Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

‘Pembunuhan’ Karakter Dalam Politik, Tun M Sedia Jadi Saksi Syed Saddiq

22-7-2021 05:10 PM Komen: 26
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan menjadi saksi kes yang melibatkan pecah amanah dan salah guna dana kempen parti politik didakwa melibatkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, beliau akan memberi kerjasama tersebut sekiranya dipanggil sebagai saksi pembelaan.

“Kalau saya dijemput sebagai saksi, saya pergilah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi penyerahan bakul permai kepada wakil komuniti di Pusat Khidmat Ahli Parlimen di sini hari ini.


Kredit foto: AFP/MalaysiaGazette

Syed Saddiq hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1.12 juta.

Ahli Parlimen Muar itu mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di depan hakim, Azura Alwi.

Menurut pertuduhan pertama, Syed Saddiq dituduh menyalahgunakan wang Bersatu itu melalui cek CIMB Bank, di CIMB Bank, KL Sentral, Kuala Lumpur, pada 6 Mac tahun lalu.

Pertuduhan kedua mula mendakwa Syed Saddiq secara curang menyalahgunakan dana yang dikumpulkan Armada bernilai RM120,000 yang sepatutnya untuk pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pada masa sama, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Muar itu pada hari ini disifatkan ‘terlalu lambat’ memandangkan Syed Saddiq telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes terbabit beberapa kali sebelum ini.

“Entah macam mana secara kebetulan, bila kerajaan (Perikatan Nasional) menghadapi masalah dan perlu kepada sokongan, (Syed) Saddiq dia tak sokong kerajaan, banyak kali dia diminta supaya sokong kerajaan, (sekiranya) sokong kerajaan tak ada masalah.

“Ada juga orang Armada yang kena panggil dan mereka sokong kerajaan, tak ada masalah (atau) apa-apa berlaku selepas itu,” ujarnya.



Dalam pada itu, beliau turut menyatakan tindakan yang dilakukan ke atas bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu merupakan taktik ‘pembunuhan’ karakter dalam politik.

Ini kerana, Syed Saddiq menurutnya adalah seorang pemimpin yang memiliki karisma kepemimpinan serta mempunyai ramai pengikut khususnya dalam kalangan anak muda.

“Memang begitu, mereka (pihak kerajaan) nampak Syed Saddiq ni prominent (mempunyai pengaruh) sikit, dia berjaya kumpul orang  terutama daripada golongan muda, jadi Syed Saddiq ni orang nak bunuh dia punya politik awal-awal lagi pasal nampak ada bakat,” katanya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ashilalat 23-7-2021 11:39 AM
nolya replied at 23-7-2021 10:08 AM
Ye ke begitu, yakin?. Kalau awak dah kata begitu, betullah tu. Dah jgn ubah ape2 lagi nnti nambah  ...

Yakinnya kamu...hahaha

Lain-lain Komen

Quote MissYouSayang 22-7-2021 05:18 PM
Be strong.Be firm. U will win.
Quote sidewinder 22-7-2021 05:19 PM
kalu tak salah usah takut......kasi lawan.....kalu ikutkan ciput je tu compare ngan kes bossku penyamun ngan wak jahit pornorogo.....

tapi ada tolo gak dia ni simpan duit beratus ribu kat rumah.....simpan dlm bank kan senang apa2 bole buat online transaction cuma tu laa bila duit byk sgt dlm account bank negara lak suspicious gitu
Quote dua_chzy 22-7-2021 05:19 PM
Kental Sadik ni. Kagum juga la akak muda lagik berani hadap mainan kotor politaik.
Quote alesandra 22-7-2021 05:35 PM
sidewinder replied at 22-7-2021 05:19 PM
kalu tak salah usah takut......kasi lawan.....kalu ikutkan ciput je tu compare ngan kes bossku penya ...

Ko ada baca pertuduhan kes tu  tak? It doesn't look good la aku rase...tak kira ciput ke hape...rompak tetap rompak.
Quote alesandra 22-7-2021 05:38 PM
Atok fefeling bila bersatu bergado dgn umngok dia ingat boleh reconcile  balik dgn bersatu .sekali abahcow tunjuk kekwat . harap dekat court nanti jgn kata saya sudah lupaaaa laaa haa
Quote rashiman 22-7-2021 05:43 PM
Edited by rashiman at 22-7-2021 05:44 PM
sidewinder replied at 22-7-2021 05:19 PM
kalu tak salah usah takut......kasi lawan.....kalu ikutkan ciput je tu compare ngan kes bossku penya ...

