Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kerajaan Jangan Biar Penyebaran Berita Palsu Berleluasa - Saifuddin

22-7-2021 04:52 PM Komen: 7
Kerajaan tidak boleh membiarkan aktiviti penyebaran maklumat dan berita palsu berleluasa kerana perbuatan itu mengancam kestabilan negara, keselamatan masyarakat dan perpaduan kaum.

Ini dijelaskan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah yang memandang serius perbuatan itu yang menimbulkan kekeliruan serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Peningkatan dalam penyebaran maklumat atau berita palsu melalui pelbagai platform media kebelakangan ini telah menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan masyarakat.

Penyebaran ini membabitkan maklumat mengenai pandemik Covid-19, vaksinasi, kesihatan, Proklamasi Darurat, Institusi Diraja, sosial, politik termasuk Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketika berhadapan episod pandemik Covid-19, wujud pula lambakan berita palsu tersebar di media sosial. Banyak fakta salah dan sengaja disebarkan terutama mengenai vaksin hingga mencetuskan keraguan, kebimbangan serta salah faham masyarakat, katanya dalam sidang media secara atas talian, hari ini.


Kredit foto: IG Saifuddin

Turut bersama, Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek; Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Dev Kumar; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek; dan Ketua Pendakwaan / Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Rusdi Mohd. Isa.

Menurut Saifuddin, penyebaran berita palsu selalunya dilakukan dengan sengaja oleh individu atau pihak tertentu bagi mencetuskan kecelaruan dan memecah belahkan masyarakat.

Sebagai kerajaan, kata beliau, pihaknya tidak akan membiarkan perkara itu berlaku dan komited mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung daripada terus berulang.

Ketika pihak berkuasa terutama barisan hadapan bertungkus lumus mencegah dan menangani kes pandemik, wujud pula maklumat boleh mencemaskan serta menyebabkan tekanan emosi.

Begitu juga dengan berita palsu dan komen berniat jahat kepada Institusi Diraja, perkauman dan agama yang dilihat semakin meningkat kebelakangan ini perlu dibendung sebelum berleluasa dan menggugat kestabilan masyarakat dan negara.

Hampir setiap minit kita menerima terlalu banyak maklumat berkaitan Covid-19, tetapi tidak pasti kebenaran dan kesahihan berita atau maklumat berkenaan, katanya.

Beliau berkata, kesedaran sivik masyarakat penting supaya tidak menyebarkan berita palsu dan kes itu tidak boleh diselesaikan hanya menggunakan undang-undang atau hukuman semata-mata.

Orang ramai juga, kata Menteri itu, perlu berhati-hati dalam berkongsi maklumat yang diterima dengan memastikan kesahihannya menerusi pihak berkuasa seperti Pasukan Respon Pantas (PRP) dan portal Sebenarnya.my.

Katanya, kerjasama antara pihak berkuasa dan media juga penting untuk menangkis penularan berita palsu dalam kalangan masyarakat supaya mereka sedar perbuatan itu adalah salah.

KKMM komited dalam menyampaikan maklumat terkini dan benar kepada rakyat supaya tiada yang keciciran dalam mendapatkan sebarang maklumat sepanjang pandemik ini.

Setiap rakyat bertanggungjawab memastikan negara pulih daripada pandemik Covid-19 dan tindakan yang mengeruhkan keadaan melalui penyebaran maklumat tidak sahih menyebabkan usaha dan tenaga semua orang dibazirkan bagi melawan tindakan yang tidak bermanafaat ini.

Saya yakin terhadap kematangan pemikiran masyarakat dalam membuat penilaian berita palsu dan marilah bersama-sama mencegah berita palsu, katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 22-7-2021 06:32 PM
Makin dekat dengan tarikh nak bersidang makin ramai pulak tetiba bagi statement

Lain-lain Komen

Quote Mulotkoyak 22-7-2021 05:03 PM
Kerajaan pun cakap pusing2... Lpas tu nk salah kan media dan orang lain. Haktuihhhh
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 06:17 PM
yihhhhh kome yang dementia, orang lain yang disalahkan
Quote stingerhush 22-7-2021 06:20 PM
Maklumat dikalangan menteri yg disampaikan pada rakyat pun cerca merba....ada hati nak sebut jgn sebar matlumat palsu

Hark ptuiiiiiiiii

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote mbhcsf 22-7-2021 06:21 PM
sebenarnya banyak dah yg tak kisah pasal politik la , semua kisah pasal hal hal kewangan and ekonomi  dan pandemic so boleh plak kata fokus hal politik. hal politik ni kira boring time ni.


Quote Babai 22-7-2021 06:24 PM
Mulotkoyak replied at 22-7-2021 05:03 PM
Kerajaan pun cakap pusing2... Lpas tu nk salah kan media dan orang lain. Haktuihhhh

Bodoh punya menteri
Quote stingerhush 22-7-2021 06:27 PM
mbhcsf replied at 22-7-2021 06:21 PM
sebenarnya banyak dah yg tak kisah pasal politik la , semua kisah pasal hal hal kewangan and ekonomi ...

Banyak utk binatang tapi utk manusia ramai istilah nya....

Quote Artemesiaa 22-7-2021 06:32 PM
Makin dekat dengan tarikh nak bersidang makin ramai pulak tetiba bagi statement

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top