Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dua Jam Pujuk Wanita 'Lepak' Atas Pokok

22-7-2021 04:53 PM Komen: 10
LIPIS - Anggota bomba mengambil masa dua jam untuk memujuk seorang wanita yang dipercayai mengalami gangguan mental untuk turun daripada pokok dalam kejadian di Kampung Keledek di sini pada Rabu malam.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.16 malam.

Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Koyan bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.

Foto: Sinar

Anggota bomba berusaha memujuk seorang wanita yang dipercayai alami gangguan mental di Kampung Keledek pada Rabu malam. FOTO: Ihsan Bomba

"Sebaik tiba di tempat kejadian seorang wanita didapati berada di atas sebatang pokok. Bagaimanapun anggota terlibat berjaya memujuk wanita terbabit dengan mengajaknya turun untuk minum dan bersembang bersama mereka.

"Mereka (bomba) mengambil masa kira-kira dua jam untuk memujuk dan menyelamatkan wanita terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Shahrul Nizam berkata, wanita terbabit kemudiannya diserahkan kepada keluarganya sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya sejurus selepas itu. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote jiwasemangat 25-7-2021 11:33 AM
..lein kali tak yahh pujuk..

Lain-lain Komen

Quote noor2 22-7-2021 05:11 PM
Ingatkan nak prank orang jd pontianak...
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 06:15 PM
tunggu password dari perompak gua ke?
Quote Artemesiaa 22-7-2021 06:20 PM
Sabar sungguh abam bomba memujuk sampai dua jam baru nak turun kalau ahli keluarganya sendiri belum tentu mahu sesabar tu.
Quote Belibis 22-7-2021 07:31 PM
Elok la kalau mental panjat pokok,daripada ko bawak keta,masuk haiway.naya orang lain
Quote matbad 22-7-2021 09:33 PM
Belibis: Elok la kalau mental panjat pokok,daripada ko bawak keta,masuk haiway.naya orang lain

sgt betoii
Quote misc 23-7-2021 02:07 AM
Kak Limah ke tuuuuu
Quote mamajawie 23-7-2021 10:06 AM
nakkomenjugak replied at 22-7-2021 06:15 PM
tunggu password dari perompak gua ke?

Ya Allah terbahak2 aku gelkak baca komen ko ni ahhh..
Quote I.K.A888990 23-7-2021 02:25 PM
kesian akak ni
salute abg2 bomba selamatkan akk ni
Quote syamzana 23-7-2021 02:28 PM
luas betul skop kerja bomba&penyelamat ni ye
Quote jiwasemangat 25-7-2021 11:33 AM
..lein kali tak yahh pujuk..

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top