada yang tidak merasa kesan sampingan," katanya.


Kredit foto: BERNAMA

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, orang ramai dibenarkan untuk membuat rakaman video sewaktu menerima suntikan vaksin Covid-19 sekiranya terdapat sebarang isu.

"Ia (rakaman video) adalah kebenaran daripada saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

"Saya harap ia berakhir di sini kerana kita tidak mahu petugas kesihatan terganggu dengan isu ini sejak dua, tiga hari kebelakangan ini," katanya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuri154 23-7-2021 05:32 PM
So bole ambik bideo la pasni
Quote zuri154 23-7-2021 05:33 PM
Jadi pasni bole la ambik bideo masa disuntik
Quote Babai 23-7-2021 05:34 PM
Apa tindakan yang dia kena? Takde cakap pun.
Quote irish_ieka 23-7-2021 05:41 PM
ape tindakan die dpt? org cmtu pengkhianat negara patut buang je. tah ape lg bende merepek die buat
Quote edayildiz 23-7-2021 05:45 PM
dh vaksin smlm..i x amik video tp i tgk la saat dicucuk tu
Quote dua_chzy 23-7-2021 05:49 PM
Tindakan tatatertib = warning.

Tu je. Nama je cam gempak. Hakikatnya weol gomen jaga gomen.
Quote exclusive_vvip 23-7-2021 06:04 PM
I pulak xmo bideo..biarlah..kang amik bideo, takut kang bila tgk balik, dok x dok i jadi was2 pulak..padahal petugas dah jab betol2..
Quote belilies 23-7-2021 06:07 PM
Tapi nurse tu keletihan kan? Kesian dikenakan tatatertib
Quote green~tea 23-7-2021 06:10 PM
Ada kaitan ke tak ni dgn kes doctor contract resign tetiba? Kot la lari dari kena tindakan...
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 06:15 PM
haihhh macam2..
Quote mbhcsf 23-7-2021 06:28 PM
i maafkan dia sebab dia letih cuma KKM atau hsopital tentera ni kena buat pantauan lah kot . Kena bagi tindakan tatatertib yg sewajarnyalah.



sebab dah buang kos, tenaga dan masa .


Quote Artemesiaa 23-7-2021 06:49 PM
green~tea replied at 23-7-2021 06:10 PM
Ada kaitan ke tak ni dgn kes doctor contract resign tetiba? Kot la lari dari kena tindakan...

Tak ada kena mengena dua kes yang berbeza.  Doktor2 tu yang di spital bukan yang dari tempat pemberian vaksin.
Quote kads 23-7-2021 07:35 PM
Babai replied at 23-7-2021 05:34 PM
Apa tindakan yang dia kena? Takde cakap pun.

Biasa first step tindakan tatatertib adalah warning. Walaupun warning je, tapi rasanya masuk dlm buku servis nurse tu which may affect kenaikan pangkat, gaji etc
Quote mikasa 23-7-2021 07:40 PM
Sudah tentu laa akan diambil tindakan walaupun apa2 alasan. Ni kes dah viral satu dunia. Malu pengarah yang handle vaksin bila satu dunia tahu. Ni  kes yang kantoi.

Yang terlepas aku pasti berjuga jugak
Quote Firenzza 23-7-2021 07:53 PM
dua_chzy replied at 23-7-2021 05:49 PM
Tindakan tatatertib = warning.

Tu je. Nama je cam gempak. Hakikatnya weol gomen jaga gomen.

Gomen mmg susah nak ambil DI, even x dtg keja sebulan pun kena keluar notis kt sotkabar suh masuk keja balik
Quote zacks 23-7-2021 07:58 PM
kads replied at 23-7-2021 07:35 PM
Biasa first step tindakan tatatertib adalah warning. Walaupun warning je, tapi rasanya masuk dlm b ...

Tapi setakat tu ja la.

Nurse tu boleh buat rayuan pun utk batalkan tatatertib tu.

Paling koman gaji tak naik setahun tu ja la.
Tak boleh kena buang pun unless terlibat kes dadah, masuk jel walau sehari.

Bestnye keja gomen (tetap & sah jawatan).

Yg kontrak jgn buat hal noo? Bila2 boleh kena terminate.
Quote Tinot7 23-7-2021 09:09 PM
belilies replied at 23-7-2021 06:07 PM
Tapi nurse tu keletihan kan? Kesian dikenakan tatatertib

Iols pun kesian sbb dia keletihan..
Tapi patutnya dia dibenarkan amik rehat kalau letih. Kesilapan voley berlaku bila org letih.
Quote belilies 23-7-2021 09:15 PM
Tinot7 replied at 23-7-2021 09:09 PM
Iols pun kesian sbb dia keletihan..
Tapi patutnya dia dibenarkan amik rehat kalau letih. Kesilapa ...

Tak cukup staf kot.. atleast inform supervisor lah kan instead of viral, kan dah kacau periuk nasi org

Lihat semua komen(33)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.089294 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top