walaupun sejuta itu ciput , jika digunakan dengan cara yg tidak betul atau salahguna, tak amanah, masuk dlm kategori penyamun jugak tu...
tapi jika tidak bersalah, lawanlah di mahkamah.
Quote bakingsoda 22-7-2021 06:00 PM
mesti kembang idong segaraga pejuwang, pkr, pan, dapig sume bekap. kalau aku mmg was2 lah orang muda nak bayo kontraktor renovate rumah pehal kena guna cash? kalau betul pecah amanah sila lah tanggung akibat bukan guna taktik salahkan kerajaan zalim. lain la mmg fitnah yg dicipta utk menjatuhkan karier politik, ada jugak rasa nak simpati tu. dan seingat aku masa tengah hot 250k hilang jugak muncul gambar2 ketiak segaraga nih dengan seorang cikki diatas katil. lepas tu terus diam tak berkutik pasal duit tu. aku syak dia dah kena ugut sbb yg disebarkan tu sebenarnya ss dari video, ala2 teaser je dulu.
Quote cm_vungtau 22-7-2021 06:04 PM
Err dulu mereka yang panggil DS Najib perompak, Rosmah perompak. So sekarang diorang pun dah kena. Tengok la macam mana rasa. Cuma Dr Mahathir aje belum kena. Pelik juga.
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 06:13 PM
hmmm pape jelaaa saddekkkkk
Quote Abahmung 22-7-2021 07:36 PM
Semakin dekat sidang Parlimen, wakil rakyat pembangkang dibuli
By ARIF ATAN / July 22, 2021


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung dua pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM1 juta terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berpendapat PN mengeksploitasi kuasa untuk menakutkan pihak pembangkang menjelang sidang Parlimen minggu depan.

“Setiap kali sidang Parlimen semakin mendekat, kerajaan ini (PN) akan menggunakan atau memperalat apa saja aparat yang ada untuk membuli ahli-ahli Parlimen, berkemungkinan kerana
Menerusi kenyataan hari ini, beliau menyifatkan pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Syed Saddiq sebagai berbentuk ancaman politik seperti yang dibangkitkan oleh beliau dan pembangkang mutakhir ini.

Anwar berpendapat aspek penegakan hukum di negara ini telah rosak apabila ahli politik yang rapat dengan kerajaan boleh bebas tanpa hukuman manakala pemimpin-pemimpin pembangkang serta pendukung mereka dikenakan dengan pelbagai pendakwaan terpilih.

“Babak terkini ini terus merobek kepercayaan dan keyakinan para pelabur terhadap Malaysia dalam keadaan negara hari ini yang kelam dan haru biru dengan ketidakabsahan pemerintah.

“Ia menggambarkan bahawa betapa badan atau jabatan penguatkuasaan hanya mengikut telunjuk politik,” tegas Anwar lagi.

Untuk rekod, Syed Saddiq yang juga Pengasas bersama Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM1 juta.



Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang parti politik ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Quote slyfynx 22-7-2021 07:54 PM
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan tindakan yang dilakukan ke atas bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu merupakan taktik ‘pembunuhan’ karakter dalam politik.


So you didn't do something like this before eh?
Quote aint 22-7-2021 08:02 PM
iols seriau kalo Madey Kutty sanggup jadi saksi... kang satgi silap cakap ... tak pasal2 SS ke lokap... bkn leh caya sgt si kutty tu...
Quote ultra78 22-7-2021 08:09 PM
Hmmm..dah join kluster mahkamah pulak...
Quote AbukRokok 22-7-2021 08:50 PM
ala 1.12 juta
je rileks la
hero malaya 100 juta derrrrrr.... xpedihkan mate
Quote Tinot7 22-7-2021 09:14 PM
cm_vungtau replied at 22-7-2021 06:04 PM
Err dulu mereka yang panggil DS Najib perompak, Rosmah perompak. So sekarang diorang pun dah kena. T ...

Atuk pegang telor sumerang.. mana verani mau lawan atuk?
Quote ellejo 22-7-2021 09:16 PM
sebab si sadik ni ada rupa, so aku maafkan la
Quote Tinot7 22-7-2021 09:16 PM
dua_chzy replied at 22-7-2021 05:19 PM
Kental Sadik ni. Kagum juga la akak muda lagik berani hadap mainan kotor politaik.

Is rasa patutnya sed sedik nih pi sambung blajaq jahh.. masuk politik bila dah paham sepak terajang dunia politik.. nihh belum apa2 sudah mau join main kotor.. silap la..
Quote nolya 22-7-2021 10:23 PM
Edited by nolya at 22-7-2021 10:28 PM

Seorang anak muda yg baru mula nak bertapak di persada politik sudah dilayan begini.  Mcmane lah anak2 muda lain nak  ikut serta berpolitik kalau belum ape2 langkah mereka dipatahkan.  Akhirnya muka2 tua juge yg ade dn rakyat tak punya pilihan.
Quote CatMiow 23-7-2021 12:14 AM
cm_vungtau replied at 22-7-2021 06:04 PM
Err dulu mereka yang panggil DS Najib perompak, Rosmah perompak. So sekarang diorang pun dah kena. T ...

Ada la tu kot sebab orng tak berani kacau dia.

Iols speku dia nak naikkan anak dia jadi PM,  sebab dia takut esok2 dia tak de,  anak2 keturunan dia kena aim pula. Dia kan banyak 'membunuh' karekter dalam politik.

Orang akan jatuhkan keturunan dia guna taktik dia jatuhkan orng lain.

Mcm anuar.  Ramai kata dia kawan dengan kuasa2 luar sampai kita takut negara tergadai umpama kerana budi body tergadai.  Kadang iols bayangkan,  andai kata ada tangan ketiga dalam gelap mainkan peranan supaya nuar nampak disanjung diluar,  sebenarnya tak mustahil pun. Ni contoh je.

Keduanya,  dengan politik la dapat mengayakan kaum kerabat kita. Kalau tak,  mcmana anak dia senang2 buat biz besar2.

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top