Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

“Rilek Guys, Saya Ok Je. Kita Kerja NGO Ni Semua Ada Hitam Putih,"-Nadir Jawab Persoalan

23-7-2021 12:16 PM Komen: 93
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini memuatnaik bebarapa keping gambar di laman Instagram miliknya berserta kapsyen yang seolah-olah menjawab persoalan ditujukan kepadanya.

Menerusi satu perkongsian InstaStory, Muhammad Nadir Al-Nuri memaklumkan bahawa semua kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai hitam putih (rekod) jadi tiada masalah untuk berkongsikannya sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian.


Kredit foto: IG Nadir


“Rilek guys (bertenang), Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah.

“Cuma sehari dua ni nak kena settle projek (selesaikan projek) yang ni dulu,” katanya ringkas bersertakan gambar seorang lelaki di samping daging tergantung dipercayai sedang melakukan ibadah korban di Gaza, Palestin.

Walaupun perkongsian itu tidak menamakan atau ditujukan kepada individu tertentu namun ia dilihat seolah-olah menjawab soalan yang diajukan oleh Pendakwah Bebas, Ebit Lew.

Terdahulu, Ebit dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya semalam meminta Muhammad Nadir Al-Nuri mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya yakin dengan NGO di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 93
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ninja9 29-7-2021 12:29 AM
bakingsoda replied at 23-7-2021 07:12 PM
tak rasa melampau ke round off 17.8juta ke 20juta? kalau 18 juta lebih munasabah. mmg nadir ni bagta ...

Matematik lemah nak buat mcm mana...

Lain-lain Komen

Quote Thunderclouds 23-7-2021 12:17 PM
Bukan dh ada menda ni dlm tered lg satu??
Quote iamaprettygirl 23-7-2021 12:25 PM
Ye ke..x nmpk pon
Quote batmana 23-7-2021 12:50 PM
Sama je..ngo2 ni..amik 30…%.. kalu rm20 juta ..nadir bumi ni dapat bape juta utk caz pengurusan?
Quote shida81 23-7-2021 01:25 PM
batmana replied at 23-7-2021 12:50 PM
Sama je..ngo2 ni..amik 30…%.. kalu rm20 juta ..nadir bumi ni dapat bape juta utk caz pengurusan?

Kannn.. Pastu masing2 nk tuding jari.... Sama mcm politician..
Quote missus_meow 23-7-2021 01:50 PM
respond to a question with another question ... harapnya nadir jawab, and that will be the end of it. dua2 lead ngo yg tujuan nak tolong org. i think u can do more without falling into squabbles amongst yourselves
Quote kucingitam 23-7-2021 01:55 PM
batmana replied at 23-7-2021 12:50 PM
Sama je..ngo2 ni..amik 30…%.. kalu rm20 juta ..nadir bumi ni dapat bape juta utk caz pengurusan?

ritu dia ada bagitau dia amik 10% saja..tunggu je lah kalau ada laporan audit yang nak dibentangkan nanti..
Quote bulalof 23-7-2021 02:12 PM
another way of making easy money dengan kemuliaan umat Islam Malaysia yg rajin menderma.
Quote tungkai 23-7-2021 02:21 PM
Audit report tu rakyat jelata boleh access kan thru SSM?
Quote kerunai 23-7-2021 02:25 PM
yahudi jionist pun tak skreatif melayu isele bab manipulating n money

hahahahah
Quote Potpouri 23-7-2021 02:30 PM
Okay Nadir, settle kan segala yang patut. Lepas ni tunjuk financial statement NGO tu.

Dan EL pun kena buat yang sama  bagi NGO yang diasaskannya..

Adil dan saksama gitu
Quote LadyCarefree 23-7-2021 02:48 PM
kucingitam: ritu dia ada bagitau dia amik 10% saja..tunggu je lah kalau ada laporan audit yang nak dibentangkan nanti..


10% bukan untuk dia sorang. Untuk semua yg buat kerja. Dan ada juga dana masuk dia tak ambil langsung. Ni macam Mercy Malaysia tak ambil 30% tp ambil sikit untuk gaji staff tetap dan pengurusan.
Quote ang_bess 23-7-2021 02:55 PM
Pandai sungguh dewasayur buat diversion. Kita lah kalau ngo bawah kita betul nak takut ape. Tunjuk jer lah report audit apa semua. Lepas tunjuk baru boleh tekan pihak sebelah. Ni belum apa2, semua duit saya saya saya
Quote Redskin 23-7-2021 03:06 PM
Hahaha....elok rakyat tak tahu pasal 20 juta,
skrg dah tahu.

Takkan sekadar tunjuk gambar, setakat kata2
ada audit, ada audit, ini BUKAN menjawab persoalan 20 juta derma rakyat msia tu
kemana disalurkan.?

Tunjuk la cash flow kemana pergi duit tu bukannya sibuk dgn daging korban yg orglain
pon boleh uruskan.

Rakyat nak tahu, tunjuk la bukti cash flow utk jernihkan segala keraguan rakyat.

Nak kenakan orang pasal 20 juta, last2 soalan berbalik kpd diri sendiri.

Rakyat tanya ajer, jangan kecik hati pulok.
Quote helicornia 23-7-2021 03:19 PM
batmana: Sama je..ngo2 ni..amik 30…%.. kalu rm20 juta ..nadir bumi ni dapat bape juta utk caz pengurusan?

klu baca statement dia amik 10%, ada yg dia tk amik pun caj pemgurusan
Quote helicornia 23-7-2021 03:21 PM
Redskin replied at 23-7-2021 03:06 PM
Hahaha....elok rakyat tak tahu pasal 20 juta,
skrg dah tahu.


el tk tanya pun dia ada jwb dh sblum ni. tp 17.5j tk silap bkn 20j
Quote chiquititamichi 23-7-2021 03:22 PM
yg dia jwb tu bukn odit ..tu proposal saje....paperwork yada...yada..sembang keling boleh lah
Quote axl_bach 23-7-2021 03:24 PM
Harap krisis Ebit vs Nadir ni jadi asbab semua NGOs yg wujud menjadi lebih telus dan berintegrity
Quote jiwasemangat 23-7-2021 03:25 PM
Kalau ada org bagi duit kat engkau.. bila engkau ambik duit tersebut, kira duit engkau lah..
* kalau ada orang bagi duit kat pertubuhan.. kira duit pertubuhan lah..
**apa yg tak lojik nya.. ntahlaa
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 03:48 PM
pot calling kettle black. next

Lihat semua komen(93)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top