Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

“Drama Queen, Kesian Rakyat Jadi Mangsa,”-Komen TMJ Selepas Syed Saddiq Minta Sumbangan Untuk Bayar Wang Ikat Jamin

23-7-2021 11:57 AM Komen: 267
Nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hangat diperkatakan selepas dia dituduh pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta pada Khamis.

Pada hari yang sama, Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun itu tampil menerusi siarai langsung (live) di Facebook dan Instagram, memohon sumbangan ramai bagi membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.


Foto: mStar

Laporan berita mengenai hal itu yang dikongsi ke media sosial mStar pada Khamis malam ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.

Paling mencuri tumpuan tentunya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut meninggalkan komen pada posting itu.

"Drama Queen. Kesian rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa.

"Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah peliharakan rakyat dan negara," tulis TMJ pada ruangan komen.


Foto: mStar

Setakat Jumaat pagi, komen TMJ di Instagram mStar menerima lebih 6,500 tanda suka (likes).

Selain TMJ, ramai pengikut mStar turut memberikan pandangan masing-masing berhubung kenyataan Syed Saddiq yang memohon sumbangan dalam siaran itu.

"Rakyat pun tersepit nak membazir duit dekat kau pula buat apa?

"Dah kenapa rakyat nak derma kat dia ni. Rakyat sendiri ada yang tak tahu cukup makan ke tidak sekarang.

"Aku duit sewa tertunggak pun buat macam-macam kerja nak bayar sewa. Kau sedap-sedap mengemis dekat rakyat.

"Dia minta derma, so siapa nak bagi silakan. Dah korang tak mampu nak bagi, so diam je la.

"Rakyat pun ambil moratorium, lagi nak bayar dia?

"Lebih baik bagi (duit) kepada orang yang susah," tulis beberapa individu.

Untuk rekod, Syed Saddiq pada Khamis pagi dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Menurut kertas pertuduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia, dan didakwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.

Menerusi siaran live pada hari sama, Syed Saddiq memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin dan membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah itu. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
0
0
0
Komen: 267
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Tunan 28-7-2021 10:18 PM

apa yg mengarutnya

kalau nak tambah kredit pun cuba la komen yg bernas sikit...

Lain-lain Komen

Quote axl_bach 23-7-2021 01:50 AM
Hmmmmmm....... Khotteinnn
Quote sharlenetexas 23-7-2021 01:57 AM
Dua2 aku tak percaya.
Quote tumpanglalu74 23-7-2021 02:01 AM
Edited by tumpanglalu74 at 23-7-2021 07:55 AM

Ye Sedsodek.  Donno how your mom end up dengan bapak ko buroh binaan kat Spork tu but they did a good job & are proud parents.  Aku vote ko jadi the next piyem kat poll bodow tu aritu.  Kalo betoi ko boley walk the talk..  RM300k tu ape bende?  Duit judi geng kayangan tu je..  Eh skrol balek.  RM1 jota.  Duit maen2 deme je.  Kat tanah melayu ney orang maen beliyun2 je sekali tibai..

Kamu nak cuci nama pegi kawen je la.  Anak2 raje tu pon serupe ko berlambak makwe.  Ape beze?  Kan sekor2 clean up lepeh kawen..  So ko pilih la bakal FLOM ko tu elok2.  Aku tak ponah tengok pon anak raje memane masok Hardtalk BBC tu..
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 02:53 AM
Kawen dengan aku dulu.
Quote KIM.K 23-7-2021 03:03 AM

Pernah kawin reptilian?
Quote syamzana 23-7-2021 03:03 AM
50sen pun...baik buat beli telur sebiji.
Quote cm_vungtau 23-7-2021 03:03 AM
Edited by cm_vungtau at 23-7-2021 03:06 AM

Sibuk aje yang sorang tu. Walaupun aku tak minat Syed Saddiq ni, tapi yang sorang tu lagi la menyampah

Taktau la nak kata apa dik. Tapi dia kasi laptop semua dekat orang Muar tu. Ada juga la inisiatif berbanding yang lain2 yang dah tua tu. Pasal kes ni taktau la nak komen. Innocent until proven guilty lah kot
Quote theotherfriend 23-7-2021 03:07 AM
Iols rindu komen Dik Nah dan Peyno



Quote nakkomenjugak 23-7-2021 03:11 AM
KIM.K replied at 23-7-2021 03:03 AM
Pernah kawin reptilian?

belum. baru nak try
Quote mbhcsf 23-7-2021 03:16 AM
wont say anything ambik prinsip kalau terbukti di mahakamah manusia bersalah then okay . but as for now, no comment on his statuslah bersalah ke tak.
Quote Orix 23-7-2021 03:37 AM
330k tak ada? acc kena freeze ke ? bukan dlu gaji dia 30k ke sebulan sbg MP n menteri selama 22 bulan........ buat apa duit tu
Quote Orix 23-7-2021 03:41 AM
anyway, iols speechless betul putera raja downgrade dekat sosial media....
Quote alesandra 23-7-2021 04:47 AM
tumpanglalu74 replied at 23-7-2021 02:01 AM
Ye Sedsodek.  Donno how your mom end up dengan bapak ko buroh binaan kat Spork tu but they did a goo ...

Setakat 300k suruh dia mintak atok laa.kawen la apa laa..mendee??cer baca pertuduhan kes dia.aku yg pro ph ni kesal sgt puak2 ph  bersolidariti dgn budak ni.neverr learn.......
Quote Babai 23-7-2021 04:48 AM
Apa kejadah orang ramai nak sumbang duit dekat ahli politik yang banyak duit dan bergaji lebat? Itu kebodohan namanya.
Quote imanda 23-7-2021 05:44 AM
Babai replied at 23-7-2021 04:48 AM
Apa kejadah orang ramai nak sumbang duit dekat ahli politik yang banyak duit dan bergaji lebat? Itu  ...

tu la, dah knp minta kat rakyat jelata plak. kwn2 org politik xde yg blh hulur ke?
Quote orgsepang 23-7-2021 07:10 AM
Buat akak percaya kegigihan dia membantu sana sini adalah untuk membeli jiwa dan mensucikan diri sahaja.
Quote sarah82 23-7-2021 07:17 AM
Edited by sarah82 at 23-7-2021 07:21 AM

Dari aku bagi duit kat ang sadiq.. Aku beli makanan makcik tepi jalan lagi sedap. Dan opkos aku sokong ekonomi malaysia.
Quote None68 23-7-2021 07:21 AM
Mana akaun no dia? Nak sedekah Jumaat nih.
Quote ajinomotonosuga 23-7-2021 07:26 AM
nakkomenjugak replied at 23-7-2021 02:53 AM
Kawen dengan aku dulu.

Hahaha ko mmg win pepagi ni

Klo btuiii dia setuju ko sure serupa mcm mauuu pengsang maaa..ye?

Lihat semua komen(267)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top