Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Kes Rogol Da'i Syed Belum Selesai

22-7-2021 04:49 PM| Komen: 20

Sebutan semula kes bagi serahan dokumen lanjutan pertuduhan cabul dan persetubuhan luar tabii yang dihadapi pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful di Mahkamah Sesyen di sini dijadualkan 25 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal ,26, ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut peguam itu, tarikh 25 Ogos ditetapkan mahkamah selepas sebutan kes berkenaan yang sepatutnya disebut pada 15 Jun lalu dan 22 Julai (hari ini) ditangguh.

Foto: IG


“Mahkamah kemudian telah memberikan tarikh baharu bagi sebutan semula kes itu yang dijadualkan pada 25 Ogos ini,” katanya.

Dalam prosiding 28 April lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat yang mendengar prosiding ketika itu menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan memaklumkan terdapat satu dokumen masih belum dapat diserahkan iaitu melibatkan laporan perubatan mangsa.

Sebelum ini pada 19 Mac lalu, kes cabul yang dihadapi Syed Iqmal dibenar dipindahkan dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen selepas Majistret Muhammad Iskandar Zainol membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes itu dipindahkan.

Semasa didakwa pada 10 Disember tahun lalu, di Mahkamah Sesyen, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.




Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020 dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Di Mahkamah Majistret ketika itu juga pendakwah tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan




Sementara itu, bagi pertuduhan kes rogol di Mahkamah Sesyen Shah Alam, peguam itu turut memaklumkan tarikh baharu yang ditetapkan ialah pada 2 Ogos ini.

Pada 16 Mac lalu, di mahkamah itu pendakwaan sudah menyerahan kepada pembelaan dua dokumen berkaitan laporan perubatan bagi kes rogol Syed Shah Iqmal yang didakwa atas petuduhan merogol seorang wanita dua tahun lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 20
Komen

Previous : Ukuran Badan Che Ta Tak Berubah Dari 17 Tahun Lepas

Next       : Nabil Ahmad Cemburu Dengan Ustaz Ebit

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-7-2021 08:53 PM
tak sangka ada cikki2 muka tembok dan tapai basi yang gigih bekap dai ni siap puji2 hensem dan tasty.... siap ikon air2 lagi...

nauzubillah min zalik...
ingatkan muka je uduh, perangai pun uduh...

Lain-lain Komen

Quote laksmanabentan 22-7-2021 04:51 PM
keadilan harus ditegakkan... gituu.....
Quote ellejo 22-7-2021 04:53 PM
kalau suka sama suka, takziahla pada kedua2 defendan dan plaintif.
Quote anggeriklatifah 22-7-2021 06:29 PM
aku sampai lupa kes dia ni
Quote dua_chzy 22-7-2021 07:22 PM
Semoga pompuan tu menang sebab akak nyampah tengok jantan ni hidup macam biasa.
Quote misuke 22-7-2021 11:11 PM
Ramai pecah ovari kot...



Quote hasniey 22-7-2021 11:12 PM
Ustaz tp berzina
Xjatuh rogol sbb suka sama suka...tp peminat dia lupa zina tetap zina
Quote fealefea 22-7-2021 11:13 PM
Erma pon angkat die mcm x de pape. Please la
Quote TerataiMelur02 22-7-2021 11:17 PM
fealefea replied at 22-7-2021 11:13 PM
Erma pon angkat die mcm x de pape. Please la

Kan.. Ada la tertengok dorang belajar arab.. Alahai
Quote awanearisu 22-7-2021 11:18 PM
Filter sampai bibir lebam jadi jingga. Amboi
Quote MontanaHannah 22-7-2021 11:54 PM
mmg permepuan ikut dia balik -itu salah


tp bila dia memaksa atas katil ,dalam rumah ,perempuan ketakutan nak buat apa xboleh


suka sama suka mmg boleh blahhhhhhhhhhhhhhhhh lah nak tuduh kena rogol


tp hakikat diperdaya


permepuan kan ramai bodo

jantan ramai licik

Berilah keadilan pada perempuan permepuan bodoh ,biar mereka rasa maruah mereka dibela sungguhpun dara xdapat dikembalikan semula!
Quote azurro 23-7-2021 12:36 AM
Ustaz rockers, kejutan budaya...
Quote mongoose_kidz 23-7-2021 02:09 AM
serupa dgn che ta dia ni...klau tgkap gambar dr tepi je...
acah2 nsem konon...klau dr dpn hauk
kitorg xkan lupa la muka ko dlm drama amani tu..ape nth nama drama tu...itu baru real muka ko xde filter xleh tipu
ni.filter 28 lapis mana x pecah ovari anak2 gadis..pelik aku selera budak2 zaman la
Quote melinda_kerr 23-7-2021 03:00 AM
Geli ahhh… dgn buat side rambut gituuuu..
Quote MatDeghem 23-7-2021 06:28 AM
fealefea replied at 22-7-2021 11:13 PM
Erma pon angkat die mcm x de pape. Please la

[ig]https://www.instagram.com/p/CRg4ONOBYVx/[/ig]



Quote MatDeghem 23-7-2021 06:29 AM
macam mana nama Islam dan ustad2 tak jadi busuk

Quote husna_amal 23-7-2021 11:58 AM
Kalau dia terlepas dari pertuduhan harap2 jangan lah mudah percaya dengan orang macam ni. Ambil kesempatan dengan gunakan kelebihan yang ada pada diri. Modal guna populariti dan ayat manis je dah cukup.
Quote bankerpencen 23-7-2021 01:24 PM
Ada juga orang selera tengok dia ni ye. Tengok pun nak muntah pls. Yang acah2 yizlumik ni sesuatu sangat.
Quote Thunderclouds 23-7-2021 04:13 PM
Boy, go dig a hole. Jump inside & bury urself fr good measure.
Quote Hoola 23-7-2021 08:51 PM
Edited by Hoola at 23-7-2021 08:56 PM

Agamawan ka,artis ka,instfmos ka
Behavelah
Musim kobid ni,ntixen byk masa
Byk perkara xkena bole dilondehkan
Satu, persatu dibongkar,mahupun terbongkar

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top