Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lelaki Maki Hamun Peniaga Nasi Lemak Berdepan Denda RM50,000

22-7-2021 05:38 PM Komen: 88
Seorang lelaki yang videonya tular di media sosial kerana memaki hamun dan memarahi penjual nasi lemak, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan perkataan kesat dan tidak memakai pelitup muka.

J. Shyamalan, 33, seorang ahli perniagaan, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Dia didakwa mengaibkan kehormatan penjual wanita berumur 23 tahun itu dengan mengeluarkan perkataan kesat dan dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Lelaki itu juga didakwa tidak memakai pelitup muka di tempat awam yang pertuduhan itu dikemukakan di bawah Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) 2021.

Sabit kesalahan dia boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah kedai di Jalan Desa Bakti, Taman Desa di sini, pukul 10.30 pagi, 18 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala peguam John Das yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum kerana tujuan jaminan hanya untuk memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 24 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Rakaman video yang tular di media sosial itu, memaparkan lelaki berkenaan memarahi dan memaki hamun peniaga nasi lemak dan seorang pelanggan lain ketika ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Sumber: BERNAMA

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 88
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Lydiawie 28-7-2021 12:32 PM
Padan muka..

Lain-lain Komen

Quote merrissa 22-7-2021 06:14 PM
ahahhaa padan muka....sombong lagi...mencaru2 bagai

saamannnn je se max mungkin
Quote shernazz 22-7-2021 06:16 PM
Mamat ni kalau kena masuk lokap sure ait mata jantan mengalir
Quote Artemesiaa 22-7-2021 06:18 PM
Terlalu ikut perasaan sendiri juga susah akhirnya
Quote TomyamPuteh 22-7-2021 06:18 PM
Pakof. Pakof. Itu je la yg aku paham.
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 06:18 PM
Hambekkkk 50k.
Quote salmon-suki 22-7-2021 06:20 PM
Alahaiiii..org y xnak pakai mask ni,tegur laa mcm mana pun,dorg xkesah..jenuh taw..elok kena covid n meninggalkan dunia ni je{:smile
Quote PristineOne 22-7-2021 06:21 PM
Paaakoffff....yu wan wek izit? ...paakoff...ai wek yu..yu wanna ah??

Quote Babai 22-7-2021 06:23 PM
Mampos kau
Quote monreyes 22-7-2021 06:29 PM
adan uker...
Quote Fortiori02 22-7-2021 06:30 PM
Semoga beri pengajaran kpd mamat tu & juga kita semua agar sentiasa berhemah dlm pertuturan & perbuatan.
Quote otai_g 22-7-2021 06:38 PM
Dr ari tu aku cr video dia x jumpa2. Kuat sgt ke yindia ni?
Quote Adrif 22-7-2021 07:22 PM
kat mana nak tengok video
Quote pagaruyung 22-7-2021 07:24 PM
50k baik beli myvi..
Quote fadz84 22-7-2021 07:29 PM
otai_g replied at 22-7-2021 06:38 PM
Dr ari tu aku cr video dia x jumpa2. Kuat sgt ke yindia ni?

Quote fadz84 22-7-2021 07:31 PM
Quote mbhcsf 22-7-2021 07:31 PM
hmm...so begitulah tu berbuih mulut cakap suruh patuh SOP , tapi ....
Quote fadz84 22-7-2021 07:31 PM
Adrif replied at 22-7-2021 07:22 PM
kat mana nak tengok video

Tu ai dh tepek
Quote ellZack 22-7-2021 07:34 PM
otai_g replied at 22-7-2021 06:38 PM
Dr ari tu aku cr video dia x jumpa2. Kuat sgt ke yindia ni?

Gaduh mulut je. Anak mak cik nasi lemak tu tarik laki Chinese tu ke tepi sebelah kanan. Kalau tak tarik, sempat kot bertumbuk sebab jarak dekat je. They both merapat to each other.
Quote Decaffeinated 22-7-2021 07:36 PM
Ada mana2 acik tak faham maksud berdepan denda ka? Ari tu merempan tak puas hati jumlah jaminan

Lihat semua komen(88)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top