CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Guru Nak Cabar Peraturan Sekolah Tak Benar Cuti Lebih Sehari Sambut Aidiladha

23-7-2021 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1261| Komen: 9

Description: Beberapa guru Muslim di sebuah sekolah di tenggara England terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Beberapa guru Muslim di sebuah sekolah di tenggara England terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Metro melaporkan, kejadian itu berlaku di Sekolah Arbour Vale di Slough, baru-baru ini.

Kumpulan guru tersebut dibenarkan mengambil cuti bergaji sehari sahaja untuk menyambut Aidiladha kerana kebanyakannya sudah menggunakan cuti tahun untuk Hari Raya Aidilfitri.


Kredit foto: AFP

Sehubungan itu, kumpulan guru berkenaan cuba mencabar peraturan tersebut, namun mereka perlu melakukannya secara berhati-hati memandangkan sekolah terbabit turut memperkenalkan satu lagi polisi baharu yang menyatakan guru tidak dibenarkan bercakap atau memberi sebarang kenyataan kepada media.

“Saya akan perjuangkan isu ini dan saya akan bersuara. Ini bukanlah soal dibayar gaji atau tidak, tetapi lebih kepada isu berkaitan prinsip. Mereka tidak mahu faham atau ambil tahu,” kata seorang daripada guru tersebut.

Setiausaha kesatuan kerja Slough, Anthony Bardose berkata, dipaksa bekerja pada hari perayaan amat tidak munasabah.

Katanya, perayaan perlu diraikan dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, bukannya secara terpaksa dan dalam keadaan tertekan.

Beliau juga mengkritik polisi baharu sekolah tersebut yang melarang guru daripada bercakap kepada media.

“Mereka (pihak sekolah) sengaja mewujudkan polisi ini supaya golongan guru takut untuk bersuara, sekali gus mendiamkan perkara yang tidak sepatutnya,” ujarnya.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 23-7-2021 03:24 PM
Kat sini pun sehari apedehal..kecuali negeri serambi lah
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 03:34 PM
raya korban sana berapa hari cuti? sebelum kes ni la
Quote CatMiow 23-7-2021 03:41 PM
Senang je,  kurangkan cuti aidilfitri,  lebihkan cuti aidiladha. Jgn la nak abuse cuti.  Kang nama muslim juga yg buruk.
Quote mama_neko 23-7-2021 04:54 PM
malaysia pun cuti sehari ja... -_____-
Quote dua_chzy 23-7-2021 05:42 PM
Raya haji ni macam hari biasa ja kat tempat aku. Culture shock aku bila tahu di Semenanjung setaraf raya Aidilfitri meriahnya.
Quote axl_bach 23-7-2021 05:59 PM
Kalau peraturan tu just level sekolah jer mmg wajarlah dilawan....tp kalo tu mmg national punya dasar xkan nak lawan plak...

Quote Beribear 24-7-2021 12:19 AM
Eh kat Malaysia bukan seminggu ke cuti raya haji ni? Adik iolss still tak start pdpr lg. Hari isnin baru start. Kalau paling sikit pon 2 hari sbb kat kalendar 2 hari cuti aidiladha
Quote sambaldurian 24-7-2021 12:24 AM
ak x fhm , ke cikgu2 tu yg abes annual leave , so terpaksa guna unpaid leave. klu mmg annual leave dh habis, standard la kena guna unpaid leave. klu ada lg annual leave apsal x boleh guna pulak. yg tu fight la. mcm pelik je.suka hati la nk guna annual leave bila2 masa, 2-3 hari.
Quote nur123 25-7-2021 11:00 AM
Beribear: Eh kat Malaysia bukan seminggu ke cuti raya haji ni? Adik iolss still tak start pdpr lg. Hari isnin baru start. Kalau paling sikit pon 2 hari sbb kat  ...


Takde pdpr sebab ni cuti mid semester kalau xsilap

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.080892 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top